ALULA, Arab Saudi, 28 Disember 2023 /PRNewswire/ -- Sebagai sebahagian daripada matlamat untuk memulihara dan meraikan sukan warisan tradisional yang berakar umbi di Kerajaan Arab Saudi, wilayah ini dan jauh lagi, Suruhanjaya Diraja untuk AlUla (RCU) akan menganjurkan Piala Burung Helang AlUla yang pertama.
Acara sukan penting itu, berlangsung di Perkampungan Sukan Warisan Mughayra AlUla dari 28 Disember hingga 5 Januari, akan mempromosikan sejarah yang kaya, kemahiran yang diamalkan dengan teliti dan tradisi penting sukan berburu menggunakan burung helang kepada khalayak global penjinak burung helang dan pelancong yang mengunjungi, serta ahli komuniti AlUla.
Piala Burung Helang AlUla yang julung kali diadakan ini telah mencipta rekod dalam sukan tersebut dengan menawarkan jumlah hadiah yang belum pernah ditawarkan sebelum ini iaitu sebanyak SAR60 juta ($16 juta), yang akan dianugerahkan kepada pemenang pelbagai kategori dan pertandingan, termasuk perlumbaan, pemburuan dan pertandingan kecantikan. Semasa perlumbaan, masa burung helang ditentukan dengan menggunakan penderia berteknologi tinggi yang merekodkan kelajuan dan prestasi burung tersebut. Pertandingan kecantikan menilai setiap burung menurut kriteria tertentu, dengan pemenang menerima penilaian tertinggi daripada pengadil.
Sorotan Piala Burung Helang AlUla merangkumi Pertandingan Lumba Burung Helang, yang diadakan setiap hari antara pukul 8 pagi dan 5 petang, serta pertunjukan Burung Helang Mazayen 'baka terbaik' atau pertandingan kecantikan Burung Helang, yang akan berlangsung dari 2 Januari hingga 4 Januari, bermula dari pukul 8 malam hingga 10 malam.
Acara itu merupakan susulan daripada kejayaan AlUla menjadi penganjur Piala Dunia Memanah Berkuda & Kejuaraan Dunia Pemancangan Khemah di Perkampungan Ekuestrian AlFursan pada bulan November. Diadakan dengan kerjasama Persekutuan Ekuestrian Arab Saudi (SAEF) dan Persekutuan Memanah Berkuda Dunia (WHAF), acara antarabangsa itu mempamerkan lagi AlUla sebagai hab untuk sukan ekuestrian dan warisan tradisional, yang sejajar dengan cita-cita jangka panjang RCU untuk mempelbagaikan ekonomi dan meraikan adat resam dan budaya Arab barat laut.
Kejayaan acara ini melengkapkan pertandingan sukan warisan tahunan seperti Piala Unta AlUla, Piala Ketahanan Penjaga Dua Masjid Suci dan kejohanan Polo Padang Pasir AlUla Richard Mille, yang masing-masing menarik perhatian pengikut yang ramai dan setia daripada penonton tempatan dan antarabangsa serta pesaing AlUla.
Sukan berburu menggunakan burung helang, bersama dengan sukan ekuestrian, mempunyai sejarah yang panjang di Arab Saudi. Kerajaan ini ialah rumah nenek moyang baka kuda Arab, dengan menunggang kuda merupakan sebahagian daripada budaya dan sukan rakyat Arab Saudi. Diamalkan selama berabad-abad, sukan berburu menggunakan burung helang ini telah lama menjadi bahagian penting dalam kehidupan di seluruh wilayah ini. Pada hari ini, burung pemangsa ini dilatih terutamanya untuk tujuan pertandingan, dengan penjinak burung helang mempamerkan penguasaan burung mereka menggunakan teknik purba yang telah digunakan sejak turun temurun.
Peluang mempamerkan identiti rakyat Arab Saudi serta status AlUla yang semakin meningkat sebagai destinasi utama untuk sukan dan pertandingan warisan, Piala Burung Helang AlUla akan menjadi tuan rumah kepada pesaing dari negara jiran dan jauh lagi, manakala penonton juga boleh menikmati pelbagai aktiviti, dengan Perkampungan Sukan Warisan Mughayra yang menawarkan pengalaman meriah, mengasyikkan dan mesra keluarga.
Ziad Al Suhaibani, Ketua sukan RCU berkata: "Komuniti kami di AlUla, serta penduduk dari seluruh Kerajaan Arab Saudi, berkongsi minat mendalam terhadap sukan tradisional seperti sukan berburu menggunakan burung helang, menunggang kuda, lumba unta dan banyak lagi. Dinikmati pada masa kini untuk tontonan, keseronokan dan kemahiran yang dipamerkan, sukan warisan dahulunya penting untuk kehidupan di seluruh wilayah ini. Dengan meraikan daya tarikan sukan yang lama bertahan, RCU mengukuhkan status AlUla sebagai destinasi utama untuk mempromosikan budaya, adat resam dan warisan nenek moyang kita.
"Piala Burung Helang AlUla yang julung kali diadakan akan mengambil masa selama sembilan hari dengan aksi hebat mempamerkan ikatan unik yang boleh wujud antara burung dan manusia, bersama beberapa penjinak burung helang paling berbakat dan burung helang yang cantik dipertontonkan. Sementara penambahan jumlah hadiah sebanyak SAR60 juta ($16 juta), yang belum pernah ditawarkan sebelum ini dalam sukan berburu menggunakan burung helang, akan menambah satu lagi tahap keterujaan pertandingan itu."
Hashtag X rasmi untuk Piala Burung Helang AlUla ialah #AlUlaFalconCup dan كأس_العلا_للصقور#. Ikuti Suruhanjaya Diraja untuk AlUla di X untuk maklumat terkini @RCU_SA.
Catatan untuk editor:
Ini sentiasa dieja sebagai AlUla / bukan Al-Ula
Maklumat Tentang Suruhanjaya Diraja untuk AlUla
Suruhanjaya Diraja untuk AlUla (RCU) ditubuhkan melalui perintah diraja pada bulan Julai 2017 untuk memelihara dan membangunkan AlUla, wilayah yang mempunyai kepentingan semula jadi dan budaya luar biasa di barat laut Arab Saudi. Rancangan jangka panjang RCU menggariskan pendekatan yang bertanggungjawab, mampan dan sensitif terhadap pembangunan bandar dan ekonomi yang memelihara warisan semula jadi dan bersejarah kawasan itu sambil membentuk AlUla sebagai lokasi yang diingini untuk tinggal, bekerja dan berkunjung. Ini merangkumi pelbagai inisiatif merentasi arkeologi, pelancongan, budaya, pendidikan dan seni, mencerminkan komitmen untuk memenuhi kepelbagaian ekonomi, pemerkasaan komuniti tempatan dan keutamaan pemeliharaan warisan program Wawasan 2030 Kerajaan Arab Saudi.
Foto - https://mma.prnasia.com/media2/2308452/Royal_Commission_AlUla_1.jpg?p=medium600
Foto - https://mma.prnasia.com/media2/2308453/Royal_Commission_AlUla_2.jpg?p=medium600