omniture

Energos Infrastructure Mengumumkan Transaksi Aset LNG Marin Transformatif dengan Kontrak Carter Jangka Panjang di Jerman.

Energos Infrastructure
2024-01-08 21:07 30

NEW YORK, 8 Januari 2024 /PRNewswire/ -- Energos Infrastructure ("Energos" atau "Syarikat"), sebuah syarikat infrastruktur LNG marin antarabangsa, yang sebahagian besar pemilikannya dikawal oleh dana yang diuruskan oleh Apollo (NYSE: APO) dan pemegang saham minoriti New Fortress Energy Inc. (NASDAQ: NFE) ("NFE"), hari ini mengumumkan bahawa Syarikat telah menyelesaikan pengambilalihan dua Unit Storan Terapung dan Regasifikasi ("FSRU") daripada ahli gabungan Dynagas. Kedua-dua FSRU gelung tertutup 174,000 m3, yang dibina pada tahun 2021, akan dinamakan semula sebagai Energos Force dan Energos Power.

Pada awal tahun 2023, FSRU ini memulakan kontrak carter jangka panjang dengan Kementerian Persekutuan Hal Ehwal Ekonomi dan Perubahan Iklim. Energos Force dirancang untuk beroperasi di pelabuhan Stade di bawah arahan Terminal Deutsche Energy, manakala Energos Power dirancang untuk beroperasi di pelabuhan Mukran dan telah disubcarter kepada Deutsche Regas.

Dengan dua vesel regasifikasi gas asli cecair ("LNG") berspesifikasi tinggi ini yang ditambah kepada platformnya, Energos akan memiliki dan mengendalikan 13 vesel infrastruktur LNG yang terdiri daripada sembilan FSRU, dua Unit Storan Terapung, dan dua pembawa LNG. Penambahan Energos Force dan Energos Power di Eropah menjadikan Energos pemilik dan operator terbesar vesel infrastruktur marin LNG dengan kapasiti FSRU milik sepenuhnya yang beroperasi dalam benua ini.

"Infrastruktur tenaga yang andal adalah penting untuk menangani krisis tenaga global dan mengurangkan pengeluaran karbon," kata Arthur Regan, CEO dan Pengarah Energos Infrastructure. "Kami gembira kerana telah mengambilalih aset kritikal ini dalam mengendalikan perkhidmatan di Jerman, yang kami percaya akan memperkukuhkan Energos sebagai syarikat infrastruktur maritim LNG perdana dan selanjutnya menyokong usaha kami untuk membawa tenaga yang lebih bersih dan lebih andal kepada pelanggan di seluruh dunia."

Rakan Kongsi Apollo Brad Fierstein berkata, "Kami berbesar hati untuk menyokong Art dan pasukan Energos dalam melaksanakan pengambilalihan FSRU ini, yang kami percaya akan menjadi transformatif untuk platform dan menyokong pertumbuhannya yang berterusan. Memastikan keterjaminan tenaga yang dipertingkatkan dan mendayakan penjanaan kuasa karbon yang lebih rendah adalah keutamaan teras kepada usaha Apollo untuk membantu kami memacu masa hadapan yang lebih lestari dan kami percaya bahawa pelaksanaan vesel baharu ini boleh memainkan peranan besar dalam meningkatkan ketidakbergantungan tenaga di Jerman."

Apollo Capital Solutions memberikan perkhidmatan nasihat hutang dan penempatan untuk pembiayaan pengambilalihan, yang diterajui oleh BNP Paribas, Crédit Agricole CIB, Bank Mizuho, dan Bank Sumitomo Mitsui Trust.

Perihal  Energos Infrastructure

Energos Infrastructure menyediakan infrastruktur penting untuk penyampaian, storan dan regasifikasi LNG melalui kontrak jangka panjang, membantu menguasakan negara di seluruh dunia dan mengurangkan kebergantungan mereka kepada minyak dan arang batu, meningkatkan keterjaminan dan keandalan tenaga dan mendayakan potensi penjimatan kos. Platform aset Energos memenuhi keperluan kumpulan pelanggan setia syarikat utiliti dan tenaga yang pelbagai di seluruh dunia di bawah carter pihak ketiga selain daripada memenuhi keperluan projek NFE di seluruh dunia. Energos mendapat manfaat daripada keupayaan pelaburan dan pengalaman maritim Apollo, serta operasi huluan LNG dan aktiviti pembangunan NFE.

Perihal Apollo

Apollo ialah pengurus aset alternatif global yang mengalami kadar pertumbuhan tinggi. Dalam perniagaan pengurusan aset kami, kami berusaha untuk memberikan klien kami lebihan pulangan pada setiap peringkat sepanjang spektrum risiko-ganjaran daripada gred pelaburan hingga ekuiti swasta dengan tumpuan kepada tiga strategi pelaburan: hasil, hibrid dan ekuiti. Selama lebih daripada tiga dekad, kepakaran pelaburan kami merentasi platform kami yang bersepadu sepenuhnya telah memenuhi keperluan pulangan kewangan klien kami dan memberikan peluang perniagaan dengan penyelesaian modal inovatif untuk pertumbuhan. Melalui Athene, perniagaan perkhidmatan persaraan kami, kami mengkhusus dalam membantu klien mencapai keterjaminan kewangan dengan menyediakan rangkaian produk simpanan persaraan dan bertindak sebagai penyedia penyelesaian kepada institusi. Pendekatan kami yang sabar, kreatif dan berpengetahuan kepada pelaburan menjajarkan klien kami dan perniagaan yang kami laburkan, serta komuniti yang menerima kesan daripada kami, untuk memperluaskan peluang dan mencapai hasil yang positif. Setakat 30 September 2023, Apollo mempunyai aset di bawah pengurusan yang dianggarkan bernilai $631 bilion. Untuk mengetahui lebih lanjut, sila lawati www.apollo.com.

Perihal New Fortress Energy

New Fortress Energy Inc. (NASDAQ: NFE) ialah syarikat infrastruktur tenaga global yang diasaskan untuk membantu menangani isu kekurangan tenaga dan mempercepatkan peralihan dunia kepada tenaga yang andal, berkos rendah dan bersih. Syarikat ini memiliki dan mengendalikan infrastruktur gas asli cecair (LNG) dan gas asli dan armada kapal dan aset logistik untuk menyampaikan penyelesaian tenaga siap guna ke pasaran global. Secara kolektif, aset dan operasi syarikat memperkukuhkan keterjaminan tenaga global, mendayakan pertumbuhan ekonomi, meningkatkan pengawasan alam sekitar dan mentransformasikan industri tempatan dan komuniti di seluruh dunia.

Butiran Hubungan

Untuk Komunikasi Korporat Energos Infrastructure:
Jim Lawrence
MTI Network
203-550-2621
Jlawrence@mtinetworkusa.com 

Butiran Hubungan Media Energos:
Lauren Candee
media@Energosinfra.com

Untuk Perhubungan Pelabur Apollo:
Noah Gunn
Ketua Perhubungan Pelabur Global
212-822-0540
IR@apollo.com

Perhubungan Media:
Joanna Rose
Ketua Komunikasi Korporat Global
212-822-0491
Communications@apollo.com

Untuk Perhubungan Pelabur New Fortress Energy:
Chance Pipitone
ir@newfortressenergy.com

Perhubungan Media:
Ben Porritt
press@newfortressenergy.com 
516-268-7403

Logo - https://mma.prnasia.com/media2/2312193/Energos_Infrastructure_Logo.jpg?p=medium600

Source: Energos Infrastructure
Related Stocks:
NASDAQ:NFE NYSE:APO
Keywords: Banking/Financial Service Maritime/Shipbuilding Oil/Energy Utilities