omniture

Pek Bateri Pertama Gotion High-tech Dikeluarkan Daripada Barisan Pengeluaran di Kilang Fremont di A.S.

Gotion High-Tech
2024-01-01 12:44 39

HEFEI, China, 1 Januari 2024 /PRNewswire/ -- Pada 21 Disember, produk pek bateri pertama Gotion High-tech dikeluarkan secara rasmi daripada barisan pengeluaran di kilang Fremont, Amerika Syarikat, menandakan permulaan rasmi inisiatif "Buatan AS" Gotion. Ini merupakan satu lagi langkah penting untuk Gotion High-tech selepas mengeluarkan bateri dan bahan di Illinois dan Michigan di Amerika Syarikat. Sun Yong, Timbalan Gabenor Wilayah Anhui, Lily Mei, Datuk Bandar Fremont, California, Wu Peimin, Kaunselor Komersial di Konsulat Jeneral China di San Francisco dan Li Chen, Naib Presiden Kanan Gotion dan Presiden Perniagaan Gotion Amerika hadir di acara tersebut bagi menyaksikan peristiwa penting ini.

Kilang Fremont Gotion High-tech terletak di Silicon Valley, AS dengan kapasiti pengeluaran yang dirancang mencapai 1 GWj. Ia merupakan barisan pengeluaran pek bateri pertama Gotion dalam pasaran A.S., dengan kadar automasi setinggi 85%. Pada sebelah pagi hari tersebut, barisan pengeluaran bateri pertama kilang ini beroperasi secara rasmi, melancarkan inisiatif "Buatan AS" Gotion. Kilang Fremont menyasarkan pasaran ESS Amerika, mengeluarkan terutamanya produk storan tenaga mudah alih dan produk storan tenaga kediaman dengan kapasiti berjulat daripada 3 kWj hingga 30 kWj. Di samping itu, kilang ini akan terus berusaha dalam bidang-bidang seperti inovasi teknologi dan produk, pembangunan pelanggan, penaiktarafan perkhidmatan dan pengaturan kapasiti pengeluaran, bertujuan untuk menyediakan sistem bateri kuasa yang andal dan selamat serta sistem storan tenaga bersepadu kepada pelanggannya.

Li Chen, Naib Presiden Kanan Gotion dan Presiden Perniagaan Gotion Amerika berkata bahawa Silicon Valley merupakan hab inovasi teras. Penubuhan Institut Penyelidikan Silicon Valley dalam tahun 2014 menandakan titik permulaan untuk pengantarabangsaa Gotion dan hari ini menandakan dekad penuhnya. Mengikuti garis panduan strategik "Di tempatan, untuk tempatan", syarikat ini menubuhkan kilang Fremont Gotion. "Sejak dekad yang lalu, kami tekal mematuhi strategi tiga-dalam-satu yang membawakan penyelidikan & pembangunan setempat, pembuatan setempat dan pemasaran setempat. Bermula daripada pembangunan awal sistem pengurusan bateri hinggalah kilang bateri semasa, kami telah menempuh pelbagai cabaran dan ujian. Hari ini, kami telahpun mencipta nama untuk syarikat kami sendiri dalam pasaran Amerika dan dengan bantuan daripada kilang bateri Illinois dan kilang bahan Michigan, Gotion akan bekerjasama dengan pelanggan bagi membina sistem rantaian bekalan setempat dan terpelbagai yang dicirikan oleh rantaian nilai penuh."

Source: Gotion High-Tech
Related Stocks:
Shenzhen:002074
Keywords: Electrical Utilities Oil/Energy Utilities New products/services