omniture

Bigo Live Beri Penghormatan kepada Penyiar dan Komuniti Global Cemerlang di BIGO Awards Gala 2024 yang Diadakan Buat Julung Kalinya di AS

Bigo Live
2024-01-08 13:00 91

Menyatukan lebih 800 pencipta di peringkat global di Las Vegas, Bigo Live meraikan kejayaan baharu dalam memupuk ekonomi pencipta pada sambutan utama tahunannya

LAS VEGAS, 8 Januari 2024 /PRNewswire/ -- Bigo Live, peneraju global bagi penstriman langsung sosial dan hiburan, dengan bangganya mempersembahkan edisi kelima acara utama tahunannya, BIGO Awards Gala pada 16 Januari 2024 di Las Vegas. Diadakan buat julung kalinya di AS, penyiar terkemuka akan berhimpun untuk memberi penghormatan kepada pencipta cemerlang dari seluruh dunia dan memaparkan kuasa transformatif penstriman langsung dan impak positifnya ke atas industri ini dan juga komuniti sosial global.

Bigo Live Honors Outstanding Broadcasters and Global Community at the BIGO Awards Gala 2024 Held for the First Time in the US
Bigo Live Honors Outstanding Broadcasters and Global Community at the BIGO Awards Gala 2024 Held for the First Time in the US

Tema pada tahun ini, "Menang Besar di BIGO," mencerminkan misi platform ini untuk memupuk pusat tumpuan global di mana melaluinya individu dan komuniti yang pelbagai dapat berhubung, mencipta dan menang bersama-sama. Dihoskan secara bersama oleh penulis ruang dan personaliti media Amerika, Perez Hilton serta personaliti TV Natalie Nunn, malam itu akan dimulakan dengan malam persembahan pertunjukan bakat menarik yang menampilkan tarian K-pop, nyanyian, silap mata, muzikal 'drag' dan pertunjukan fesyen. Penghibur terkenal termasuk muzik oleh DJ WZRD antarabangsa dan persembahan oleh penyanyi rap JAQUAE dan artis Emie Conjurado dari Filipina, menyoroti perjalanan luar biasa kejayaan pencipta. Calon-calon yang hadir dari seluruh dunia, termasuk "Ucepth" (ID BIGO: MUSICWORLD01) dari Perancis dan "Tractrac" (ID BIGO: TRACTRAC) dari AS, memperlihatkan komitmen Bigo Live untuk memberi pengiktirafan kepada sumbangan cemerlang merentas pelbagai kandungan dan genre. "Bigo Live memberikan kepada saya persekitaran sokongan yang membolehkan saya menjadi diri saya yang sebenar," kata Emie Conjurado. "Pada platform ini, saya dapat berinteraksi dengan individu dari seluruh dunia, menjalin hubungan yang melangkaui sempadan geografi." 

Selain daripada meraikan penciptanya yang paling berbakat, Bigo Live juga akan berkongsi inovasi dan kemajuan pada platformnya menuju tahun 2024. Di samping gala ini, sebagai sebahagian daripada usahanya yang berterusan untuk menyediakan kepada penggunanya dengan medium untuk berjaya, baru-baru ini Bigo Live telah melancarkan Program Insentif Penstrim Amatur berpacukan-UGC, yang menggalakkan penyiar yang bercita-cita tinggi untuk menyertai keunggulan penstriman langsung. Pemohon yang berjaya akan menerima latihan yang bersesuaian, jadual yang fleksibel dan pendedahan global, dengan ganjaran menarik untuk penciptaan kandungan yang konsisten. Bigo turut memperkenalkan kandungan siri drama mini serba baharu "WolfsFolly", lalu membuka peluang kepada kategori kandungan baharu dalam industri penstriman langsung.

"BIGO Awards Gala bertujuan untuk meraikan kreativiti dan kerja keras yang dilakukan oleh penyiar, pengguna, kakitangan serta rakan kongsi kami. Acara ini merupakan bukti kuasa transformatif penstriman langsung, memaparkan pelbagai bakat dan cerita yang mendapat tempat pada platform kami," kata James, Presiden BIGO Technology. "Misi kami adalah untuk memperkasa pengguna di seluruh dunia bagi mengekspresikan bakat mereka dan berinteraksi dengan khalayak global, lantas memupuk hubungan yang bermakna."

Dalam era yang mana penggunaan kandungan digital semakin berkembang pada kadar yang pantas, peningkatan global penstriman langsung membentuk semula landskap media sosial dan memacu era peluang yang baharu untuk pencipta. Sejak tujuh tahun yang lalu, BIGO Technology, melalui Bigo Live, menetapkan kedudukannya sebagai peneraju dalam mengembangkan ekonomi pencipta yang dijangka mencecah AS$480 bilion menjelang tahun 2027. Tahun ini, BIGO Technology menerima Anugerah Kecemerlangan Pertumbuhan Perniagaan Pembangunan Perisian APAC Insider 2023 dan diiktiraf sebagai Syarikat Kandungan Kreatif Paling Inovatif 2023 oleh AI Global Media. Ini menandakan komitmen platform ini untuk memupuk inovasi dan kreativiti.

Untuk menyertai komuniti global Bigo Live dan mengikuti beberapa bakat yang paling menarik daripada platform ini semasa Gala, tonton pada jam 18:00 (GMT-8), 16 Januari, melalui aplikasi Bigo Live dengan mencari ID BIGO: music. Muat turun aplikasi Bigo Live (tersedia pada iOS dan Android) atau ikuti Bigo Live pada Facebook dan Instagram untuk perkembangan terkini lebih lanjut.

Latar Belakang Bigo Live

Bigo Live ialah salah satu daripada komuniti sosial penstriman langsung yang berkembang paling pantas di dunia yang mana pengguna bersiaran pada masa sebenar untuk berkongsi detik kehidupan, mempersembahkan bakat mereka dan berinteraksi dengan orang ramai dari seluruh dunia. Bigo Live mempunyai lebih daripada 400 juta pengguna di lebih 150 negara. Dilancarkan pada Mac 2016, Bigo Live dimiliki oleh BIGO Technology yang berpangkalan di Singapura.

Runway Around the World
Runway Around the World

 

Source: Bigo Live
Keywords: Computer/Electronics Entertainment Multimedia/Online/Internet Social Media Awards Trade show news