omniture

Air China dan Kunming Airlines Mulakan Perkongsian Kod

Air China
2014-09-04 12:42 122

BEIJING, 4 September 2014 /PRNewswire/ -- Air China dan Kunming Airlines telah menandatangani perjanjian kerjasama perkongsian kod di bandar Kunming pada 3 September 2014 dan kedua-dua syarikat penerbangan ini akan memulakan perkongsian kod tersebut dalam bentuk pemasaran percuma bagi penerbangan domestik terpilih masing-masing bermula pada 15 September 2014.

Menurut perjanjian tersebut, kedua-dua syarikat penerbangan akan menghubungkan bandar Kunming dengan rangkaian laluan masing-masing. Melalui kerjasama tersebut, Air China akan meletakkan kod CA pada hampir 500 penerbangan mingguan bagi 26 laluan yang dikendalikan oleh Kunming Airlines, yang akan melanjutkan rangkaian laluannya ke beberapa bandar di wilayah Yunnan serta lain-lain bandar berhampiran. Pada masa yang sama, Kunming Airlines akan meletakkan kod KY pada kira-kira 210 penerbangan mingguan bagi 9 laluan yang dikendalikan oleh Air China, yang akan melanjutkan rangkaiannya ke kebanyakan bandar bersaiz besar dan sederhana di China.

Lou Yongfeng, Pengarah Urusan, Jabatan Kerjasama Antarabangsa, Jawatankuasa Komersil, berkata, "Air China sentiasa memberi keutamaan terhadap pembentukan perkongsian dengan syarikat penerbangan lain. Kami berharap agar kerjasama perkongsian kod bersama Kunming Airlines ini akan membantu kami memperoleh manfaat yang sebaik mungkin daripada sinergi kami, terus menambah baik rangkaian kedua-dua pihak serta menjadikannya lebih mudah untuk para penumpang di seluruh negara ini untuk membuat perjalanan ke dan dari Yunnan."

Liu Rui, Naib Presiden Eksekutif Kunming Airlines, berkata, "Kunming Airlines ialah syarikat penerbangan yang berpangkalan di Yunnan. Kerjasama perkongsian kod kami bersama Air China bukan sahaja dapat terus memperluas rangkaian laluan kami, bahkan juga dapat membantu kami memperoleh pengalaman dan kepakaran daripada syarikat penerbangan domestik lain, menawarkan perkhidmatan lebih baik kepada para penumpang ke dan dari Yunnan."

Air China merupakan satu-satunya syarikat penerbangan kebangsaan di negara China dan juga syarikat penerbangan terbesar antara China dan Eropah serta antara China dan juga Amerika. Rangkaian laluannya menyediakan perkhidmatan kepada lebih 162 destinasi di 32 negara dan wilayah di seluruh dunia. Kunming Airlines ialah syarikat penerbangan yang berpangkalan di Kunming dengan rangkaian yang menyediakan perkhidmatan kepada kebanyakan bandar tahap kedua dan tahap ketiga di wilayah Yunnan. Kerjasama perkongsian kod antara Air China dan Kunming Airlines akan terus menggalakkan pembangunan industri penerbangan di sebelah barat daya China, meningkatkan pembangunan ekonomi tempatan, memainkan peranan penting dalam melanjutkan pertukaran budaya antara Yunnan dan bahagian lain di negara ini, serta menyediakan lebih banyak peluang kepada para pelancong untuk menikmati pemandangan Yunnan yang menawan.

Latar Belakang Kunming Airlines

Kunming Airlines merupakan perusahaan dalam bidang penerbangan komersil yang ditubuhkan dengan kelulusan Pentadbiran Penerbangan Awam China pada 25 Februari 2007. Berpangkalan di Lapangan Terbang Antarabangsa Changshui, syarikat penerbangan tersebut mengendalikan kedua-dua laluan domestik utama dan pengantara.

Kunming Airlines ialah syarikat penerbangan utama Yunnan yang menggunakan Lapangan Terbang Antarabangsa Changshui sebagai habnya. Sejak memulakan penerbangan sulungnya pada 15 Februari 2009, syarikat penerbangan tersebut telah komited dalam menggalakkan pembangunan sosial dan ekonomi Yunnan, menawarkan pengalaman pelancongan yang menarik kepada para penumpang. Kini syarikat penerbangan tersebut telah berkembang menjadi syarikat penerbangan yang tersendiri dan dinamik dengan potensi kemajuan yang amat besar.

Selepas lima tahun pembangunan, Kunming Airlines kini mempunyai kumpulan yang terdiri daripada 14 kapal terbang dan rangkaian laluan yang menyediakan perkhidmatan kepada lebih 20 bandar di China. Ia mempunyai lebih 1,000 kakitangan. Syarikat penerbangan tersebut menjadi pengendali bersaiz sederhana.

Pada masa hadapan, Kunming Airlines akan terus memperluas dan menambah baik rangkaian laluannya, terus menggalakkan kemajuan sektor penumpang udara dan pengangkutan kargo di Yunnan, menawarkan rangkaian penuh perkhidmatan serta produk perjalanan udara dan logistik, serta menyumbang kepada usaha strategik untuk membina lapangan terbang pintu masuk Yunnan di barisan hadapan pembangunan ekonomi wilayah tersebut.

Bagi mendapatkan maklumat tambahan, sila layari laman web rasmi Kunming Airlines www.airkunming.com, atau hubungi talian penting perkhidmatan syarikat penerbangan tersebut 4008876737.

Foto - http://photos.prnasia.com/prnh/20140903/0861406324-a
Foto - http://photos.prnasia.com/prnh/20140903/0861406324-b
Logo - http://www.prnasia.com/sa/2008/12/26/200812261146.jpg

SUMBER: Air China

Source: Air China
Related Links:
Keywords: Aerospace/Defense Airlines/Aviation Travel