omniture

Danlaw, Inc. Mengambil Alih Pembekal Teknologi V2X Terkemuka Dalam Industri, Cohda Wireless

Danlaw, Inc.
2024-01-08 21:12 81

NOVI, Mich., 8 Jan. 2024 /PRNewswire/ -- Danlaw, Inc., perintis terkenal dalam bidang teknologi Kenderaan-ke-Semua (V2X), teruja untuk mengumumkan bahawa ia telah mengambil alih Cohda Wireless yang berpangkalan di Australia. Langkah strategik ini menandakan kejayaan besar dalam inisiatif pengembangan global Danlaw, yang disasarkan untuk meningkatkan keselamatan kenderaan terhubung dan memajukan penyelesaian bandar pintar. Sejak 2004, Cohda telah diiktiraf secara meluas untuk penyelesaian teknologi V2X tercanggihnya yang telah menetapkan standard industri secara konsisten. Pengambilalihan Cohda oleh Danlaw menunjukkan komitmen kepada inovasi dan perkongsian visi untuk mencipta masa hadapan yang lebih terhubung dan selamat untuk kenderaan, bandar dan operasi perlombongan bawah tanah.

Dr. Paul Gray and Tom Rzeznik at Cohda's headquarters in Adelaide, Australia
Dr. Paul Gray and Tom Rzeznik at Cohda's headquarters in Adelaide, Australia

Sinergi antara Danlaw dan Cohda akan membuahkan hasil yang luar biasa dalam landskap teknologi V2X. Dengan menjajarkan kekuatan, sumber dan kepakaran kedua-dua syarikat, pengambilalihan ini akan mempercepatkan pembangunan dan penyampaian beberapa penyelesaian menyeluruh untuk keselamatan kenderaan yang terhubung dan aplikasi bandar pintar.

Manfaat utama perkongsian Danlaw-Cohda termasuk:

Peningkatan Penyelesaian Keselamatan: Dengan pelbagai jenis teknologi dan kepakaran yang lebih luas, Danlaw dan Cohda akan terus memberikan penyelesaian keselamatan yang semakin mantap untuk kenderaan yang bersambung, mengurangkan kemalangan dan menyelamatkan nyawa.

Meningkatkan Ketersambungan & Ketepatan Lokasi: Persepaduan teknologi V2X-Locate bersama dengan ETSI, tindanan komunikasi V2X yang berpangkalan di Amerika Utara, dan China, akan menawarkan ketepatan kedudukan dan penyelesaian ketersambungan yang lebih baik untuk kenderaan, mendayakan komunikasi dalam masa nyata antara kenderaan dan infrastruktur, pejalan kaki dan pengguna jalan raya lain.

Kemajuan Bandar Pintar: Perkongsian ini akan membawa kepada pembangunan penyelesaian bandar pintar inovatif, mempermudahkan pengurusan trafik yang lebih cekap, mengurangkan kesesakan dan meningkatkan perancangan bandar pada skala global.

Mempercepatkan Inovasi: Komitmen Danlaw kepada inovasi akan dipertingkatkan lagi dengan akses kepada sumber tenaga kerja Cohda yang berkebolehan dan harta intelek V2X yang terkemuka dalam industri, menggalakkan penciptaan penyelesaian V2X termaju untuk OEM automotif, inisiatif bandar pintar dan program perlombongan bawah tanah.

Jejak Global: Menggabungkan keberadaan Danlaw di Amerika Utara dan India dengan capaian Cohda yang meluas di Eropah dan APAC, pengambilalihan ini jelas sekali memantapkan lagi jejak global kedua-dua syarikat, yang membawa kepada bantuan dan penyelesaian tempatan merentasi kesemua rantau utama, memastikan perkongsian yang benar-benar global dan responsif.

Raju Dandu, Pengerusi-Pengasas Danlaw berkata, "Ini sangat mengujakan bagi keluarga Danlaw, kerana kami melihat gabungan sumber dua syarikat yang hebat ini, mendorong pencapaian tahap baharu dalam keselamatan dan kecekapan pengangkutan, dengan potensi untuk mentransformasikan mobiliti di seluruh dunia untuk kebaikan masyarakat."

Sebagai tambahan kepada komen Raju, CEO Danlaw, Tom Rzeznik berkata, "Pengambilalihan ini adalah bukti kepada dedikasi Danlaw kepada usaha mencipta masa hadapan yang lebih selamat dan pintar untuk pengangkutan dan persekitaran bandar. Dengan kepakaran yang ada dalam Cohda, kami yakin bahawa gabungan usaha kami akan mempercepatkan kemajuan dalam teknologi V2X."

CEO Cohda, Dr. Paul Gray menambah, "Kami teruja untuk bergabung tenaga dengan Danlaw, syarikat yang turut berkongsi komitmen dan semangat global kami untuk inovasi dan keselamatan. Secara bersama, kami bersedia untuk menjadi peneraju dalam teknologi V2X dan memberikan impak yang berpanjangan dalam industri."

Pengambilalihan ini menegaskan komitmen Danlaw untuk mengekalkan dan meningkatkat kualiti perkhidmatan dan sokongan yang diharapkan oleh pelanggan sedia ada Cohda.  Pengambilalihan Cohda oleh Danlaw berkuatkuasa serta merta, dan kedua-dua syarikat bekerjasama rapat untuk memanfaatkan gabungan kekuatan mereka untuk manfaat industri automotif, bandar pintar, dan operasi perlombongan.

PERIHAL DANLAW, INC.:

Danlaw ialah peneraju global dalam teknologi kereta bersambung dan elektronik automotif. Kami menumpukan usaha kami kepada penyelidikan dan pembangunan untuk mencipta penyelesaian bijak untuk dunia yang semakin bersambung. Pasukan kami berdedikasi untuk merevolusikan mobiliti dengan memacu inovasi dan merapatkan hubungan sesama manusia. 500+ profesional kejuruteraan Danlaw telah memberikan penyelesaian elektronik terbenam automotif kepada OEM, pembekal peringkat-1, dan inisiatif Bandar Pintar selama 40 tahun. Danlaw mempunyai fasiliti kejuruteraan dan pengilangan di AS, UK, EU dan India.

PERIHAL COHDA WIRELESS:

Cohda Wireless adalah peneraju global dalam pembangunan perisian Kenderaan Bersambung dan Kenderaan Berautonomi Bersambung dengan aplikasi terbukti untuk Bandar Pintar, Perlombongan dan persekitaran lain. Teknologi Cohda menyambungkan kenderaan dengan infrastruktur dan pejalan kaki untuk menjadikan jalan, bandar dan persekitaran kerja kita lebih selamat, lebih pintar dan lebih hijau. Cohda beribu pejabat di Australia dan mempunyai pejabat di Eropah, China dan AS.

Penyelesaian perisian inovatif Cohda Wireless membolehkan kenderaan berautonomi bersambung dengan kenderaan lain dan dengan infrastruktur Bandar Pintar. Sambungan ini merangkumi Kenderaan-ke-Kenderaan, Kenderaan-ke-Infrastruktur dan Kenderaan-ke-Pejalan Kaki (secara kolektif dinamakan V2X), dan membolehkan CAV untuk 'bercakap' antara satu sama lain, Bandar Pintar dan pengguna jalan raya rentan untuk mengelak kemalangan, mengurangkan kesesakan dan menjadi lebih cekap. Cohda bekerjasama dengan Pembekal Automotif Peringkat 1, Vendor Peralatan ITS dan vendor Teknologi Peralatan Perlombongan dan Perkhidmatan (METS) untuk memberikan penyelesaian perkakasan/perisian yang lengkap kepada Pembuat Kereta, Bandar Pintar dan Operator Lombong, masing-masing. Produk Cohda digunakan secara meluas di lokasi termasuk AS, Eropah, Australia, Jepun, Afrika, Timur Tengah, China, Singapura dan Korea.

 

Foto - https://mma.prnasia.com/media2/2312092/Paul_Gray_Tom_Rzeznik_Cohda_HQ_Danlaw.jpg?p=medium600

Logo - https://mma.prnewswire.com/media/713086/Rx_360_Logo.jpg

Logo - https://mma.prnewswire.com/media/713086/Rx_360_Logo.jpg

Source: Danlaw, Inc.
Keywords: Auto Computer/Electronics Transportation Acquisitions, mergers, takeovers