omniture

ProSiebenSat.1 Group, Rangkaian TV Terbesar Jerman, Tawar Media Bernilai Jutaan Euro untuk Syarikat Permulaan Antarabangsa

- SevenVentures Pitch Day sokong usaha niaga pengguna menempa kejayaan mereka di Eropah
- ProSiebenSat.1 bekerjasama dengan TF1 Perancis, Dogan TV Turki, TVN Group Poland serta Modern Times Group Sweden bagi pertandingan pic syarikat permulaan antarabangsa
- Usaha niaga antarabangsa berusaha mendapatkan peruntukan media bernilai lebih €7 juta bagi memasuki pasaran Eropah
ProSiebenSat 1 Media AG
2014-09-04 16:05 101

MUNICH dan LONDON, 4 September 2014 /PRNewswire/ -- SevenVentures Pitch Day (7VPD) maju ke peringkat antarabangsa: Hadiah syarikat permulaan daripada ProSiebenSat.1, kumpulan TV terbesar di Jerman, akan mempunyai penjajaran antarabangsa. Pertandingan syarikat permulaan tersebut menyasarkan secara khusus pengasas dan syarikat permulaan pengguna yang berhasrat untuk memasuki atau berkembang maju dalam pasaran Eropah dengan idea perniagaan atau produk mereka. Bagi menyokong objektif tersebut, ProSiebenSat.1 Group akan menganugerahkan peruntukan media TV berjumlah €7 juta kepada para pemenang pertandingan di samping hadiah tambahan media daripada TF1 (Perancis), Dogan TV (Turki), TVN Group (Poland) dan juga Modern Times Group (Eropah Utara).

SevenVentures Pitch Day akan diadakan pada 13 November 2014 di London bertempat di Persidangan NOAH, persidangan pelabur dan Internet terkemuka di Eropah. Usahawan muda yang menawarkan produk atau perkhidmatan mereka kepada pengguna akhir dan telah pun mantap dalam pasaran negara masing-masing boleh memohon di http://www.sevenventures.de/en/7vpd untuk menyertai SevenVentures Pitch Day. Bagi menggambarkan tumpuan Antarabangsa acara itu, galakan permohonan tahun ini ditujukan kepada syarikat permulaan di luar Jerman. Objektifnya adalah untuk menggalakkan kemasukan golongan usahawan inovatif dari seluruh dunia ke dalam pasaran Eropah, bermula dengan Jerman. Usahawan tersebut boleh mendapat manfaat daripada jangkauan pemasaran mantap persatuan syarikat TV yang terlibat.

Daripada kesemua permohonan, 7 calon akan menerima tiket percuma untuk persidangan Noah di London, yang membolehkan mereka membentangkan idea perniagaan mereka yang berpandangan ke hadapan. Melalui siri sesi pendek, para peserta akan berpeluang untuk menyampaikan idea mereka kepada enam ahli juri antarabangsa yang terpilih. Pada masa yang sama, SevenVentures Pitch Day akan disiarkan secara langsung melalui Internet. Ini membolehkan para penonton – sebagai ahli juri digital ketujuh – untuk mengundi dan terlibat dalam proses membuat keputusan. Pada tahun 2013, pasaran untuk aktiviti berkaitan pelancongan, GetYourGuide telah berjaya memenangi hati juri.

Bagi mendapatkan maklumat tambahan untuk memohon dan menyertai pertandingan tersebut, sila layari: http://www.sevenventures.de/en/7vpd.

Permohonan boleh dihantar secara dalam talian sehingga 5 Oktober 2014.

Hubungi:
Matthias Bohlig
Pengurus Komunikasi Kanan
Telefon +49(0)89-9507-2344
Faks +49(0)89-9507-92344
Matthias.Bohlig@prosiebensat1.com

Source: ProSiebenSat 1 Media AG
Keywords: Computer Software Computer/Electronics Entertainment Television Trade show news