omniture

Yutong Bus Merenungkan Tahun Penting, Jualan Kumulatif Global Bas Tenaga Baharu Melebihi 175,000 Unit

Yutong Bus
2024-01-12 08:24 31

ZHENGZHOU, China, 12 Januari 2024 /PRNewswire/ -- Yutong Bus Co., Ltd. ("Yutong", SHA:600066), pembekal bas arus perdana global, dengan bangganya merenung tentang perjalanan transformatifnya dalam tahun 2023, tahun yang dicipta dengan pencapaian perintis dan komitmen yang tidak berbelah bahagi kepada pengangkutan lestari. Sebagai sebahagian daripada tradisi tahunannya, Yutong menyediakan kemas kini yang berwawasan mengenai kemajuannya, dengan fokus kepada langkah penting yang dibuat dalam memajukan pengangkutan elektrik awam.

Yutong telah menjual sejumlah kumulatif 175,000 bas tenaga baharu setakat ini. Dalam tahun 2023 sahaja, ia menjual 36,518 unit, meningkat 20.93% berbanding tahun sebelumnya.

Tahun 2023 menyaksikan kejayaan pelancaran global Yutong Electric Architecture (YEA), menekankan dedikasi syarikat ini untuk menyepadukan teknologi canggih bagi mencipta nilai yang lebih besar dengan penyelesaian produk yang lebih mudah, tahan lama dan menjimatkan. Inisiatif ini merupakan gambaran langsung pelaburan penting Yutong dalam penyelidikan dan pembangunan, berjumlah sehingga 7% daripada hasil tahunannya.

Sorotan penting daripada tahun Yutong ini merupakan pengiktirafan yang diterima di Busworld Brussels 2023, yang mana model T15E model dianugerahkan Label Kecemerlangan dalam kedua-dua kategori EKOLOGI dan REKA BENTUK. Anugerah ini bukan sahaja menandakan komitmen Yutong selama 26 tahun terhadap penyelidikan dan pembangunan teknologi tenaga baharu, bahkan turut mengukuhkan kedudukannya sebagai peneraju dalam industri ini.

Yutong Bus showcasing four state-of-the-art electric bus models, the Micro-Mobility Electric Bus-E7S, the High-Capacity Trunk Line Bus-U18, the Ultra-Luxury Battery Electric Coach-T15E, and Double-Deck Battery Electric Sightseeing Bus-U11DD, at Busworld Brussels 2023.
Yutong Bus showcasing four state-of-the-art electric bus models, the Micro-Mobility Electric Bus-E7S, the High-Capacity Trunk Line Bus-U18, the Ultra-Luxury Battery Electric Coach-T15E, and Double-Deck Battery Electric Sightseeing Bus-U11DD, at Busworld Brussels 2023.

Dari segi pengembangan global, Yutong telah mencapai kejayaan ketara, menyerahkan pesanan yang signifikan dalam pelbagai pasaran. Ini terutamanya termasuk:

•  penyerahan 800 bas ke Uzbekistan,

•  penghantaran 214 bas elektrik ke Chile.

•  kerjasama yang dicapai untuk 250 bas elektrik di Greece

•  penyerahan 126 bas tenaga baharu ke Denmark

Di Kazakhstan, bas elektrik Yutong E12 yang telahpun beroperasi selama 3 tahun dan melakukan perjalanan sejauh lebih 200,000 kilometer, masih mampu menjelajah dengan jarak melampau sejauh 320 kilometer daripada dicas penuh hingga sifar, dengan hampir tiada degradasi dalam jarak perjalanan.

Perbatuan kumulatif daripada kenderaan elektrik yang dijual olehnya melebihi 37.8 bilion kilometer yang bersamaan dengan menanam 120,000 hektar hutan, menonjolkan sumbangan penting Yutong kepada perjuangan global dalam memerangi perubahan iklim.

Yutong meneruskan perjalanannya dengan visi dan tujuan yang jelas – untuk membentuk dunia melalui penyelesaian pengangkutan lestari. Pencapaiannya dalam tahun 2023 bukan sekadar peristiwa penting tetapi batu loncatan ke arah masa depan yang lebih hijau dan lebih lestari dalam pengangkutan awam.

Sila kunjungi https://en.yutong.com/ untuk maklumat lanjut.

 

Source: Yutong Bus
Related Stocks:
Shanghai:600066
Keywords: Alternative Energies Auto Banking/Financial Service Environmental Products & Services Green Technology Oil/Energy Transportation Utilities