omniture

Trina Storage tersenarai antara 5 Penyedia & Penyepadu Storan Terunggul oleh BloombergNEF

Trina Storage
2024-01-09 10:21 82

MUNICH, 9 Januari 2024 /PRNewswire/ -- Trina Storage disenaraikan antara 5 penyedia dan penyepadu storan terunggul global atas kedudukan kewangannya yang kukuh, produk dan perkhidmatan storan tenaga berkualiti tinggi serta keupayaan rantaian bekalan yang stabil di peringkat global dalam laporan Tinjauan Kos Sistem Storan Tenaga 2023 (Energy Storage System Cost Survey 2023) yang dikeluarkan oleh BloombergNEF.

BNEF’s Energy Storage System Cost Survey 2023
BNEF’s Energy Storage System Cost Survey 2023

Produk: Sel bateri 314Aj dalaman Trina Storage dengan keandalan cemerlang

Laporan tersebut menekankan kepentingan bateri dalam sistem storan tenaga. Pembuat bateri dan penyedia sistem storan tenaga menambah baik semua komponen dalam sistem storan tenaga.

Trina Solar mengakui bahawa sel merupakan komponen teras dalam sistem storan tenaga dan komited terhadap kajian sel bateri dalaman. Trina Solar membangunkan sel bateri berkapasiti tinggi 306Aj dan 314Aj dengan kitaran hayat lebih 10,000. Ini dicapai melalui penambahbaikan dalam masa kitaran, pembinaan selamat secara intrinsik dan ketumpatan tenaga. Kelebihan ini mencipta nilai yang penting untuk pelanggan.

Inovasi teknologi dan pembuatan pintar menjamin produk & sistem berkualiti tinggi disampaikan secara global

Inovasi teknologi dan produk berkualiti merupakan asas penting kepada keupayaan sesebuah syarikat untuk menyampaikan nilai kepada pelanggannya di seluruh dunia. Trina Storage mewujudkan empat platform penyelidikan dan pembangunan (R&D): Institut Penyelidikan Bateri Storan Tenaga, Pusat R&D Teknologi Elektronik Kuasa, Pusat Teknologi Kejuruteraan Storan tenaga dan Institut Penyelidikan Tenaga Digital. Syarikat ini diakreditasi oleh UL, TÜV SÜD dan CNAS sebagai makmal saksi.

Trina Storage membina kilang super untuk pembuatan pintar di Chuzhou, wilayah Anhui dan Yancheng, wilayah Jiangsu di China bagi memastikan penyerahan yang cekap dan pengeluaran penuh secara besar-besaran produk storan tenaga. Trina Storage memiliki kehadiran global, dengan operasi perniagaan di Asia, A.S. dan Eropah. Ia menyerahkan lebih 4GWj produk ke seluruh dunia, dengan lebih 10GWj perancangan projek yang kukuh.

Jenama dipercayai di peringkat global

Helena Li, Presiden Eksekutif di Trina Solar berkata: "Trina Storage berintegrasi secara vertikal dengan semua keupayaan teras yang diwujudkan termasuk R&D sel bateri, produk, kejuruteraan, pembuatan serta pusat integrasi. Kedudukan tinggi Trina Storage menunjukkan kepercayaan pelanggan global terhadap inovasi teknologi, keandalan produk, keupayaan pembiayaan dan nilai jenama kami."

Pada masa depan, Trina Storage akan terus menyediakan produk dan penyelesaian storan tenaga pintar yang amat cekap dan andal menerusi teknologi utamanya, pasukan profesional tempatan & perkhidmatan andal serta daya saing jenama yang cemerlang untuk menyokong transformasi tenaga hijau global, seraya menyambut era sistem storan fotovolta yang berpatutan.

Source: Trina Storage
Related Stocks:
Shanghai:688599
Keywords: Alternative Energies Computer/Electronics Environmental Products & Services Oil/Energy Utilities Awards Survey, Polls & Research