omniture

Inovasi di Kawasan Teluk Besar China: Pertandingan Pic Global untuk Syarikat Pemula Umumkan Pemenang

Peking University HSBC Business School
2024-01-08 09:31 41

SHENZHEN, China, 8 Januari 2024 /PRNewswire/ -- Beribu-ribu pelabur, syarikat pemula dan peminat industri memenuhi dewan dan menumpukan perhatian tatkala Pertandingan Pic Global PHBS-CJBS 2023 melabuhkan tirai. Acara peringkat akhir yang hebat itu berlangsung dalam bulan Disember, mendedahkan para pemenang tahun ini dan pengumuman penting yang lain.

Grand Final of the 2023 PHBS-CJBS Global Pitch Competition
Grand Final of the 2023 PHBS-CJBS Global Pitch Competition

Dimulakan pada tahun 2020 oleh Peking University HSBC Business School (PHBS) dan Cambridge Judge Business School (CJBS), Pertandingan Pic Global menyaksikan hampir 200 syarikat pemula berkualiti tinggi di seluruh dunia mengambil bahagian dalam edisi keempat, membentangkan idea inovasi mereka dalam pelbagai bidang seperti tenaga baharu dan ekonomi hijau, kecerdasan buatan, bioteknologi dan teknologi perubatan serta pembuatan pintar.

Satu siri pusingan picing sepanjang tahun 2023 mengehadkan pertandingan ini kepada sepuluh finalis domestik dan antarabangsa, setiap finalis membentangkan rancangan perniagaan mereka di peringkat akhir kepada panel hakim yang terdiri daripada ilmuwan yang disegani, pelabur dan juga usahawan. Enam finalis diumumkan sebagai pemenang tempat ketiga dan tiga finalis sebagai pemenang tempat kedua—dan hadiah kemenangan dimenangi oleh E3A Healthcare, sebuah syarikat pemula yang ditubuhkan pada tahun 2019 di National University of Singapore, untuk peranti perubatan dan penyelesaian pengurusan kesihatan kelas pertamanya yang disesuaikan untuk penjagaan kesihatan bayi baru lahir dan wanita.

Disokong oleh Suruhanjaya Pembangunan dan Pembaharuan Perbandaran Shenzhen, Jawatankuasa Inovasi Sains dan Teknologi serta banyak institusi modal teroka terkenal, inkubator, institut penyelidikan saintifik dan pemimpin industri, Pertandingan Pic Global PHBS-CJBS terus berkembang sejak empat tahun lalu, memperlihatkan pengaruh global sekolah-sekolah ini dalam bidang modal teroka dan semangat untuk memupuk komuniti syarikat pemula.

Meraikan semangat inovasi dan keusahawanan, acara tersebut turut mengumumkan dua institut baharu yang ditubuhkan dan ditaja oleh PHBS. Institut pertama ialah Qianhai Institute of China-Britain International Innovation Space, terletak di Hab Bakat Antarabangsa Qianhai yang bertujuan untuk menawarkan sokongan yang komprehensif kepada syarikat pemula. Institut kedua, Innovation Engine, dikendalikan oleh Pusat Inovasi & Keusahawanan PHBS dan akan bekerjasama dengan mentor profesional untuk memberi bimbingan dan inkubasi kepada pelajar sains dan kejuruteaan serta ilmuwan dengan idea keusahawanan.

Peringkat akhir ditamatkan dengan memulakan Pertandingan Pic Global PHBS-CJBS 2024, dengan tumpuan berterusan kepada pasukan teknologi peringkat awal yang masih belum mencapai peringkat pendanaan Siri B. Jerayawara pertama akan diadakan dalam bulan Januari dan peringkat akhir pula akan diadakan dalam bulan Oktober tahun hadapan. Untuk pertanyaan tentang penyertaan, emel competition@phbs.pku.edu.cn atau daftar program anda di https://jinshuju.net/f/bYTXNs.

 

Source: Peking University HSBC Business School
Keywords: Banking/Financial Service Biotechnology Computer/Electronics Education Health Care/Hospital Higher Education Survey, Polls & Research Artificial Intelligence