omniture

Burj Al Arab Memperkenalkan Pengalaman Impian Pengenalan 'Best of the Burj'

Burj Al Arab
2014-09-03 07:15 113

DUBAI, UAE, 3 September 2014 /PRNewswire/ --

Satu penghormatan kepada 15 tahun kemewahan bertaraf dunia

Bagi meraikan tahun ke-15, Burj Al Arab, Hotel Paling Mewah di Dunia, telah memperkenalkan 'Best of the Burj' – tawaran istimewa termasuklah penghantaran menaiki Rolls-Royce Phantom, bilik mewah, sajian makan malam enam hidangan serta pengalaman spa pengenalan.

     (Foto: http://photos.prnewswire.com/prnh/20140825/703045-a )
     (Foto: http://photos.prnewswire.com/prnh/20140825/703045-b )
     (Foto: http://photos.prnewswire.com/prnh/20140825/703045-c )

Menjanjikan penginapan yang selesa dan direka untuk mencipta kenangan yang akan kekal sepanjang hayat, pengalaman eksklusif tersebut bermula dengan ketibaan menakjubkan dalam Rolls-Royce Phantom putih terkenal milik Burj Al Arab dengan pemandu.

Pakej tersebut termasuklah:

  • Bilik mewah dengan keluasan 170 meter persegi (1,830 kaki persegi) lebih dua tingkat dengan pemandangan Teluk Arab
  • A Taste of Al Mahara – pengalaman kulinari menampilkan hidangan terbaik daripada restoran Al Mahara pengenalan Burj Al Arab
  • Urut Pengenalan Burj Al Arab untuk lelaki dan perempuan, mengadunkan teknik Shiatsu, Thai, Sweden serta Bali di spa ikonik hotel tersebut, terletak 150 meter di atas paras laut
  • Set penuh kemudahan Hermes untuk lelaki dan perempuan, pelayan peribadi dan juga hidangan sarapan pagi dalam bilik mewah setiap hari

Bermula dengan harga AED 5,990++* (US 1,630), para tetamu yang ingin mengalami 'Best of the Burj' boleh membuat tempahan dengan melayari laman web kami, dengan menghubungi talian +971-4-301-7400 atau menghantarkan e-mel kepada BAAreservations@jumeirah.com.

Bagi mendapatkan maklumat lanjut tentang 'Best of the Burj', sila klik di sini.

Tertakluk kepada terma dan syarat*.

Nota kepada Editor 

Lawati kami di: http://www.jumeirah.com/burjalarab

Sumber: Burj Al Arab

Source: Burj Al Arab
Keywords: Hotels and Resorts Leisure/Travel/Hotels Travel New products/services