omniture

Vantage Foundation dan Duotech berganding bahu sebarkan kegembiraan untuk semua dalam masyarakat setempat

Vantage Foundation
2024-01-05 17:05 39

SINGAPURA, 5 Januari 2024 /PRNewswire/ -- Menerusi satu kolaborasi menyentuh hati yang bertujuan untuk memupuk semangat kemasyarakatan, Vantage Foundation dan perniagaan tempatan Duotech berkolaborasi untuk menjadikan musim cuti yang lalu ini lebih cerah sedikit buat mereka yang memerlukan. Melalui Joy For All Initiative Vantage Foundation, pekerja daripada Duotech menyambut musim memberi dengan memenuhi hasrat penghuni di Chen Su Lan Methodist Children's Home, Singapura.

Vantage Foundation and Duotech at the Chen Su Lan Methodist Children's Home in Singapore.
Vantage Foundation and Duotech at the Chen Su Lan Methodist Children's Home in Singapore.

Inisiatif ini, dibangunkan untuk menggalakkan perniagaan tempatan menyokong komuniti mereka dengan aktif, menyaksikan pekerja Duotech memilih sendiri dan membalut hadiah untuk kanak-kanak di rumah kediaman ini. Setiap hadiah disertakan dengan nota tulisan tangan, bagi menambah sentuhan peribadi dan bermakna kepada sumbangan itu.

Sandy Zhao, Pengurus Kanan Sumber Manusia Duotech Pte Ltd, berkongsi perspektif beliau mengenai inisiatif ini, menyatakan, "Ia bukan sekadar tentang hadiah; ia mengenai menyebarkan kegembiraan dan menjalin hubungan bermakna dengan komuniti kami. Inisiatif ini membolehkan kami menyumbang kembali dengan cara peribadi."

Steven Xie, Pengarah Eksekutif Vantage Foundation, bersetuju dengan sentimen itu, berkata, "Kami percaya semua orang layak merasai kehangatan musim cuti, terutamanya mereka yang mungkin menghadapi cabaran. Ini merupakan cara kami memberi impak yang positif."

Clara Lick, Pengurus Perkongsian Chen Su Lan Methodist Children's Home, menekankan, "Inisiatif daripada Vantage Foundation menggalakkan perniagaan tempatan menyokong komuniti mereka, mengingatkan kami semua untuk mengambil berat tentang keterangkuman semasa musim perayaan. Ia tentang memupuk kesedaran berkomuniti dan tanggungjawab bersama."

Joy For All Initiative sejajar dengan komitmen Vantage Foundation untuk memangkinkan tanggungjawab sosial korporat yang lebih besar, menggesa perniagaan untuk mengambil bahagian secara aktif dalam meningkatkan kehidupan masyarakat tempatan. Inisiatif ini bukan sahaja membawa kegembiraan kepada mereka yang memerlukan, bahkan turut meningkatkan kesedaran mengenai kepentingan keterangkuman semasa musim cuti pemberian hadiah. Tidak semua orang cukup bertuah untuk meraikan perajayaan bersama keluarga mereka dan ini boleh menjadi punca tekanan sosial yang menjejaskan kesejahteraan mental. 

-TAMAT-

Latar Belakang Vantage Foundation

Vantage Foundation ialah sebuah pertubuhan amal bebas yang dikhususkan untuk meningkatkan kesedaran mengenai kekurangan golongan yang tidak kelihatan. Yayasan ini dilancarkan di McLaren Technology Centre, UK dengan sokongan daripada UN Refugee Agency, UNHCR dan NEOM McLaren Extreme E team dalam tahun 2023. Untuk maklumat lanjut, sila kunjungi www.vantage.foundation.

 

Source: Vantage Foundation
Keywords: Banking/Financial Service Children-related news Corporate Social Responsibility Not for profit DEI Page