omniture

UGREEN Umumkan Peranti Storan Terhubung Rangkaian Generasi Seterusnya dalam Pasaran Antarabangsa di CES 2024

UGREEN
2024-01-11 18:59 33

LAS VEGAS, 11 Januari 2024 /PRNewswire/ -- Ugreen, jenama yang terkemuka bagi elektronik pengguna, mengumumkan satu kolaborasi baharu dengan Intel semasa pendedahan peranti Storan Terhubung Rangkaian NASync UGREEN baharu pada hari pertama CES 2024. Perkembangan ini menandakan lonjakan yang besar ke hadapan. Diperkasa oleh pemproses Intel®, barisan produk baharu ini didatangkan dengan kecekapan storan dan keupayaan membuat keputusan bijak automatik. Dengan AI yang semakin disepadukan ke dalam kehidupan harian, UGREEN dan Intel berkolaborasi untuk ciri-ciri yang lebih mudah digunakan, bagi menjadikan tugas dan kehidupan harian lebih senang.

UGREEN NAS LAUNCH EVENT AT CES
UGREEN NAS LAUNCH EVENT AT CES

"Dengan teknologi yang semakin beralih ke arah penyepaduan AI dan keupayaan yang berkaitan, kami membuat keputusan yang teliti untuk berkolaborasi dengan sebuah institusi berpengalaman yang terkenal untuk menyepadukan fungsi-fungsi ini ke dalam produk kami yang akan datang," ujar pengurus besar UGREEN Evan Li. "Kami berharap dapat memperkenalkan sebahagian kecil daripada keupayaan AI pintar kepada lebih ramai pengguna menerusi pelancaran peranti NASync kami."

Lebih terkenal dengan pengecasan dan aksesori revolusioner, UGREEN mengorak langkah ke dalam industri sumber tenaga alternatif dengan keluaran terkini Stesen Kuasa Mudah Alih PowerRoam. Terdorong daripada kejayaan berkenaan, siri NASync UGREEN bertujuan untuk mencapai kemuncak bagi kepakaran teknikal dan perkakasan Intel dalam pengkomputeran awan dan komponen PC, menerusi pengetahuan luas UGREEN dalam penyelesaian storan HDD dan SSD.

"Intel mempunyai sistem penyelesaian yang lengkap dan matang dalam bidang NAS," ujar pengurus produk UGREEN, Kris Wei, apabila ditanyakan tentang kolaborasi ini. "Bermula daripada keperluan aras permulaan hingga bidang komersial, Intel menyediakan cip kawalan utama dan penting yang menjadikannya pilihan pertama yang ideal untuk kerjasama."

Usaha kolaboratif ini telah mula membuahkan hasil, memandangkan definisi produk UGREEN menggabungkan banyak reka bentuk inovatif dalam bidang NAS pengguna. Kejayaan penting dalam bidang seperti output video 8K, pemaksimuman kuasa pengkomputeran model AI dan aplikasi merupakan beberapa contoh faedah praktikal yang terhasil daripada kerjasama ini. Untuk maklumat lanjut mengenai siri NASync UGREEN, sila kunjungi https://nas.ugreen.com/pages/ugreen-nas-storage-preheat.

Latar Belakang Intel

Ditubuhkan pada tahun 1968, Intel ialah sebuah syarikat multinasional dan salah satu pengeluar semikonduktor terbesar di dunia. Mereka membekalkan pelbagai komponen untuk sistem komputer, dengan pengkomputeran pelanggan menyumbang sebanyak lebih 50% daripada hasil mereka dan paling berkaitan dengan seni bina x86.

Latar Belakang UGREEN

Ditubuhkan pada tahun 2012, UGREEN mengkhusus untuk membangunkan peranti dan aksesori elektronik pengguna dengan inovasi teknologi yang terkemuka dan menjadikannya boleh diakses oleh pengguna harian. Dengan lebih 40 juta pengguna di lebih 100 negara, UGREEN berkembang dengan pesat menjadi jenama yang terkenal dan boleh dipercayai.

Source: UGREEN
Keywords: Computer Hardware Computer Software Computer/Electronics Consumer Electronics Internet Technology Oil/Energy Semiconductors Telecommunications Utilities Licensing/marketing agreements New products/services Trade show news Artificial Intelligence Cloud Computing / Internet of Things