omniture

Choubao Luosifen Terima Pensijilan Halal

Choubao
2023-12-26 16:02

LIUZHOU, China, 26 Disember 2023 /PRNewswire/ -- Choubao, jenama mihun segera yang terkemuka di China, mengkhusus dalam makanan istimewa tradisional Cina yang dikenali sebagai "Liuzhou Luosifen",baru-baru ini mencapai kejayaan penting dengan menjadi jenama Luosifen pertama yang memperoleh pensijilan Halal daripada badan pensijilan bertauliah yang diiktiraf oleh kerajaan Malaysia.

The first LIUZHOU LUOSIFEN certified by HALAL
The first LIUZHOU LUOSIFEN certified by HALAL

Seperti yang disampaikan oleh ketua bahagian pemasaran luar negara bagi jenama Choubao, bermula pada Tahun Baharu China dalam tahun 2024, pengguna di Malaysia akan berpeluang untuk membeli Liuzhou Luosifen versi diperakui Halal di pasar raya tempatan, termasuk Aeon, Jaya Grocer, Mix dan Mana, antara peruncit yang lain.

Liuzhou Luosifen, berasal dari Liuzhou di Guangxi, ialah makanan istimewa yang digemari dalam kalangan penggemar makanan kerana rasanya yang segar, pedas, masam dan nyaman. Ketika ini, snek ini bukan sahaja dianggap sebagai hidangan kebangsaan di China, bahkan turut menikmati populariti yang semakin meningkat sebagai trend kulinari Cina di pelbagai negara. Dalam tahun 2022, seluruh industri Liuzhou Luosifen mencapai hasil jualan sebanyak 60.07 bilion yuan, dengan versi prabungkus dieksport ke lebih 20 negara dan wilayah di seluruh dunia.

Jenama Choubao mengkhusus untuk menyediakan pengalaman deria yang luar biasa dan detik-detik yang menggembirakan dan boleh dikongsi melalui kombinasi bahannya yang enak dan produk yang lazat. Dua varieti produk Liuzhou Luosifen Choubao diiktiraf di International Taste Awards 2022, menjadikan Choubao sebagai jenama Liuzhou Luosifen pertama sejak lima tahun lalu yang menerima penarafan dua bintang. Wajar dinyatakan bahawa Choubao Liuzhou Luosifen dijual di pelbagai negara dan wilayah seluruh dunia.

 

Source: Choubao
Keywords: Food/Beverages Awards New products/services