omniture

Eurail dan Grimaldi Lines Memperkukuh Perkongsian Mereka

Eurail Group G.I.E.
2014-09-03 02:09 129

UTRECHT, Belanda, 3 September 2014 /PRNewswire/ --

Pelancong Pas Eurail boleh mendapat faedah diskaun sehingga 40 peratus untuk penyeberangan feri Eropah

Grimaldi Lines dan Eurail telah mengukuhkan perkongsian mereka, menawarkan diskaun lebih tinggi bagi para pelancong dengan Pas Eurail untuk penyeberangan feri antara Sepanyol, Greece, Sicily serta Sardinia.

Bermula pada 1 September 2014, rakan kongsi manfaat Eurail, Grimaldi Lines menawarkan diskaun 20 peratus untuk penyeberangan feri dan diskaun 10 peratus untuk akomodasi tambahan seperti tempat duduk Pullman, tempat tidur serta kabin untuk para pelancong Pas Eurail yang membeli Pas Eurail pada atau selepas tarikh ini. Diskaun ini adalah untuk tambang standard serta tambang istimewa seperti tawaran tempahan lanjutan. Diskaun ini juga diberikan di luar musim, menyediakan lebih nilai untuk wang dengan penjimatan sehingga 40 peratus apabila menempah laluan kapal antara 15 September dan 21 Disember 2014. Para pelancong Pas Eurail boleh membuat tempahan dan mendapatkan diskaun istimewa ini melalui Pusat Perhubungan Grimaldi serta tempat jualannya di Itali dan juga Sepanyol. Bagi mendapatkan maklumat lanjut, sila layari http://www.grimaldi-lines.com.

Di samping itu, para pelancong Eurail boleh mendapatkan maklumat terperinci tentang diskaun Grimaldi Lines melalui Rail Planner App. Aplikasi percuma dan luar talian ini boleh didapati daripada App Store atau Google Play, menyediakan maklumat penting untuk para pelancong, seperti senarai lengkap faedah Pas Eurail mengikut negara, jadual kereta api Eropah dan banyak lagi. Bagi mendapatkan maklumat lanjut, sila layari:

http://www.eurailgroup.org/railplanner

Grimaldi Lines, dimiliki oleh Grimaldi Group, merupakan salah satu syarikat perkapalan terkemuka di Eropah, menyediakan perkhidmatan feri untuk destinasi pelancongan paling popular di rantau Mediterranean. Hubungan Grimaldi Lines adalah sinonim dengan kesenangan, keselesaan serta keselamatan, sementara laluan Cruise Roma dan Cruise Barcelona, yang menyediakan perkhidmatan Sardinia dan Sepanyol, menawarkan kemudahan serta perkhidmatan yang menyerupai kapal pelayaran.

Eurail menawarkan empat jenis Pas Eurail sebagai sebahagian daripada portfolio produk untuk mereka yang tinggal di luar Eropah: Pas Global Eurail adalah sah di 24 negara ahli, Pas Pilihan Eurail, Pas Serantau Eurail dan juga Pas Satu Negara Eurail. Pas Eurail boleh didapati daripada rangkaian Ejen Jualan Dibenarkan di seluruh dunia. Sila layari: http://www.eurailgroup.org/eurail-vendors.

Setelah ditubuhkan pada tahun 2001, Eurail Group G.I.E. bertanggungjawab terhadap pemasaran dan pengurusan Pas InterRail dan Pas Eurail, menyediakan perjalanan kereta api tanpa had di seluruh Eropah. Organisasi tersebut berpusat di Utrecht (Belanda) dan dimiliki sepenuhnya oleh tiga puluh syarikat kereta api dan perkapalan. Di samping itu, Kumpulan ini mempunyai sejumlah besar rakan kongsi manfaat, termasuk hotel, syarikat pengangkutan serta muzium, yang menyediakan perkhidmatan mereka sama ada pada kadar yang telah dikurangkan atau secara percuma untuk para pemegang pas kereta api.

Bagi mendapatkan maklumat lanjut, sila hubungi:
Laman web korporat dan bilik media Eurail Group: http://www.eurailgroup.org
E-mel: pressinfo@eurailgroup.org

Sumber: Eurail Group G.I.E.

Source: Eurail Group G.I.E.
Keywords: Transportation Travel New products/services