omniture

Menghimpunkan Kebijaksanaan Lima Benua - Persidangan Bakat Cina Luar Negara Pertama untuk Pembangunan Dibuka di Fuzhou, Wilayah Fujian

Global Times
2023-12-25 08:58 26

FUZHOU, China, 25 Disember 2023 /PRNewswire/ -- Laporan daripada Global Times: Dalam lubuk hati yang berdedikasi, adanya rasa cinta yang mendalam kepada tanah air. Lebih daripada 60 juta orang Cina bekerja dan tinggal di luar negara, menyumbang kepada penggiatan semula bangsa Cina. Pada sebelah pagi 20 Disember, Persidangan Bakat Cina Luar Negara China Pertama untuk Pembangunan, dianjurkan bersama oleh All-China Federation of Returned Overseas Chinese dan Kerajaan Rakyat Wilayah Fujian, dibuka di Fuzhou, Wilayah Fujian.

The opening ceremony (Photo: Huang Dongyi from People's Daily Online)
The opening ceremony (Photo: Huang Dongyi from People's Daily Online)

Bertemakan "Menghimpunkan Kebijaksanaan Bakat Cina Luar Negara untuk Memenuhi Impian Cina", persidangan ini komited untuk mencipta platform peringkat kebangsaan yang menghimpunkan warga Cina luar negara untuk berhubung kembali dengan asal-usul mereka, menerima idea baharu dan menjalin kesepakatan, seterusnya menghimpunkan kebijaksanaan kolektif mereka demi pembangunan yang seterusnya. Berpangkalan di Fujian dan berkhidmat kepada seluruh negara dan dunia, persidangan ini memanjangkan jemputan kepada Perbandaran Beijing, Chinese Academy of Sciences dan Perbandaran Suzhou sebagai tetamu kehormat. Usaha telah dibuat untuk mewujudkan beberapa platform penting: platform keluaran dasar berhubung industri dan bakat yang berkaitan, platform interaksi untuk golongan profesional Cina luar negara, platform paparan untuk keputusan akademik dan inovatif warga Cina luar negara dan platform pemadanan antara projek bakat Cina luar negara dan sumber modal. Matlamat utama adalah untuk memanfaatkan kelebihan dalam sumber bakat serta kebijaksanaan warga Cina luar negara untuk menggariskan pelan tindakan secara kolaboratif demi pembangunan masa depan.

Lebih daripada 1,000 tetamu dari 37 negara dan wilayah merentas lima benua menghadiri majlis pembukaan. Antara mereka ialah pakar Cina luar negara dan bakat teknikal, persatuan profesional luar negara, ahli perniagaan Cina luar negara, persatuan teknologi utama, usahawan belia Cina luar negara serta wakil daripada taman teknologi-sains domestik, perusahaan, institusi penyelidikan dan badan pemikir terkemuka.

Persidangan ini djadualkan berlangsung hingga 22 Disember dengan empat acara pemadanan industri, dua pertandingan teknologi, empat forum tematik, satu pameran, tiga aktiviti sokongan dan dua promosi untuk tetamu kehormat. Memfokuskan pada industri-industri baru muncul yang strategik seperti tenaga baharu dan bahan, kecerdasan buatan, ekonomi marin serta perubatan biologi, acara-acara ini bermatlamat untuk memudahkan hubungan yang berkesan antara projek dan sumber bakat dalam badan kerajaan, perusahaan dan juga universiti. Tambahan pula, siri aktiviti "Menghimpunkan Kebijaksanaan Bakat Cina Luar Negara" akan melibatkan golongan elit teknologi dari serata dunia untuk mengambil bahagian dalam acara yang kompetitif, agar dapat menemui dan memupuk bakat teknikal bertaraf antarabangsa dan berkemahiran tinggi.

  

Source: Global Times
Keywords: Publishing/Information Service Trade show news Public Interest