omniture

OtterBox, Peneraju Global Penyelesaian Perlindungan Peranti Mudah Alih, Umumkan Pelancaran Rasmi di China, Dedahkan Perkongsian Global bersama Lenovo

OtterBox
2014-09-04 14:00 105

BEIJING, 4 September 2014 /PRNewswire/ -- OtterBox, yang terkenal di dunia kerana sarung perlindungan premium untuk telefon pintar dan peranti mudah alih lain, hari ini mengumumkan kemasukan rasminya ke dalam pasaran China.

Foto - http://photos.prnewswire.com/prnh/20140902/141975
Foto - http://photos.prnewswire.com/prnh/20140902/141981

OtterBox, sarung untuk telefon pintar yang paling laris dijual di A.S. dan Kanada, 1 boleh didapati di 46,000 kedai runcit di seluruh dunia. Penyelesaian perlindungan OtterBox disesuaikan untuk menyokong peranti daripada pengeluar seperti Apple, Samsung, Google, HTC, Lenovo dan lain-lain. Steve Nisbet, pengarah urusan OtterBox Asia Pasifik, menjelaskan perancangan untuk memperluas jejak jenama tersebut di China pada sidang akhbar 28 Ogos di Beijing.

Nisbet turut mengumumkan perkongsian global OtterBox bersama pembuat peranti mudah alih dan komputer peribadi Lenovo. Melalui perkongsian ini, OtterBox mempertingkat reputasinya bagi pembangunan produk inovatif yang direka dengan teliti untuk teknologi canggih. OtterBox tidak lama lagi akan memperkenalkan sarung perlindungan pertama untuk telefon pintar VIBE utama Lenovo yang akan datang.

"Hubungan rakan kongsi yang mantap adalah penting di OtterBox," kata Nisbet. "Kami amat berbesar hati untuk bekerjasama dengan rakan kongsi yang menerajui industri seperti Lenovo dan menyediakan penyelesaian terbaik untuk kumpulan pelanggan tetap mereka yang kian berkembang pesat."

"Dalam era PC Plus, Lenovo sentiasa berusaha untuk memberikan pengalaman mudah alih terbaik untuk para pengguna. Sarung perlindungan tersuai khusus oleh OtterBox melengkapkan dengan teliti siri telefon pintar VIBE utama kami bagi menyediakan perlindungan tambahan dan ketenangan fikiran," ujar Wu Di, pengarah aksesori, Lenovo Mobile Business Group.

Baru-baru ini juga OtterBox telah mengumumkan perkongsian pengedaran bersama Ingram Micro, yang akan membolehkan produk OtterBox didapati di seluruh rangkaian runcit luas Ingram Micro di China, selain melalui peruncit dalam talian. Dengan kemampuan rantaian bekalan yang luas ini, Ingram Micro dapat menyediakan perkhidmatan untuk rakan kongsi di lebih 500 bandar di China. Produk OtterBox tidak lama lagi boleh didapati dalam saluran runcit bandar Tahap 1 hingga Tahap 3 di China.

OtterBox turut melabur dalam saluran e-dagang China yang besar, bahagian penting dalam strategi kemajuan jangka panjang syarikat itu. Produk OtterBox boleh dibeli secara dalam talian daripada vendor e-dagang terkemuka seperti JD.com, Tmall.com, serta Amazon China.

Portfolio OtterBox di China akan menawarkan pengguna pelbagai penyelesaian perlindungan bagi memenuhi keperluan individu. Siri Pemelihara boleh ditenggelamkan sehingga dua meter di bawah air selama 30 minit. Siri Penahan pula menawarkan perlindungan tiga lapisan yang mantap untuk melindungi daripada kerosakan akibat jatuh dan gegaran. Reka bentuk yang anggun serta mudah muat dalam saku dan juga warna lelilit Siri Simetri pula menambahkan keanggunan kepada telefon pintar. Siri Komuter yang nipis pula menawarkan perlindungan dua lapisan, melindungi daripada debu dan serpihan serta amat sesuai diletakkan dalam saku pengguna.

"China memperlihatkan peluang penting untuk kemajuan," ujar Nisbet. "Menurut firma penyelidikan IDC, jumlah penghantaran telefon pintar di China dijangka meningkat sehingga 420 juta menjelang akhir tahun 20142. Kami telah pun menetapkan persediaan asas untuk mencapai pengguna China secara dalam talian dan di kedai runcit. Dengan penyelesaian perlindungan kami yang inovatif dan tersuai khusus, kami komited untuk membangunkan perniagaan kami di China."

Latar Belakang OtterBox:

Setelah ditubuhkan pada tahun 1998 dengan rangkaian kotak kering, OtterBox telah maju sebagai sarung untuk telefon pintar yang paling laris dijual di A.S. dan peneraju global bagi perlindungan peranti mudah alih.2 Rangkaian penyelesaian perlindungan yang pelbagai untuk teknologi bimbit melindungi, menghubung dan turut membolehkan dunia mudah alih. OtterBox telah menjadi penerima kehormat sebanyak enam kali dalam senarai Inc. 5000 syarikat persendirian paling berkembang pesat di A.S. dan dinamakan sebagai salah satu "Syarikat Harapan Amerika" oleh Majalah Forbes. Syarikat ini beribu pejabat di Fort Collins, Colorado, dengan pejabat di San Diego; Boston; Cork, Ireland; serta Hong Kong.

Bagi mendapatkan maklumat lanjut layari www.otterbox.asia

Nota:
1 Sumber sarung telefon pintar paling laris dijual: The NPD Group/Khidmat Penjejakan Runcit: Perlindungan Peranti Telefon Bimbit/Unit Dijual 1/2012-12/2013

2 IDC http://www.idc.com/getdoc.jsp?containerId=prCN24688114

©2014 Otter Products, LLC. Hak cipta terpelihara. OtterBox dan semua logo, tanda dagangan serta simbol OtterBox merupakan hak milik Otter Products, LLC. Semua logo, tanda dagangan dan simbol lain ialah kepunyaan pemilik masing-masing.

Source: OtterBox
Keywords: Computer/Electronics Consumer Electronics Mobile Entertainment Telecommunications Telecommunications Equipment Corporate Expansion Licensing/marketing agreements