omniture

Yaber Lancar Projektor Hiburan Inovatif Terkini di CES

Yaber
2024-01-04 22:04 94

SHENZHEN, China, 4 Januari 2024 /PRNewswire/ -- Yaber ialah jenama yang terkemuka bagi projektor hiburan rumah dengan kehadiran global, menerusi visi untuk membawakan hiburan berkualiti pawagam kepada dunia. Di Pepcom dan CES, Yaber akan mendedahkan inovasi terkininya yang akan membawa perubahan kepada industri hiburan rumah:

K300: Projektor Laser Jarak Tayang Ultra Dekat Inovatif

  • Ia menampilkan jarak tayang ultra dekat dan teknologi laser tiga kali ganda, menayangkan sehingga 150 inci visual yang mengagumkan dalam jarak dekat.
  • Ia turut memenangi CES Innovation Award dan anugerah media IFA.

Penerima Anugerah Inovasi (ces.tech)

K3: Merupakan Pusat Hiburan Rumah Terunggul.

  • Menampilkan 1600 ANSI lumen kecerahan tinggi, pembesar suara JBL 15W×2, dongel TV terbina-dalam dengan lebih 7000 aplikasi.
  • Ia menyampaikan pengalaman audiovisual yang beraneka dan imersif untuk sebarang keadaan.

T2s: Pawagam Mudah Guna dengan Bateri Terbina-dalam.

  • Bateri terbina-dalam untuk penggunaan selama lebih daripada 2 jam, 500 ANSI lumen kecerahan dan reka bentuk kompak.
  • Ia membolehkan pengguna menikmati skrin besar yang lebih cerah di mana-mana sahaja mereka mahukan.

Pasukan penyelidikan dan pembangunan (R&D) Yaber melabur sebanyak 10% daripada hasil jualan setiap tahun dalam inovasi dan reka bentuk produk. Hasilnya, Yaber dapat menawarkan pelbagai projektor yang memenuhi keperluan dan keutamaan yang berbeza, bermula daripada panggung unggul hingga siri pawagam di mana-mana sahaja yang mendapat perhatian media dan pempengaruh yang meluas. Yaber bekerjasama dengan lebih daripada 500 outlet media berprestij seperti BGR, PCMag, ZDNet, Yahoo dan sebagainya. Yaber turut mencetuskan kegemparan pada YouTube serta TikTok, lantas mencapai pendedahan signifikan sehingga 100 juta.

Projektor Yaber popular dalam lebih daripada 120 negara dan wilayah. Yaber meraih kejayaan besar sebagai jenama terunggul pada amazon global dan bekerjasama dengan lebih 2,000 rakan peruncit luar talian global seperti Best Buy, Target, Sharaf DG, TEKNOSA dan sebagainya. Dalam tahun 2023, Yaber mencapai kejayaan penting dalam jualan dan juga kepuasan pengguna.

Untuk maklumat lanjut, sila kunjungi laman web Yaber: https://www.yaber.com/

Source: Yaber
Keywords: Computer/Electronics Entertainment Household Products Household/Consumer/Cosmetics Computer Accessories Retail New products/services Trade show news Future Events