omniture

Majlis Pecah Tanah Hard Rock Hotel Athens oleh Hard Rock International

Hard Rock International
2024-01-12 00:56 37

Nota Editor: Muat turun imej dan b-roll majlis pecah tanah Hard Rock Hotel Athens DI SINI.

ATHENS, Greece, 12 Jan. 2024 /PRNewswire/ -- Hard Rock International, GEK TERNA Group dan komuniti Athens pada hari ini meraikan upacara pecah tanah resort mewah ini di tengah-tengah Athens Rivera. Acara pecah tanah tersebut menampilkan sambutan penyodok peringatan di Lapangan Terbang Hellinikon yang bersejarah.  Majlis seterusnya telah dijalankan di Pusat Pengalaman Hellinikon dan dihadiri oleh pegawai eksekutif Hard Rock International, pegawai eksekutif GEK TERNA Group, pegawai kerajaan Greece, orang kenamaan politik dan pemimpin masyarakat tempatan.

Hard Rock International Chairman Jim Allen with Greek political dignitaries, key members from development partner Gek Terna and local dignitaries break ground in Athens for Hard Rock Hotel Athens, scheduled to open in 2027.
Hard Rock International Chairman Jim Allen with Greek political dignitaries, key members from development partner Gek Terna and local dignitaries break ground in Athens for Hard Rock Hotel Athens, scheduled to open in 2027.

Hard Rock Hotel Athens akan menjadi resort bersepadu pertama seumpamanya di benua Eropah dan berfungsi sebagai pemacu ekonomi untuk hiburan dan pelancongan di bandar Athens. Resort yang bakal menjadi destinasi yang unik ini, dijangka akan dibuka pada tahun 2027. Resort ini terdiri daripada hotel mewah, ruang mesyuarat dan konvensyen utama, tempat hiburan terkini, pusat tumpuan makanan dan minuman yang terkenal di peringkat antarabangsa, Rock Spa® dan Kompleks Kolam Renang yang mewah dan sesiaran dipenuhi deretan butik mewah.

Projek pembinaan yang bernilai €1.5 bilion itu ialah kemudahan canggih yang diunjurkan untuk menjana 3,000 pekerjaan pembinaan dan 3,000 pekerjaan tetap yang bukan sahaja akan merangsang ekonomi tempatan Athens, bahkan juga akan memberi kesan positif serta-merta kepada ekonomi Greece.

"Hari ini ialah hari yang sangat istimewa kerana kita meraikan peristiwa bersejarah ini untuk membawa jenama hiburan kelas dunia kami yang unik ke Athens," kata Jim Allen, Pengerusi Hard Rock International. "Kami ingin mengucapkan terima kasih kepada semua pemimpin politik, rakan kongsi kami di Gek Terna dan penduduk Athens atas sokongan anda kepada kami dan projek ini."

Hard Rock Hotel Athens menawarkan 1,100 buah bilik tetamu dan 15 pilihan tempat makan. Selain itu, projek tersebut turut membina teater Hard Rock Live yang memuatkan 3,000 tempat duduk dengan ruang berdiri untuk 4,000 orang tetamu dan Rock® Spa dan Body Rock Fitness.

Diilhamkan daripada warisan dan budaya Athens, serta landskap Mediterranean yang indah, destinasi unik ini berkembang dengan kehadiran Hard Rock yang semakin berkembang di Eropah. Komitmen Hard Rock dan GEK TERNA Group terhadap projek ini mecerminkan visi bersama dengan kerajaan Greece dan Lamda Development untuk mengubah Lapangan Terbang Hellinikon yang bersejarah menjadi pembangunan semula bertaraf dunia yang akan meningkatkan lagi industri pelancongan bandar Athens dan Greece.

Encik George Peristeris, Pengerusi dan Ketua Pegawai Eksekutif untuk GEK TERNA Group menyatakan: "Kami gembira kerana dalam kerjasama kami dengan Hard Rock International, peneraju dunia dalam sektor ini, kami merealisasikan pelaburan yang jauh lebih tinggi daripada nilai nominalnya yang sudah ketara, menawarkan Greece projek pembangunan yang akan menjadi titik rujukan produk pelancongan negara kita di peringkat antarabangsa, yang akan menawarkan pekerjaan kepada beribu-ribu orang dan menghasilkan pendapatan yang besar kepada belanjawan negara.  Sebuah projek yang mempunyai nilai tambah domestik yang tinggi, seperti yang selalu dihasratkan oleh semua pelaburan kita.  Kata Encik Peristeris lagi, "Kompleks Resort Bersepadu di Hellinikon bukan lagi sebuah janji, visi atau rancangan. Sebuah projek yang sedang dibina, membuktikan bahawa kami melaksanakan komitmen kami."

Tentang Hard Rock®:
Hard Rock International  (HRI) ialah salah satu syarikat yang paling diiktiraf di peringkat global bertempat di lebih 70 buah negara merangkumi 300 lokasi yang termasuk Hotel, Rock Shops ® , Tempat Persembahan Langsung dan Kafe yang dimiliki/berlesen atau diuruskan. Bermula dengan gitar  Eric Clapton , Hard Rock memiliki koleksi memorabilia muzik tulen terbesar dan paling berharga lebih daripada 87,000 koleksi, yang dipaparkan di lokasinya di seluruh dunia. Pada tahun 2023, Hard Rock Hotel telah diberi penghormatan oleh Kajian Indeks Kepuasan Tetamu Hotel Amerika Utara J.D. Power sebagai jenama Hotel Kelas Atasan nombor satu dalam Kepuasan Tetamu yang Cemerlang untuk kali keempat dalam tempoh lima tahun yang lalu.  Hard Rock turut diberi penghormatan oleh Forbes sebagai antara Majikan Terbaik Dunia, serta Majikan Terbaik untuk Wanita, Kepelbagaian dan Graduan Baharu, Jenama Terbaik untuk Kesan Sosial, Perkhidmatan Pelanggan Bertaraf Semua Bintang dan Majikan Besar Terbaik dalam industri Pelancongan & Riadah dan Hiburan. Pada tahun 2021, HRI menerima gelaran pertamanya sebagai Syarikat Terurus Terbaik AS oleh Deloitte Private dan The Wall Street Journal dan sejak itu telah dianugerahkan sebanyak tiga kali ganda. Hard Rock International kini memegang gred pelaburan daripada agensi penarafan pelaburan utama: S&P Global Ratings (BBB) dan Fitch Ratings (BBB). Untuk maklumat lanjut tentang Hard Rock International, lawati www.hardrock.com atau shop.hardrock.com.

Foto - https://mma.prnasia.com/media2/2316243/3Q4A2060.jpg?p=medium600
Logo - https://mma.prnasia.com/media2/808184/4489644/HRBrand_BLACK_10_24_16__002_Logo.jpg?p=medium600

Source: Hard Rock International
Keywords: Gambling/Casinos Hotels and Resorts Travel