omniture

Diageo Global Travel Memperluas Jejak Johnnie Walker House™ ke India dan Taiwan

Diageo Global Travel
2014-09-03 23:33 169

MUMBAI, India, 3 September 2014 /PRNewswire/ --

Diageo Global Travel dengan bangganya mengumumkan pembukaan dua kedai pameran runcit JOHNNIE WALKER HOUSE™ khusus dalam runcit pengembaraan – satu di Mumbai, India dan satu lagi di Taipei, Taiwan.

     (Foto: http://photos.prnewswire.com/prnh/20140902/703502-a )
     (Foto: http://photos.prnewswire.com/prnh/20140902/703502-b )

Berikutan kejayaan pelancaran JOHNNIE WALKER HOUSE di Beijing, Shanghai serta Seoul dan meneruskan pegangan 'Keep Walking' jenama itu, kedai JOHNNIE WALKER HOUSE baharu di Mumbai dan Taipei ibarat kedutaan berbilang deria untuk kemewahan Wiski Blended Scotch, yang direka untuk mendidik dan memberi ilham kepada para pengembara dengan memberikan mereka pengalaman membeli-belah mewah dan menarik yang merangkumi sejarah, asal-usul dan juga semangat perintis jenama JOHNNIE WALKER®.

Para pengembara boleh menghayati sepenuhnya sejarah JOHNNIE WALKER dan minuman kerasnya yang terkenal melalui beberapa seni dinding yang menakjubkan; dan dalam ruang pementoran kelas mewah, duta jenama pakar akan menjemput mereka bagi mengikuti pengembaraan yang menghidupkan deria untuk menyentuh, merasa dan turut menghidu unsur yang jarang didapati yang terkandung dalam JOHNNIE WALKER.

Bagi meraikan pembukaan rasmi kedai ini, botol edisi terhad JOHNNIE WALKER® BLUE LABEL™ telah dihasilkan. KOLEKSI SENI JOHNNIE WALKER HOUSE™ - Edisi Mumbai boleh didapati secara eksklusif di Lapangan Terbang Antarabangsa Mumbai.

Doug Bagley, Pengarah Urusan, Diageo Global Travel dan Timur Tengah, berkata: "Kami gembira dapat membawakan bukan sahaja satu, tetapi dua kedai JOHNNIE WALKER HOUSE melalui perkongsian bersama para pelanggan kami dalam beberapa saluran runcit pengembaraan utama pada peringkat global. Ini mengukuhkan lagi komitmen jangka panjang kami untuk menyediakan pengalaman membeli-belah mewah yang tiada tandingannya untuk para pengembara dalam salah satu saluran runcit yang paling pesat berkembang di seluruh dunia. Kedua-dua lapangan terbang merupakan hab pengembaraan utama, mengendalikan sejumlah 63 juta penumpang setahun, lalu membuatkannya lokasi yang sempurna untuk JOHNNIE WALKER HOUSE dalam industri kami yang semakin bersemarak ini. Kami yakin kedua-dua kedai itu dapat memberi kejutan dan keseronokan kepada para pengguna dengan ruang kedai yang tiada tandingannya dan dapat memberi pengalaman membeli-belah yang mewah."

Lawrence Law, Pengurus Am Global Johnnie Walker Houses, berkata: "Saya gembira dapat melihat perluasan JOHNNIE WALKER HOUSES ke dalam sektor runcit pengembaraan. Langkah ini menonjolkan rasa hormat tinggi kami terhadap rakan kongsi runcit pengembaraan komersil kami. Kami percaya adalah penting untuk mengasyikkan para pengguna dengan jenama kami dan kedai ini akan memberikan mereka pengalaman runcit mewah pertama yang menjangkaui kedai JOHNNIE WALKER HOUSE kami yang utama."

JOHNNIE WALKER HOUSE™ MUMBAI

Kedai JOHNNIE WALKER HOUSE™ MUMBAI, dengan kolaborasi bersama DFS Group dan Flemingo International, yang dilancarkan pada 2 September 2014, terletak di ruang legar balai pelepasan yang berprestij, Terminal 2 Lapangan Terbang Antarabangsa Chhatrapati Shivaji. Bagi meraikan pembukaannya, KOLEKSI SENI JOHNNIE WALKER HOUSE™ - Edisi Mumbai yang eksklusif – telah dihasilkan. Botol yang istimewa ini menunjukkan tafsiran tersendiri pengembaraan asal JOHNNIE WALKER dari Scotland ke India pada tahun 1883* dan turut mencerminkan warisan jenama itu sejak sekian lama sebagai salah satu jenama antarabangsa pertama dunia.

Abanti Sankaranarayanan, Pengarah Urusan, Diageo India, berkata: JOHNNIE WALKER ialah Scotch mewah yang ikonik di India. Sejajar dengan keinginan para pengguna untuk pengalaman tersendiri dan cita rasa yang kian berubah, kami melancarkan JOHNNIE WALKER HOUSE di Lapangan Terbang Antarabangsa Mumbai. Kedai JOHNNIE WALKER HOUSE lain pada peringkat global ibarat kedutaan global kami untuk wiski Scotch mewah dan kami berbangga dapat melanjutkan pengalaman bertaraf dunia ini kepada para pengguna kami di India. JOHNNIE WALKER HOUSE yang baharu ini akan menempatkan beberapa adunan yang paling mewah dan paling jarang ditemui daripada portfolio Diageo yang tiada tandingannya daripada segi rasa, warisan serta hasil seni tangan."

Manishi Sanwal, Pengarah Urusan, Mumbai Bebas Cukai, berkata: "Kami gembira dapat menawarkan peluang peruncit yang menguja kepada para pelanggan yang berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Chhatrapati Shivaji Mumbai. Dengan JOHNNIE WALKER HOUSE yang inovatif, kami pasti para pengembara dunia akan menemui tawaran yang tersendiri dan merangsang deria dalam kedai kami."

JOHNNIE WALKER HOUSETAIWAN

JOHNNIE WALKER HOUSE™ TAIWAN, yang akan dilancarkan pada lewat bulan September 2014, akan terletak di ruang legar balai pelepasan berhampiran kaunter imigresen di Terminal 2 Lapangan Terbang Antarabangsa Taoyuan, Taipei. JOHNNIE WALKER mula-mula berdagang di Taiwan pada tahun 1925, lalu menguatkan lagi warisan jelajah jenama ini sejak sekian lama. Di dalamnya, para pengembara boleh membeli rangkaian koleksi wiski yang tersendiri dan eksklusif yang hanya boleh didapati secara eksklusif di JOHNNIE WALKER HOUSE TAIWAN.

Jurucakap daripada Everrich Bebas Cukai, berkata: "Kami gembira dan berbesar hati dapat bekerjasama dengan Diageo Global Travel bagi melancarkan JOHNNIE WALKER HOUSE TAIWAN. Para pelanggan kami mencari ruang beli-belah mewah yang menggabungkan inovasi, perkhidmatan cemerlang serta pengalaman tersendiri – JOHNNIE WALKER HOUSE merangkumi semua yang kami ingin tawarkan kepada para pelanggan kami yang bercita rasa tinggi."

Mulai bulan ini, semua pengguna akan dapat mengakses salinan JOHNNIE WALKER HOUSE Edit mereka sendiri, makalah suku tahunan keluaran khas yang khusus untuk seni kehidupan indah yang mengumpulkan kandungan yang dipilih khas daripada penyumbang bertaraf dunia, penggaya, jurugambar serta bakat kreatif, yang juga boleh didapati untuk semua pengunjung kedai yang baru dilancarkan ini. Diilhamkan daripada falsafah JOHNNIE WALKER HOUSE tentang Kemewahan Hidup, edisi pertama makalah itu menerokai subjek kemasyhuran dan hubungannya dengan kemewahan merentasi seni, rekaan, kesusasteraan, muzik, drama serta dunia penggemar makanan. Makalah ini juga boleh didapati dalam bentuk digital melalui Magzter.

Nota kepada editor

*JOHNNIE WALKER mula-mula dieksport ke India pada tahun 1883

LATAR BELAKANG JOHNNIE WALKER® HOUSE

JOHNNIE WALKER HOUSE ialah koleksi eksklusif kedutaan Wiski Scotch yang terletak di luar Scotland. Ditubuhkan oleh jenama Wiski Scotch nombor satu di dunia, JOHNNIE WALKER, jenama itu merintis kedainya yang pertama di Shanghai, China pada tahun 2011, diikuti dengan di Beijing, China pada tahun 2012 dan di Seoul, Korea Selatan pada tahun 2013.

Setiap kedai JOHNNIE WALKER HOUSE ialah penerokaan warisan jenama itu, menjemput para pengunjung mengikuti pengembaraan pementoran berbilang deria. Kedai ini meraikan pengalaman wiski yang mewah melalui tawaran sajian mewah, seni serta muzik yang mengilhamkan individu berfikiran jauh untuk berkumpul bersama dan mencipta ekspresi budaya baharu pada peringkat global. Inovasi sudah menjadi sebahagian yang penting daripada kedai itu, dengan koleksi wiski yang tersendiri dan eksklusif boleh didapati di setiap lokasi. Tambahan lagi, pengunjung terpilih boleh berganding dengan Pakar Pengadun untuk mencipta adunan tersuai khusus mereka sendiri.

Sumber: Diageo Global Travel

 

Source: Diageo Global Travel
Keywords: Beer, Wine & Spirits Beverages Travel New products/services