GUANGZHOU, China, 1 September 2014 /PRNewswire/ -- China telah lama menegaskan pertelingkahan antara Palestin dan Israel perlu diselesaikan melalui rundingan dan komunikasi, bukannya keganasan. Menerusi semangat tersebut, Pameran Canton, acara perdagangan terbesar China, sentiasa mengalu-alukan ahli perniagaan dari Palestin dan Israel.
Bagi ahli perniagaan Palestin, terutamanya mereka yang berada di semenanjung Gaza, kunjungan ke Pameran Canton mungkin akan menjadi penuh peristiwa, kadangkala melalui terowong. Artiya, pembeli dari Gaza, yang telah mengunjungi Pameran Canton April lalu, merupakan salah satu contoh pembeli yang menyeberangi terowong untuk mengunjungi Pameran tersebut. Beliau hadir ke Pameran Canton untuk membeli bahan pembinaan dan kelengkapan rumah, keluar dari Gaza melalui terowong yang digali di sempadan Mesir, sebelum akhirnya menaiki kapal terbang ke China. Setelah memesan kesemua barangan di Pameran Canton, Artiya telah membuat pembayaran dan penghantaran melalui orang tengahnya di Timur Tengah. Beberapa rakan niaganya dari kedua-dua belah sempadan Gaza akhirnya akan menghantarkan barangan tersebut ke dalam enklaf melalui terowong tersebut, kebanyakannya dilengkapi dengan lampu dan landasan troli.
Pameran Canton merupakan sumber penting produk untuk para pembeli dari Timur Tengah, yang menganggap kualiti dan kepelbagaian produk sebagai alasan paling utama untuk menghadiri acara perdagangan paling berprestij di China itu. Seorang lagi ahli perniagaan Palestin, yang tidak mahu dikenali, menyatakan beliau telah mengunjungi Pameran Canton dengan tiga ahli perniagaan lain yang bekerja dalam industri yang berbeza. Ketika mereka tinggal bersama untuk menjimatkan kos, mereka masing-masing telah mengunjungi ruang pameran berbeza dan kemudiannya pulang amat berpuas hati dengan kualiti dan harganya. Beliau berkata Konsul China kerap kali mengunjungi Hebron di kawasan yang ditadbir Palestin, lalu membolehkan mereka mendapatkan visa dengan lancar. Walaupun terdapat pelbagai halangan untuk berniaga di Palestin dan Gaza, para pembeli ini masih optimistik untuk menghadiri sesi Pameran Canton seterusnya.
En. Mahendra Bhatia, pemilik Evergrow International dari Kerajaan Bahrain, yang telah mengunjungi Pameran Canton sejak 15 tahun lalu berkata, "Pameran Canton adalah amat penting, dan China merupakan pembekal terbesar di dunia. Jika saya tidak menghadirkan diri selama satu atau dua tahun, saya akan kalah kepada para pesaing saya."
Pameran Import dan Eksport China ke-116 akan bermula pada 15 Oktober 2014 dan akan menghimpunkan ramai kenalan lama sekali lagi serta menjalinkan persahabatan baharu dari serata dunia.
Bagi mendapatkan maklumat lanjut sila layari:
http://www.cantonfair.org.cn/en/index.asp
Bagi pertanyaan media:
En. Wu Xiaoying
Tel: +86-20-8913 8628
E-mel: xiaoying.wu@cantonfair.org