-- Sepuluh Peserta Akhir Akan Bertanding Agar Iklan Buatan Mereka Sendiri Disiarkan Kepada Penonton Global; Pemenang Hadiah Utama Juga Akan Menerima Kerjaya Impian Mereka dengan Universal Pictures di Hollywood
PLANO, Texas, 4 September 2014 /PRNewswire/ -- Jenama Doritos PepsiCo mengajak para peminat seluruh dunia untuk mencipta iklan televisyen Doritos bagi peluang untuk melihat iklan mereka disiarkan kepada jutaan penonton. Dua iklan yang berjaya akan disiarkan kepada penonton televisyen global manakala pencipta iklan yang memenangi undi pengguna paling tinggi pula akan mendapat hadiah utama sebanyak $1 juta (A.S.) dan peluang yang bakal mengubah hidup mereka dengan bekerja selama setahun penuh sebagai kontraktor di tapak Universal Pictures. Selama lebih 100 tahun, Universal telah menghasilkan filem yang mendapat sambutan global seperti "Jaws" dan "E.T.: The Extra-Terrestrial," serta filem pecah panggung daripada siri "Jurassic Park," "Fast & Furious," "Bourne," "Ted" serta "Despicable Me". Butiran kelayakan dan peraturan rasmi pertandingan boleh didapati di www.doritos.com.
Foto - http://photos.prnewswire.com/prnh/20140903/142604
Peluang ini untuk pembikin filem yang bercita-cita tinggi di seluruh dunia dan adalah sebahagian daripada siri kesembilan pertandingan Crash the Super Bowl Doritos. Sejak ia dimulakan pada tahun 2007, pertandingan tahunan itu telah menjemput para pengguna untuk mencipta dan menghantar iklan buatan sendiri selama 30 saat yang menguar-uarkan kesukaan mereka terhadap kerepek tortila Doritos agar mendapat peluang untuk melihat karya mereka disiarkan semasa tayangan Super Bowl – pertandingan kejohanan tahunan Liga Bola Sepak Amerika Kebangsaan. Program ini sentiasa menarik tontonan lebih 100 juta orang di A.S. sahaja dan jutaan lagi seluruh dunia. Ini menandakan kali kedua dalam sejarah pertandingan itu ketika para pengguna di negara lain yang mengambil bahagian turut dijemput bagi menghantar penyertaan. Iklan yang menang berpotensi untuk disiarkan dalam setiap pasaran pencipta masing-masing walaupun selepas siaran Super Bowl.
Semasa bekerja di tapak Universal Pictures itu sendiri, pemenang tahun ini akan melihat sendiri cara kerja studio filem terkemuka ini dan berpeluang meminjamkan bakat kreatif mereka kepada pelbagai projek, termasuk filem Universal Pictures akan datang seperti "Pitch Perfect 2" dan komedi terkenal lain. Pemenang tahun ini juga dapat bekerjasama bersama beberapa bintang paling berbakat di Hollywood, termasuk Elizabeth Banks, yang bakal menerbitkan filem arahan beliau yang pertama dengan "Pitch Perfect 2". Banks pernah membintangi pelbagai filem yang mendapat pujian para pengkritik seperti "The 40-Year-Old Virgin," "Seabiscuit," dan juga "Pitch Perfect," serta francais global seperti "The Lego Movie," "The Hunger Games" dan "Spider-Man." Selain peranan beliau sebagai kolaborator dengan pemenang Crash the Super Bowl tahun ini, Banks akan turut menjadi sebahagian daripada panel juri yang akan menghakimi para peserta akhir pertandingan ini.
"Pertandingan Crash the Super Bowl Doritos ialah program yang sangat menguja kerana ia memberi peluang kepada pembikin filem bercita-cita tinggi seluruh dunia untuk menceburkan diri dalam industri hiburan," kata Banks. "Penayangan filem arahan saya yang pertama, "Pitch Perfect 2" ialah impian yang menjadi kenyataan buat saya, dan Universal ialah studio yang memberi saya peluang itu. Saya sangat gembira Universal dan Doritos juga mengambil peluang ini untuk memberi kesempatan kepada seorang peminat yang berbakat, membuka pintu yang mungkin boleh melonjakkan nama pemenang Crash tahun ini dan mengubah hidupnya."
Panel hakim yang berkelayakan tinggi, termasuk Banks, golongan eksekutif daripada jenama Doritos dan profesional pengiklanan, akan memilih 10 iklan peserta akhir – dua kali lebih banyak berbanding pertandingan tahun lepas. Akhirnya dua iklan akan disiarkan sewaktu tayangan pertandingan Super Bowl – satu akan dipilih berdasarkan undian peminat di www.doritos.com manakala satu lagi dipilih oleh jenama Doritos. Pencipta iklan peserta akhir dengan jumlah undi yang tertinggi akan menerima hadiah utama $1 juta (A.S.) dan peluang seumur hidup untuk bekerja di Universal Pictures, tempat beliau bakal bekerja sendiri dengan para penulis, pengarah serta penerbit untuk mendapat pengalaman industri hiburan dunia sebenar betul-betul di tengah Hollywood.
"Pertandingan Crash the Super Bowl Doritos mempunyai warisan yang hebat berkenaan dengan penglibatan para peminat Doritos yang berani di A.S. dan jenama ini sangat teruja kerana dapat membawakan program terkemuka ini ke pasaran antarabangsa," kata Lorraine Chow Hansen, Presiden, Global Snacks Group, PepsiCo. "Peluang yang bakal melancarkan kerjaya yang hebat untuk para pembikin filem yang bercita-cita tinggi menonjolkan lagi kreativiti pengguna Doritos yang mengagumkan dan kami pasti para peminat kami di seluruh dunia tentu mampu menyahut cabaran ini. Peluang agar bakat mereka dapat ditayangkan semasa salah satu acara sukan paling besar dalam setahun, memenangi hadiah $1 juta yang hebat dan bekerja di tapak salah satu studio filem paling terkenal di dunia telah sekali lagi menaikkan paras pencapaian untuk peminat mencipta iklan Doritos yang unggul. Kami tidak sabar-sabar lagi untuk melihat apa yang mereka bakal ciptakan."
Sejak Crash the Super Bowl mula-mula diperkenalkan, jenama Doritos telah menerima lebih 27,000 penyertaan iklan yang dicipta pengguna dan iklan yang memenangi pertandingan ini sering menjadi iklan Super Bowl yang paling diingati dan yang paling hangat diperkatakan. Tahun lepas adalah kali pertama pertandingan ini terbuka kepada para peminat di negara lain seluruh dunia untuk turut menyertainya, lalu sebanyak lebih 5,400 penyertaan telah diterima dari 30 negara. Sepanjang masa ini, para pencipta iklan Doritos yang memenangi tempat pertama telah dihadiahi ganjaran wang sebanyak jutaan dolar dan telah menerima kontrak iklan komersil, perjanjian perfileman, perwakilan bakat Hollywood serta pengalaman lain yang mengubah kehidupan mereka.
Setiap daripada 10 peserta akhir Crash the Super Bowl akan memenangi jemputan ke Arizona bagi menghadirkan diri semasa pertandingan Super Bowl XLIX dan dapat menonton pertandingan ini dari bilik mewah peribadi, tempat mereka bakal menyaksikan iklan peserta akhir yang akan disiarkan untuk tontonan seluruh dunia. Lapan peserta akhir dengan iklan yang tidak berjaya disiarkan akan memenangi $25,000 setiap seorang. Siaran Super Bowl XLIX telah ditetapkan pada hari Ahad, 1 Februari 2015 melalui saluran NBC di Amerika Syarikat dan rangkaian siaran tempatan seluruh dunia. Bermula pada hari Jumaat, 12 September 2014, jenama Doritos akan menerima penyerahan penyertaan sehingga Ahad, 9 November 2014.
Sebagai salah satu jenama kudapan terkemuka di dunia, Doritos mempunyai kehadiran di 46 negara dan enam benua. Dengan jenama seperti Nacho Cheese dan Cool Ranch serta Sweet Chili Pepper dan juga Tangy Cheese, portfolio Doritos seluruh dunia menawarkan lebih 70 perasa tersendiri buat masa kini.
Hubungan PepsiCo dengan NFL merupakan salah satu tajaan sukan syarikat itu yang berjalan paling lama dan yang paling berjaya. PepsiCo akan memanfaatkan hubungannya dengan NFL untuk berhubung dengan pengguna sepanjang musim ini dengan pengaktifan merentasi banyak jenama makanan dan minuman terbesar syarikat itu termasuk Pepsi, Tostitos, Quaker, Doritos serta Gatorade.
Latar belakang Universal Pictures
Universal Pictures ialah divisyen Universal Studios (www.universalstudios.com). Universal Studios adalah sebahagian daripada NBCUniversal. NBCUniversal ialah salah satu syarikat media dan hiburan terkemuka dunia dalam pembangunan, penerbitan dan juga pemasaran hiburan, berita serta maklumat kepada penonton global. NBCUniversal memiliki dan turut mengendalikan portfolio berharga yang mengandungi rangkaian berita dan hiburan, syarikat perfileman unggul, pengendalian penerbitan televisyen yang signifikan, kumpulan stesen televisyen terkemuka serta taman tema yang terkenal seluruh dunia. NBCUniversal ialah syarikat subsidiari Comcast Corporation.
Latar belakang Doritos
Doritos ialah salah satu jenama terkemuka daripada portfolio kudapan global PepsiCo (NYSE: PEP). Bagi mengetahui lebih lanjut tentang jenama Doritos, sila layari laman webnya di www.doritos.com.
Latar belakang PepsiCo
Produk PepsiCo dinikmati oleh pengguna sebanyak satu bilion kali sehari di lebih 200 negara dan wilayah seluruh dunia. PepsiCo telah menjana hasil bersih sebanyak lebih $66 bilion pada tahun 2013, dipacu oleh portfolio pelengkap makanan dan minuman termasuklah jenama Frito-Lay, Gatorade, Pepsi-Cola, Quaker serta Tropicana. Portfolio produk PepsiCo termasuklah pelbagai makanan dan minuman yang lazat, termasuk 22 jenama yang menjana jualan runcit tahunan sebanyak kira-kira $1 bilion setiap satunya.
Di teras PepsiCo ialah Prestasi dengan Matlamat – matlamat kami adalah untuk menyediakan prestasi kewangan paras tertinggi sambil mencipta pertumbuhan mampan daripada segi nilai pemegang saham. Daripada segi amalan, Prestasi dengan Matlamat bermaksud menyediakan pelbagai makanan dan minuman daripada kudapan santai hinggalah makanan berkhasiat; mencari cara inovatif untuk meminimumkan impak kami ke atas alam sekitar dan turut mengurangkan kos pengendalian kami; menyediakan tempat kerja yang selamat dan melibatkan semua kakitangan kami pada peringkat global; serta menghormati, menyokong, dan turut melabur dalam komuniti tempatan tempat kami beroperasi. Bagi mendapatkan maklumat lanjut, layari www.pepsico.com.
Ikuti PepsiCo: