omniture

Barisan Baharu Vakum Robot Dreame di CES 2024 Takrifkan Semula Pembersihan Bebas-tangan

Dreame Technology
2024-01-11 19:02 95

LAS VEGAS, 11 Januari 2024 /PRNewswire/ -- Acara teknologi paling berkuasa di dunia-Pameran Elektronik Pengguna (CES) 2024 dibuka secara rasmi di Las Vegas, Amerika Syarikat. Dreame Technology, peneraju global bagi teknologi peralatan rumah pintar, membuat penampilan yang menakjubkan dengan rangkaian produk rumah pintarnya yang lengkap. Dengan teknologi teras termasuk motor digital berkelajuan tinggi, algoritma pintar dan kawalan pergerakan, Dreame Technology membawakan pengalaman baharu peralatan rumah pintar kepada pengguna global, lantas menggamit perhatian yang signifikan. 

CES2024
CES2024

Di CES 2024, Dreame Technology memperkenalkan beberapa produk pembersihan pintar baharu termasuk DreameBot X30 Ultra, DreameBot L20 Ultra, DreameBot L10s Pro Ultra, Vakum Basah dan Kering Dreame H13 Pro, Pembersih Vakum Tanpa Wayar Dreame Z10 Station. Di samping itu, Dreame akan menampilkan buat julung kalinya pengering rambut berkelajuan tinggi Roboticmower A1 dan Dreame Pocket yang bertujuan untuk menyampaikan pengalaman peralatan rumah pintar generasi seterusnya kepada pengguna di seluruh dunia dan meningkatkan lagi pengaruh jenama global Dreame Technology.

X30 Ultra: Memulakan Revolusi Pembersihan Kendiri

Sebagai pembersih vakum robot unggulan di pameran ini, X30 Ultra bukan sahaja dilengkapi dengan stesen utama pembersihan kendiri khas Dreame Technology, bahkan menampilkan pengikis terbina dalam, pembersihan air panas dan fungsi pengeringan udara panas untuk pembersihan dan penyelenggaraan automatik stesen utama. Dari segi keupayaan pembersihan, ia mempunyai motor digital berkelajuan tinggi dengan kuasa sedutan 8300Pa yang mengendalikan pelbagai saiz habuk dan serpihan dengan mudah. Ia juga serasi dengan berus guling anti-kusut, pemotong-rambut perintis daripada Dreame Technology yang memotong dan menyedut rambut yang melilit di sekeliling berus dengan berkesan, lantas mengurus rambut manusia dengan mudah.

DreameBot X30 Ultra
DreameBot X30 Ultra

Di samping itu, X30 Ultra merupakan produk antarabangsa pertama daripada Dreame Technology yang dilengkapi dengan teknologi RoboSwing MopExtend™ yang memperkenalkan mopextend dan fungsi ayun-ekor dinamik untuk kawasan berprofil rendah seperti di bawah kabinet dan bahagian bawah katil berdiri, membolehkan lengan mekanikal dipanjangkan lagi. Dengan panjang tambahan maksimum sehingga 4 cm, ia dapat mencapai lebih banyak kawasan rendah yang lazimnya sukar untuk diakses oleh pembersih vakum.

H13 Pro: Pembersihan Bekerja Lebih Keras, Bersuhu Tinggi

Vakum Basah dan Kering Dreame H13 Pro menawarkan pembersihan pinggir-ke-pinggir dengan sedutan 18,000Pa mengagumkan yang menangkap habuk dan serpihan walaupun di tempat yang paling susah dicapai. Ia memiliki ciri pengesanan kotoran pintar, pelarasan sedutan automatik, malah lampu hadapan berus LED untuk pembersihan terbaik setiap masa. H13 Pro turut memulakan era baharu pensterilan, dengan ciri pembersihan kendiri sekali-tekan yang menjalankan pembersihan berus panas dan kitaran pengeringan udara panas 30 minit bagi memastikan sisa yang minimum tertinggal di dalam vakum.

H13 Pro&Z10 Station
H13 Pro&Z10 Station

Z10 Station: Kualiti Pembersihan Tanpa Kompromi

Barisan vakum Dreame yang mengagumkan diteruskan dengan pengenalan Dreame Z10 Station tanpa wayarnya. Ia menempatkan motor tanpa berus yang beroperasi pada 108,000 RPM, menyediakan kuasa sedutan 20,000 Pa untuk mengurus habuk dan kotoran dengan laju dan menawarkan pembersihan 65 minit yang mengagumkan dengan cas penuh.

Z10 station didatangkan lengkap dengan bekas habuk kosong-sendiri yang menyiapkan tugas hanya dalam masa 10 saat susulan kembalinya ke stesen utama. Stesen ini mempunyai kapasiti kotoran 2.5L, maka tiada keperluan untuk mengosongkannya sehingga 90 hari. Z10 yang ringan menjadikan tugas ringan untuk mencuci lantai, perabot, rak dan langsir, sementara pencahayaan belakang LCD memudahkannya untuk melihat apabila membersihkan kawasan yang sukar dan ceruk.

Mesin pemotong rumput robotik tanpa wayar Roboticmower A1  Kawasan Luar, Bebas Tangan

Dreame turut membawakan revolusi bebas tangan ke luar rumah dengan pengenalan mesin pemotong rumput robotik tanpa wayar Dreame Roboticmower A1.

Mesin pemotong rumput yang mudah digunakan ini menjimatkan masa dan tenaga. Sebaik sahaja stesen pengecasan yang disertakan dipasang (tanpa kos tambahan), hanya 15 minit diperlukan untuk memetakan laman atau halaman rumah pengguna. Hasil daripada teknologi pemetaan pintar berkejituan tingginya, Roboticmower A1 dapat berfungsi dengan pemotongan rumput yang tepat, cekap dan konsisten, memotong sehingga 0.25 ekar rumput sehari.

Roboticmower A1
Roboticmower A1

Roboticmower A1 turut mengesan dan mengemudi dengan pintar sekitar halangan biasa bagi memastikan tiada apa yang rosak dan untuk mengelakkan gangguan dalam tugasnya. Sekiranya hujan, Roboticmower A1 mengesannya dengan penderia terbina dalam dan kembali ke stesen pengecasan secara automatik. Ia menyambung semula tugasnya sebaik sahaja cuaca bertambah baik.

"Dreame memahami keperluan pengguna yang semakin berkembang di AS," kata Chris Lin, Pengurus Besar Dreame Technology Amerika Utara, "Di CES 2024, kami mempamerkan peralatan terkini kami yang mentakrifkan semula pengalaman bebas-tangan. Siri vakum robot baharu kami dan produk-produk rumah lain akan memberi lebih banyak masa senggang kepada pelanggan kami tanpa menjejaskan kualiti siapnya."

Alami semua produk inovatif ini dan lebih banyak lagi secara langsung di Reruai CES 2024 Dreame, terletak di No.52747, Ekspo Venetian, Tingkat 2, Dewan A-D.

Latar Belakang Dreame Technology

Ditubuhkan pada tahun 2017, Dreame Technology ialah syarikat produk pengguna inovatif yang memfokuskan pada peralatan pembersihan rumah pintar dengan visi untuk memperkasa kehidupan melalui teknologi. Ikuti mereka di Facebook, Instagram, TikTok dan Twitter. Untuk maklumat lanjut, kunjungi https://www.dreametech.com/

Source: Dreame Technology
Keywords: Computer/Electronics Consumer Electronics Home Improvement Household/Consumer/Cosmetics Retail New products/services Trade show news