omniture

City Chain Hong Kong Diberi Penghormatan sebagai "Jenama Peruncit Jam Tangan Terbaik Tahun 2023-2024" oleh World Branding Forum

City Chain
2024-01-03 12:53 79

HONG KONG, 3 Januari 2024 /PRNewswire/ -- City Chain, peruncit jam tangan terkenal berpangkalan di Hong Kong, telahpun diiktiraf sebagai pemenang anugerah "Jenama Peruncit Jam Tangan  Terbaik Tahun 2023-2024"  oleh World Branding Forum (WBF). Anugerah yang berprestij  ini memperlihatkan komitmen City Chain yang tidak berbelah bahagi terhadap kecemerlangan dalam industri peruncitan jam tangan.


World Branding Forum ialah sebuah organisasi global yang mengkhusus untuk meningkatkan  standard penjenamaan demi kebaikan komuniti penjenamaan  dan pengguna. World Branding Forum merangkumi golongan profesional daripada pelbagai bidang, termasuk penjenamaan, reka bentuk, pemasaran, pengiklanan, perhubungan awam dan komunikasi dari seluruh dunia.

Kecemerlangan dalam industri jam tangan

World Branding Awards,  dianugerahkan oleh World Branding Forum, ialah platform berprestij yang mengiktiraf pencapaian beberapa jenama terbaik di dunia. Para pemenang dipilih berdasarkan penilaian jenama, kajian pasaran yang luas serta pengundian awam dalam talian, menjadikannya sebagai bukti kepada reputasi kecemerlangan jenama City Chain.

Pengiktirafan sebagai "Jenama Peruncit Jam Tangan Terbaik Tahun 2023-2024" mengukuhkan komitmen syarikat untuk  menawarkanproduk dan perkhidmatan yang berkualiti tinggi kepada pelanggannya, serta memantapkan dan memperkukuhkan kedudukannya sebagai jenama yang dipercayai dan terkemuka dalam industri jam tangan.

Syarikat ini bermatlamat untuk meneruskan membekal l jam tangan yang berkualiti tinggi serta memperluaskan pengaruhnya dalam pasaran jam tangan global, terutamanya merentas pasaran Asia yang penting, dimana City Chain telah pun menjadi peneraju.

 Inovasi. Selangkah Maju Ke Hadapan City Chain menjangka pada masa akan datang, jam tangan bukan sekadar penunjuk waktu semata-mata atau sebagai aksesori fesyen. Kecantikan dan kekemasan jam tangan terletak pada keunikan seni reka mekanikalnya—kecanggihan pergerakan jam tangan, , kehalusan dan ketukangan serta kegunaan bahan-bahan yang inovatif.

City Chain juga berkomitmen untuk menawarkan kemewahan mampu milik , memenuhi keperluan pengguna yang menghargai produk berkualiti, naratif dan berfungsi untuk aktiviti tertentu, sama ada untuk aktiviti menyelam, penerbangan, sukan ekstrem atau penerbangan luar angkasa

Kebelakangan ini, City Chain melancarkan Inisiatif ini dengan memperkenalkan jenama-jenama jam tangan baharu dari Jerman, seperti Tutima Glashütte, Sinn, Hanhart dan Mühle-Glashütte, menambahkan jenama-jenama baru ke dalam portfolio jenama-jenama Jepun yang kukuh, termasuk Grand Seiko, Seiko, Citizen dan Casio, serta jenama-jenama Swiss yang terkenal seperti CYMA, Oris, Ball dan Solvil et Titus.

Untuk maklumat lanjut mengenai City Chain dan tawarannya, sila kunjungi https://www.citychain.com.

Latar Belakang City Chain

Ditubuhkan pada tahun 1985, City Chain ialah rangkaian peruncit jam tangan pertama di Hong Kong dan subsidiari milik penuh Stelux Holdings International Limited. Stelux ditubuhkan pada tahun 1963 sebagai salah satu pengeluar komponen jam tangan terawal di Timur Jauh dan berkembang menjadi sebuah kumpulan jam tangan bersepadu, memiliki beberapa jenama jam tangan Swiss, termasuk CYMA, Solvil et Titus dan Catena. Pada tahun 1972, Stelux disenaraikan pada Bursa Saham Hong Kong (Kod Saham: 00084.HK).

Untuk pertanyaan media, sila hubungi:
E-mel: pr@citychain.com.hk

 

Source: City Chain
Keywords: Computer/Electronics Consumer Electronics Fashion Household/Consumer/Cosmetics Retail Awards