Dengan lebih 70 kapal layar dipamerkan dan banyak F&B, hiburan dan aktiviti imersif ditawarkan, tetamu akan berpeluang mengalami sepenuhnya cara hidup pelayaran yang tersendiri
SINGAPURA, 10 Januari 2024 /PRNewswire/ -- Festival Kapal Layar Singapura (Singapore Yachting Festival, SYF) akan berlangsung mulai 25 – 28 April 2024 di ONE°15 Marina Sentosa Cove. Acara selama 4 hari ini akan mempamerkan pertunjukan kapal layar yang menakjubkan dan hiburan yang mengagumkan. Dengan usaha bersama untuk memaparkan spektrum penuh gaya hidup pelayaran yang unik, edisi tahun 2024 akan melancarkan pasaran Festival Gaya Hidup; pengunjung boleh mengharapkan aktiviti pengalaman, gerai gaya hidup sementara, persembahan muzik secara langsung, hiburan rayau (roving) dan banyak lagi.
En. Arthur Tay, Ketua Pegawai Eksekutif SUTL Enterprise, berkata, "Pemerolehan Festival Kapal Layar Singapura oleh ONE°15's menandakan perjalanan transformatif ke arah meningkatkan pengaruh jenama kami dalam industri marin. Dengan pengalaman unik yang dipilih susun, SYF sejajar secara lancar dengan visi kami untuk mendorong aktiviti pelayaran menjadi gaya hidup yang dijalani oleh khalayak yang arif dan bercita-cita tinggi."
Disokong oleh Sentosa Development Corporation dan Sentosa Cove Resort Management, SYF akan mempamerkan barisan lebih 70 kapal layar, menunjukkan peningkatan 45% yang luar biasa berbanding tahun lalu. Pengunjung mendapat peluang yang tiada tandingan untuk meninjau beberapa model terkini daripada nama-nama terkemuka dalam industri ini termasuk Sanlorenzo, Ferretti, Azimut, Princess, Fountain Pajot dan Leopard. Majlis makan malam anugerah yang dianjurkan oleh majalah Yacht Style, akan mempersembahkan yang terbaik dan paling menyerlah dalam industri ini.
Melalui perkongsian dengan International Council of Marine Industry Associations (ICOMIA) dan Singapore Boating Industry Association (SBIA), SYF akan didahului dengan Persidangan Industri Bot ICOMIA sulung pada 23 – 24 April 2024 yang memfokuskan kepada kemampanan dan penyahkarbonan. Topik-topik penting akan melibatkan kajian industri yang terkini mengenai sistem pendorongan dan pembangunan infrastruktur. Persidangan ini akan memberi peluang perangkaian kepada golongan profesional perdagangan.
SYF akan memainkan peranan penting dalam mewujudkan platform acara untuk pembina dan pembekal kapal layar yang terkemuka di dunia, mainan sukan air dan jenama gaya hidup bagi mempamerkan produk mereka untuk memenuhi keinginan khayalak Singapura dan Asia yang semakin meningkat.
Selain daripada pengalaman pertunjukan bot biasa, SYF akan menggabungkan acara-acara pinggiran menarik yang disesuaikan untuk kedua-dua pengunjung perdagangan dan awam; sorotan utama akan melibatkan sesi merasa wain, demonstrasi atas air dengan papan luncur elektrik dan skuter bawah air, jelajah kapal layar persendirian, hiburan rayau dan secara langsung. Pasaran Festival Gaya Hidup sulung akan mempamerkan gabungan eklektik reruai runcit dan F&B sementara. SYF akan turut mempamerkan pertunjukan kereta super, yang akan menyaksikan beberapa kereta paling popular menuju ke Sentosa untuk pertunjukan motor yang epik.
SYF dianjurkan oleh ONE15 Events Management, subsidiari SUTL Enterprise, dengan kerjasama SG Marine Guide yang dipimpin oleh Wade Pearce, dengan matlamat untuk mengumpulkan lebih ramai peminat bot, pencari gaya hidup, pembeli kelas pertengahan dan pengunjung bernilai bersih tinggi, terutamanya golongan muda dan kaya yang sedang mempertimbangkan gaya hidup berlayar dengan kapal layar.
Tiket boleh didapati dalam talian dan berharga khas pada S$30 bersih untuk pas sehari dan S$55 bersih untuk pas beberapa hari dan S$150 bersih untuk pas persidangan 2 hari hingga 31 Mac.