omniture

Oasis Biru di Padang Pasir Tengger: SOFAR Memberi Kuasa kepada Projek PV Utiliti 300MW di Gansu, China

SOFAR
2023-12-25 08:54 37

SHENZHEN, China, 25 Disember 2023 /PRNewswire/ -- Baru-baru ini, projek utiliti 300MW yang dikuasakan oleh SOFAR telahpun beroperasi. Terletak di pinggir selatan padang pasir keempat terbesar di China, Padang Pasir Tengger, loji ini dijangkakan menjana sebanyak 540 juta kWj elektrik bersih setiap tahun dan memulihkan padang rumput berkeluasan 5.2 kilometer persegi setelah disambungkan sepenuhnya ke grid pada minggu ini, lalu menjimatkan 160,000 tan SCE setahun.

Lebih 1,300 set SOFAR 255KTL-HV telah diguna pakai dalam projek ini. Dengan kecekapan maksimum 99.02%, penyongsang ini menyampaikan penukaran tenaga dan output sistem yang optimum kepada pengguna. Berserta perlindungan IP66 dan anti-kakisan C5, penyongsang ini memberi ketahanan mantap dalam persekitaran padang pasir yang mencabar. Sementara itu, kemasukan pemutusan tahap rentetan pintar (SSLD) memastikan operasi yang cekap dan selamat dengan mengasingkan rentetan yang rosak, meminimumkan sebarang impak yang berpotensi ke atas prestasi sistem keseluruhan. Di samping itu, pengimbasan I-V dapat mengesan rentetan yang rosak dengan tepat, lalu mengupayakan penyelesaian masalah yang cepat dan jitu.

"Kejayaan yang kami capai tidak mungkin terlaksana tanpa sokongan daripada rakan kongsi kami. Kami berbesar hati dapat berkolaborasi dengan SOFAR dalam sebuah projek dengan skala yang signifikan. Seperti yang kami harapkan, penyongsang SOFAR beroperasi dengan stabil sepanjang seluruh proses, maka kami yakin dengan bekalan kuasa yang stabil dan hasil yang tinggi dalam operasi masa depan," kata Xiaoyong He, Ketua Jurutera Projek POWERCHINA, EPC projek.

Ethan Shi, Ketua SOFAR China, percaya bahawa kolaborasi ini mencerminkan dedikasi teguh SOFAR untuk menyumbang kepada matlamat keneutralan karbon bersama. "Dengan beberapa projek yang sedang berjalan melalui perkongsian bersama POWERCHINA di seluruh negara, kami berupaya untuk memanfaatkan kepakaran dan sumber mereka bagi meluaskan lagi kehadiran kami dan mencetuskan impak. Kami mengalu-alukan peluang di hadapan dan berharap dapat mencapai kejayaan besar secara bersama."

Latar Belakang SOFAR

SOFAR ialah penyedia bagi penyelesaian solar dan storan semua-senario global yang terkemuka dan komited untuk menjadi peneraju bagi penyelesaian tenaga digital dengan portfolio yang komprehensif, termasuk penyongsang PV, penyongsang hibrid, BESS, ESS utiliti, sistem mikropenyongsang dan sistem pengurusan tenaga pintar SOFAR Monitor untuk aplikasi kediaman, C&U dan utiliti. Menjelang tahun 2021, SOFAR menyertai senarai Jenama Penyongsang Hibrid Global Lima Terbaik, menubuhkan jaringan penyelidikan dan pembangunan (R&D) global dengan tiga pusat R&D serta dua pangkalan pembuatan. Pada tahun 2022, kapasiti pengeluaran tahunan SOFAR mencapai 10GW untuk penyongsang dan 1GWj untuk bateri. Menjelang tahun 2022, SOFAR menghantar 18GW+ penyongsang ke lebih 100 negara dan wilayah di seluruh dunia.

Ketahui lebih lanjut: https://www.sofarsolar.com/

 

Source: SOFAR
Keywords: Alternative Energies Electrical Utilities Environmental Products & Services Oil/Energy Utilities