omniture

St Dalfour dan Cef Pierre Gagnaire yang Tersohor Bergabung Tenaga untuk Mencipta Keajaiban Masakan dengan Sapuan Buah St Dalfour

St Dalfour
2024-01-09 22:33 64

MARMANDE, Perancis, 9 Januari 2024 /PRNewswire/ -- St Dalfour, pencipta sapuan buah premium berkualiti tinggi yang luar biasa dan disukai, teruja untuk mengumumkan perkongsian menarik dan menyeronokkan dengan cef tersohor di dunia, Pierre Gagnaire. Kerjasama ini menjanjikan akan membawa dimensi baharu pengalaman gourmet kepada penggemar makanan di seluruh dunia, dengan pelancaran resipi menarik yang menampilkan sapuan buah St Dalfour.

St Dalfour telah lama disinonimkan dengan kualiti tanpa kompromi dan komitmen kepada bahan semula jadi dan selamat dimakan. Sapuan buah istimewa syarikat, dibuat dengan 100% buah, tidak mengandungi gula tebu, pengawet atau perisa tiruan. Sapuan buah ini telah diraikan oleh selera mereka yang pandai menilai selama bertahun-tahun dan kini, sapuan tersebut sedia bersinar dengan lebih cerah bersama kepakaran masakan Cef Pierre Gagnaire.

Pierre Gagnaire, cef berbintang Michelin dan berwawasan dalam dunia gastronomi, telah mendapat sanjungan antarabangsa untuk pendekatan berinovatif beliau kepada memasak. Beliau telah mencipta pelbagai resipi amat menarik di seluruh dunia, meningkatkan rasa dan tekstur hidangan merentasi spektrum masakan. Bersama St Dalfour, Pierre menjanjikan akan mencipta resipi yang akan memberikan inspirasi kepada pencinta makanan bagi meningkatkan pengalaman makan di rumah mereka.

"Saya teruja untuk bekerjasama dengan St Dalfour dalam perjalanan masakan ini," kata Cef Pierre Gagnaire. "Komitmen syarikat itu yang menggunakan hanya bahan terbaik adalah sejajar dengan falsafah makanan saya. Bersama-sama, kami akan meneroka horizon rasa baharu, menunjukkan betapa serba boleh dan menariknya sapuan buah St Dalfour di dapur."

Di samping kepada resipi yang lazat ini, St Dalfour dan Cef Pierre Gagnaire teruja untuk mengumumkan bahawa perkongsian yang dilaksanakan akan berkembang kepada pelbagai kandungan menarik yang boleh diakses oleh khalayak di seluruh dunia. Ini termasuk tutorial memasak, kelas pakar maya dan gambaran sepintas lalu di belakang tabir yang eksklusif ke dalam proses kreatif. Tawaran ini akan membolehkan penggemar makanan belajar daripada yang terbaik dan menjadi sebahagian daripada komuniti masakan global.

John Cooper, Pengerusi dan Ketua Pegawai Eksekutif St Dalfour, melahirkan rasa semangatnya untuk perkongsian ini, dengan berkata, "Kami berbesar hati untuk bekerjasama dengan Cef Pierre Gagnaire, yang semangat berinovatif dan penguasaan masakannya adalah sejajar dengan etos St Dalfour. Bersama-sama, kami akan membawa pelbagai perisa menarik dan pengalaman kreatif ke dapur di seluruh dunia."

Perkongsian antara St Dalfour dan Cef Pierre Gagnaire ditetapkan untuk mentakrifkan semula landskap masakan, memberikan inspirasi kepada kedua-dua cef baharu dan berpengalaman untuk meneroka kemungkinan tidak berkesudahan yang boleh ditawarkan oleh sapuan buah St Dalfour. Ini ialah keraian untuk bahan terbaik, kepakaran masakan dan komitmen bersama bagi meningkatkan seni memasak

Untuk maklumat lanjut tentang St Dalfour, sila kunjungi www.stdalfour.com

MAKLUMAT TENTANG ST DALFOUR:
St Dalfour telah menghasilkan sapuan buah premium selama lebih 30 tahun. Komitmen syarikat menggunakan hanya bahan terbaik dan serba semula jadi telah menjadikan produk syarikat itu kegemaran dalam kalangan penggemar makanan di seluruh dunia. Produk St Dalfour terkenal dengan rasa, ketulenan dan kualiti yang luar biasa, menawarkan rasa Perancis kepada pengguna di lebih 100 negara.

MAKLUMAT TENTANG CEF PIERRE GAGNAIRE:
Cef Pierre Gagnaire ialah cef berbintang Michelin dan berwawasan dalam dunia gastronomi. Dengan kerjaya memasak yang menjangkau beberapa dekad lamanya, beliau diraikan kerana pendekatan berinovatif dan artistiknya dalam memasak. Restorannya, yang terletak di seluruh dunia, terkenal dengan pengalaman makan yang luar biasa.

Butiran Hubungan Media: 
Adam Weinberg
Naib Presiden Pemasaran
Charles Jacquin et Cie., Inc.
aweinberg@jacquins.com 
609-922-4887

Logo - https://mma.prnasia.com/media2/2310656/St_Dalfour_Logo.jpg?p=medium600

Source: St Dalfour
Keywords: Beverages Food/Beverages Household/Consumer/Cosmetics Retail Travel Licensing/marketing agreements