omniture

UGREEN Perkenal Julung Kali Penyelesaian Storan Peranti Diperluas dan Aksesori EV di CES 2024

UGREEN
2024-01-08 22:00 99

LAS VEGAS, 8 Januari 2024 /PRNewswire/ -- Ugreen, jenama yang terkemuka bagi elektronik pengguna. Mereka akan memperkenalkan persembahan peranti NAS mereka berserta aksesori kenderaan untuk melengkapkan sistem kuasa mudah alih mereka, digelar dengan tepat sebagai siri PowerRoam, di CES 2024 (reruai No.22733), berlangsung mulai 9-12 Januari 2024 di Las Vegas.

UGREEN 2024CES KV
UGREEN 2024CES KV

Di barisan hadapan rangkaian produk NAS Ugreen ialah produk unggulan: NASync DX480T Plus. DX480T Plus merupakan yang terkecil dalam rangkaian NAS yang berukuran 7.0 x 5.6 x 2.0 inci dan dibangunkan dengan penekanan pada prestasi tinggi dan kemudahalihan. Ruang storan SSD memberikan sehingga 16TB ruang storan denyar sepenuhnya yang pantas. Pemacu RAM boleh dibesarkan menyediakan memori sehingga 32GB untuk pemprosesan berkelajuan tinggi dan memberi kuasa kepada Ugreen OS Pro (UGOS Pro) buatan sendiri ialah pemproses Core i5 10 Core generasi ke-12. Meningkatkan kelajuan pemindahan data dan media merupakan dua port USB-C Thunderbolt 4 yang menyediakan kelajuan pemindahan sehingga 40Gb/s, menjadikannya salah satu peranti NAS terkecil dan terpantas yang ada.

Turut menyertai keluaran DX480T Plus ialah NASync DXP8800 Pro dan DXP4800 Plus, kedua-duanya dilengkapi dengan CPU premium Intel generasi ke-12, RAM yang boleh dibesarkan dan 4 ruang untuk 4800 dan 8 ruang untuk 8800. 8800 Pro turut didatangkan lengkap dengan dua port Thunderbolt 4.

Dengan pertambahan Kenderaan Elektrik, keinginan terhadap aksesori EV bagi memudahkan penjagaan kereta yang lebih senang dan pengalaman pembersihan yang pantas menjadi suatu keperluan setara. Di CES 2024, Ugreen akan mempamerkan rangkaian aksesori EV untuk peminat EV. Terdapat banyak aksesori untuk dipilih termasuk:

Dua Pengembang Tayar Ugreen mudah alih. Pengembang lebih kecil ini dikuasakan oleh dua bateri ion-litium dengan jumlah kapasiti mencecah 2500mAj dan versi lebih besar merupakan pemalam 12-volt melalui port rokok kereta. Kedua-duanya menyediakan paparan intuitif yang menyampaikan maklumat penting berhubung unit tekanan tayar, dengan versi lebih besar menyediakan butang pelarasan tambahan untuk nilai tekanan disesuaikan, lampu LED untuk membantu menerangi tayar dan menyokong tekanan maksimum 150 psi.

Penyongsang Kuasa Kereta 300-watt Ugreen menukarkan outlet rokok kereta anda menjadi penyesuai pemalam yang menyokong kuasa kepada dua outlet AC, satu USB-C dan satu port USB-A secara serentak. Skrin LED menyediakan maklumat waktu sebenar seperti voltan dan kuasa output manakala penyesuai dilindungi oleh bahan pelambat nyala dan dilengkapi dengan pelbagai perlindungan seperti lebihan-arus, lebihan-voltan, terlebih panas dan banyak lagi.

Di samping itu, Ugreen akan memperkenalkan pemula lompat 10000mAj yang berupaya untuk memulakan enjin 4 liter atau kenderaan diesel 2.5L, pembersih vakum pegang, Kabel Pengecas EV Mudah Alih dan banyak lagi aksesori untuk pemandu yang aktif.

Latar Belakang Ugreen

Ditubuhkan pada tahun 2012, Ugreen mengkhusus dalam menyediakan aksesori elektronik dan penyelesaian digital untuk pengguna di peringkat global. Ugreen berkembang pesat menjadi jenama yang boleh dipercayai, dengan lebih 40 juta pengguna di lebih 100 negara, Ugreen menyediakan rangkaian luas peranti pengecas dan aksesori, aksesori telefon dan komputer serta aksesori rumah dan auto.

 

Source: UGREEN
Keywords: Alternative Energies Auto Computer/Electronics Consumer Electronics Environmental Products & Services Transportation Trade show news