ALULA, Arab Saudi, 6 Januari 2024 /PRNewswire/ -- Selepas aksi udara yang mendebarkan dan pertandingan kecantikan yang hangat diperdebatkan selama sembilan hari yang menampilkan burung pemangsa yang dihias cantik, Piala Burung Helang AlUla yang pertama kali dianjurkan telah sampai ke penghujungnya. Kejohanan pertama ini telah menarik sebilangan penjinak burung helang terbaik dan paling banyak menerima anugerah, yang bertanding untuk memenangi sebahagian daripada jumlah hadiah yang paling besar dalam sejarah sebanyak US$16 juta. Kolaborasi antara Suruhanjaya Diraja untuk AlUla (RCU) dan Kelab Burung Helang Saudi (SFC), Piala Burung Helang AlUla adalah edisi baharu yang menyeronokkan dalam kalendar acara dan pertandingan sukan warisan sepanjang tahun AlUla
Lebih daripada 2,000 burung helang elit, dari enam daripada sub-spesis yang paling terkenal dan paling banyak dicari, mengambil bahagian dalam pelbagai perlumbaan harian, dengan penerbangan setiap burung yang sangat laju dijejaki menggunakan sistem laser dan kamera tercanggih yang mengira kelajuan mereka dengan amat tepat.
Piala Burung Helang AlUla mendapatkan kepakaran para hakim pertandingan burung helang terkemuka, Rajeh Al-Juhani dari Arab Saudi, dan Francesco Drico dari Itali, untuk mengenalpasti dan memberikan skor terhadap prestasi setiap burung. Teknologi yang digunakan oleh para hakim memastikan semakan keputusan setiap perlumbaan dibuat berdasarkan foto penamat yang jelas.
Diadakan dari 28 Disember hingga 5 Januari, acara ini dibahagikan kepada empat kategori untuk mengendalikan penjinak burung helang daripada KSA serta peserta antarabangsa. Penjinak burung helang dari Saudi telah dijemput ke dalam kategori pertama, dengan 24 pusingan perlumbaan dan jumlah hadiah sebanyak US$2.77 juta. Pasukan burung helang tempatan dan serantau yang telah layak sebelum ini untuk Pesta Burung Helang King Abdul Aziz dijemput untuk mengambil bahagian dalam kategori kedua, dengan 48 pusingan dan dana hadiah sebanyak US$7.63 juta.
Kategori tiga dibuka kepada burung helang peringkat atas sahaja dan menyaksikan burung pemangsa yang paling elit dan paling terlatih bersaing dalam enam pusingan perlumbaan untuk hadiah bernilai US$2.8 juta. Acara akhir Piala Burung Helang AlUla adalah pertandingan kecantikan yang amat dinantikan, dinamakan mazayen. Dana hadiah sebanyak US$2.72 juta telah dikongsi antara pemenang enam pusingan pertandingan.
Para hakim memeriksa dengan teliti paruh, talon, rentang sayap, panjang kaki dan ukur lilit dada setiap burung untuk menilai daya tarikan estetik keseluruhannya. Sorotan Piala Burung Helang AlUla, pertunjukan kecantikan mazayen 'terbaik dalam pertunjukan' berlangsung dari 2 Januari hingga 4 Januari dan menarik minat ramai ahli komuniti sukan berburu menggunakan burung helang antarabangsa serta pelawat.
Diamalkan selama berabad-abad, sukan berburu menggunakan burung helang ini telah lama menjadi bahagian penting dalam kehidupan di banyak tempat di dunia. Pada hari ini, burung pemangsa ini dilatih terutamanya untuk tujuan pertandingan, dengan penjinak burung helang mempamerkan penguasaan burung mereka menggunakan teknik purba yang telah digunakan sejak turun temurun. Piala Burung Helang AlUla mengalu-alukan enam baka burung helang, dengan burung muda dan matang dijemput untuk bersaing.
Antara spesis yang bahagian ialah Saker, Peregrine, Pure Gyr, Gyr Cross, Gyr-Peregrine Mix, dan Gyr-hybrid. Dengan menggunakan burung helang yang dibela dalam kurungan, pertandingan ini menyokong usaha antarabangsa untuk melindungi populasi burung helang liar, yang mengalami kepupusan akibat daripada kehilangan habitat dan pemburuan.
Kejayaan Piala Burung Helang AlUla mengukuhkan kedudukan AlUla sebagai tempat tumpuan sukan warisan global. Peluang untuk mempamerkan identiti Saudi, acara ini telah mengagumkan penonton dengan pelbagai aktiviti tradisional dan acara sukan yang menakjubkan. Kampung Sukan Warisan Mugharia adalah destinasi yang meriah, memberi pengalaman yang mengasyikkan dan mesra keluarga sepanjang program kejohanan yang berlangsung selama sembilan hari.
Semasa pertandingan, murid sekolah tempatan daripada komuniti AlUla diperkenalkan kepada sukan berburu menggunakan burung helang dan asal usulnya yang hebat sebagai sukan warisan yang digemari ramai. Para belia menemui juara penjinak burung helang, melihat burung mereka dari dekat, dan menyaksikan tradisi dan kemahiran sukan ini semasa lawatan yang diatur khas di sekitar Kampung Sukan Warisan Mugharia.
Ziad Al Suhaibani, Ketua Sukan RCU, berkata: "Edisi Piala Burung Helang AlUla yang pertama kali adalah kejayaan besar. Kolaborasi antara Suruhanjaya Diraja untuk AlUla dan Kelab Burung Helang Saudi telah membantu untuk memastikan pertandingan ini menarik penjinak burung helang yang berkaliber dari seluruh dunia yang mencapai kejayaan besar dalam pertandingan sengit untuk jumlah hadiah yang paling tinggi dalam sejarah.
"Kini dikenali sebagai destinasi utama untuk sukan warisan, daripada pertandingan sukan berburu menggunakan burung helang hingga ekuestrian, perlumbaan unta dan banyak lagi, ALULA terus menganjurkan pertandingan mendebarkan yang menampilkan beberapa pasukan terbaik dan pengamal disiplin suka tradisional. Kami menanti Kelab Burung Helang AlUla kembali dan memahkotakan lebih banyak juara yang menunjukkan kemahiran luar biasa dan kecemerlangan avian yang menakjubkan dan mengeratkan hubungan antara manusia dan burung."
Catatan untuk editor:
Ia sentiasa dieja sebagai AlUla / bukan Al-Ula
Maklumat Tentang Suruhanjaya Diraja untuk AlUla
Suruhanjaya Diraja untuk AlUla (RCU) ditubuhkan melalui perintah diraja pada bulan Julai 2017 untuk memelihara dan membangunkan AlUla, wilayah yang mempunyai kepentingan semula jadi dan budaya luar biasa di barat laut Arab Saudi. Rancangan jangka panjang RCU menggariskan pendekatan yang bertanggungjawab, mampan dan sensitif terhadap pembangunan bandar dan ekonomi yang memelihara warisan semula jadi dan bersejarah kawasan itu sambil membentuk AlUla sebagai lokasi yang diingini untuk tinggal, bekerja dan berkunjung. Ini merangkumi pelbagai inisiatif merentasi arkeologi, pelancongan, budaya, pendidikan dan seni, mencerminkan komitmen untuk memenuhi kepelbagaian ekonomi, pemerkasaan komuniti tempatan dan keutamaan pemeliharaan warisan program Wawasan 2030 Kerajaan Arab Saudi.
Hashtag X rasmi untuk Piala Burung Helang AlUla ialah #AlUlaFalconCup dan كأس_العلا_للصقور#.
Ikuti Suruhanjaya Diraja untuk AlUla di X untuk maklumat terkini @RCU_SA.
Foto - https://mma.prnasia.com/media2/2311849/RCU_1.jpg?p=medium600
Foto - https://mma.prnasia.com/media2/2311850/RCU_2.jpg?p=medium600
Foto - https://mma.prnasia.com/media2/2311851/RCU_3.jpg?p=medium600
Foto - https://mma.prnasia.com/media2/2311852/RCU_4.jpg?p=medium600
Foto - https://mma.prnasia.com/media2/2311853/RCU_5.jpg?p=medium600
Foto - https://mma.prnasia.com/media2/2311854/RCU_6.jpg?p=medium600