omniture

Shutterstock Dinamakan Sebagai Jurugambar Rasmi dan Penaja Utama Tuan Rumah Pesta Filem Sundance 2024

Shutterstock, Inc.
2024-01-05 14:21 91

Shutterstock Editorial dan Shutterstock Studios Kembali untuk Edisi Ke-40 Pesta Filem Sundance yang Tersohor Di Dunia dengan Acara Istimewa, Studio Potret dan banyak lagi

Panel Penganjur Shutterstock Studios Menampilkan Dokumentari Rintisan, "Meluncuri Rintangan (Surfing Through the Odds)" pada hari Jumaat, 19 Januari jam 2 petang CT

NEW YORK, 5 Januari 2024 /PRNewswire/ -- Shutterstock, Inc. (NYSE: SSTK), platform kreatif global terkemuka yang menghubungkan jenama dan perniagaan kepada kandungan berkualiti tinggi, pada hari ini mengumumkan bahawa syarikat itu dinamakan sebagai Jurugambar Rasmi dan Rakan Kongsi Studio Potret untuk Pesta Filem Sundance 2024, yang akan berlangsung pada 18-28 Januari di Park City dan Salt Lake City, Utah. Lebih daripada 50 jurugambar, jurugambar video, penyunting dan kakitangan produksi Shutterstock Editorial akan berada di tapak Pesta Filem Sundance pada tahun ini bertujuan merakamkan detik semua tayangan perdana, majlis, panel dan acara yang berlaku di sekeliling.

Shutterstock juga akan menganjurkan studio Potret Rasmi Pesta Filem Sundance, dengan menjemput selebriti dan peserta festival VIP untuk mengambil gambar profesional bersama jurugambar selebriti terkenal Shutterstock, Presley Ann. Studio potret hanya untuk jemputan ini akan ditempatkan di selekoh Heber Avenue dan Main Street. Selain itu, Shutterstock akan menganjurkan tempat eksklusif semasa Pesta Filem Sundance 2024 — Shutterstock Chalet di Main Street. Tempat persembunyian hanya untuk jemputan ini akan menawarkan VIP, bakat dan pihak media akhbar tempat untuk bersantai dan berehat dengan makanan ringan, minuman panas, aksesori gunung yang perlu ada dan banyak lagi.

"Shutterstock berbesar hati untuk sekali lagi menyokong seni dan artis bebas komuniti Sundance yang berani, serta kreatif sebagai Penaja Utama dan buat kali pertama sebagai Jurugambar Rasmi Tuan Rumah untuk Pesta Filem itu," kata Candice Murray, Naib Presiden Editorial di Shutterstock. "Kami sememangnya berasa amat gembira untuk merakamkan detik istimewa Pesta Filem Sundance 2024 dan menambahkan koleksi ikonik hiburan, editorial dan kandungan arkib Shutterstock bagi tatapan dunia."

Bersama rangkaian terbesar jurugambar terkemuka dunia dan lebih daripada dua juta pencipta di seluruh dunia yang menyumbang kepada platform  Shutterstock, syarikat itu menawarkan koleksi fotografi stok, model 3D, video, muzik, vektor dan ilustrasi, SFX, main semula, animasi, AI dan XR berkualiti tinggi dan ikonik yang paling luas dan pelbagai di dunia, serta produksi acara langsung melalui Shutterstock Editorial dan produksi tersuai melalui Shutterstock Studios.

Pada hari Jumaat, 19 Januari jam 2 petang CT di SFF24 Filmmaker Lodge, Main Street, Shutterstock Studios juga akan menganjurkan panel dan tontonan dokumentari rintisan syarikat tersebut yang bertajuk Meluncuri Rintangan (Surfing Through the Odds), yang dihasilkan dengan kerjasama Betclic Studios dan Coming Soon. Penghasilan daripada keperluan untuk perwakilan kepelbagaian yang lebih besar dalam dunia luncur air, Meluncuri Rintangan (Surfing Through the Odds) mengikuti NGO, SOMA, ketika organisasi tersebut berusaha untuk memerangi ketidaksamaan jantina melalui program Terapi Luncur Air (Surf Therapy) dan mengetengahkan para gadis muda São Tomé dan Príncipe, Afrika, dalam perjalanan penemuan diri mereka melalui sukan luncur air. Projek ini mencapai kemuncak dengan koleksi tangkapan imej dan video yang cantik dan berimpak sebagai sebahagian daripada dokumentari yang kini tersedia dalam katalog Shutterstock untuk pelesenan. Keuntungan daripada kutipan tersebut disalurkan secara langsung kepada SOMA supaya terus menyumbang kepada perubahan yang berkesan dalam ketidaksamaan kaum dan jantina bagi komuniti luncur air dan kepada pemerkasaan wanita di São Tomé. Filem pendek itu bukan pilihan rasmi Pesta Filem Sundance.

Dokumentari ini ialah satu daripada beberapa projek Shutterstock Studios yang menggambarkan kepelbagaian, kelainan dan impak yang tiada tandingan daripada produksi global dan perkhidmatan kreatif syarikat merentasi projek berjenama dan tidak berjenama serta penceritaan dokumentari. Pada tahun lepas sahaja, Shutterstock Studios merakamkan jumlah yang besar dan berskala luas merentasi ratusan hari penggambaran di banyak negara di seluruh dunia, yang akhirnya berjaya menyampaikan puluhan ribu aset unik untuk jenama, agensi dan rakan kongsi media global.

Sebagai sebahagian daripada tawaran produksi acara langsung Shutterstock Editorial, pasukan jurugambar dan jurugambar video global syarikat merakamkan detik ikonik, mesti ditonton dan di sebalik tabir yang boleh disampaikan sebagai rakaman mentah, suntingan media, video rakaman pendek, kandungan sedia media sosial dan kandungan berpakej. Shutterstock memanfaatkan akses editorial dan kepakaran kakitangan syarikat untuk membantu pelanggan mencapai impak jenama yang lebih besar dengan jejak khusus atau semasa acara penajaan berprofil tinggi, termasuk beberapa acara industri terbesar tahun ini, seperti Pesta Filem Sundance, Golden Globes, Oscar, Grammy, Cannes Lions, SXSW, Super Bowl dan banyak lagi.

Maklumat Tentang Shutterstock
Shutterstock, Inc. (NYSE: SSTK) ialah rakan kongsi utama untuk jenama, media digital dan syarikat pemasaran transformatif, memperkasa dunia untuk mencipta dengan penuh keyakinan. Didorong oleh jutaan pencipta di seluruh dunia, enjin data yang semakin berkembang dan pendekatan berani kepada inovasi produk, Shutterstock ialah platform global terkemuka untuk pelesenan daripada koleksi model 3D, video, muzik, gambar, vektor dan ilustrasi berkualiti tinggi yang paling luas dan pelbagai. Daripada pasaran kandungan terbesar di dunia, kepada berita terkini dan akses editorial hiburan senarai A, platform penyuntingan kandungan semua dalam satu dan perkhidmatan produksi studio—kesemuanya menggunakan teknologi berinovatif terkini—Shutterstock menawarkan pilihan sumber yang paling menyeluruh untuk merealisasikan penceritaan.

Ketahui lebih lanjut di www.shutterstock.com dan ikuti kami di LinkedIn, Instagram, Twitter, Facebook dan Youtube

"Shutterstock is honored to once again support the bold, creative, independent art and artists of the Sundance community as a Leadership Sponsor and for the first time as the Official House Photographer for the Festival. We couldn’t be more pleased to capture the special moments of the 2024 Sundance Film Festival and to add them to Shutterstock’s collection of iconic entertainment, editorial and archival content for the world to see." - Candice Murray, VP of Editorial at Shutterstock.
"Shutterstock is honored to once again support the bold, creative, independent art and artists of the Sundance community as a Leadership Sponsor and for the first time as the Official House Photographer for the Festival. We couldn’t be more pleased to capture the special moments of the 2024 Sundance Film Festival and to add them to Shutterstock’s collection of iconic entertainment, editorial and archival content for the world to see." - Candice Murray, VP of Editorial at Shutterstock.

Logo - https://mma.prnasia.com/media2/74148/shutterstock_logo.jpg?p=medium600 
Photo - https://mma.prnasia.com/media2/2310983/SFF24_Black.jpg?p=medium600 

Source: Shutterstock, Inc.
Related Stocks:
NYSE:SSTK
Keywords: Advertising Entertainment Film & Motion Picture Future Events