omniture

DHOST DAN MAPXUS JALIN PERKONGSIAN PENTING UNTUK TAKRIFKAN SEMULA LANDSKAP BANGUNAN PINTAR DI ASIA

dhost Global
2024-01-12 21:07 100

SINGAPURA dan HONG KONG, 12 Januari 2024 /PRNewswire/ -- dhost Global, Inc (Pejabat Cawangan) ("dhost"), Penyedia Perkhidmatan Hos Neutral infrastruktur dalam-bangunan yang terkemuka dan pendaya teknologi untuk perniagaan, serta Mapxus Technology PTE Limited ("Mapxus"), peneraju bagi teknologi kembar digital dalam bangunan berasaskan AI, mengumumkan secara rasmi perkongsian yang eksklusif, dalam satu langkah yang ditetapkan untuk mentakrifkan semula masa depan bangunan pintar di Asia.

Left: Imaizumi Fumitoshi, CEO of EXEO Global, Chong Min, COO of dhost Global Inc (Branch Office), Dr John Chan, CEO of Mapxus Technology and Mr Ocean Ng, COO of Mapxus Technology
Left: Imaizumi Fumitoshi, CEO of EXEO Global, Chong Min, COO of dhost Global Inc (Branch Office), Dr John Chan, CEO of Mapxus Technology and Mr Ocean Ng, COO of Mapxus Technology

Di bawah perkongsian yang eksklusif ini, dhost akan menjadi satu-satunya pemegang lesen bagi teknologi Mapxus dalam beberapa pasaran Asia yang penting, bermula dengan Singapura, Thailand, Indonesia, Filipina dan wilayah Taiwan serta akan memanfaatkan kepakarannya untuk mengintegrasikan dan meningkatkan penyelesaian bangunan pintarnya.

Kolaborasi ini bukan sahaja menggabungkan penyelesaian pengurusan infrastruktur sofistikated dhost bersama-sama teknologi pemetaan dalam bangunan dan penentududukan canggih Mapxus dengan menawarkan keupayaan bangunan pintar yang tiada tandingan kepada pengendali tempat serta pemilik bangunan, bahkan turut memperkasa perniagaan di rantau ini untuk memulakan inisiatif transformasi digital yang akan menggalakkan kemampanan dan menyampaikan pengalaman digital tanpa halangan yang unik kepada pengguna.

Merevolusikan Pengurusan Bangunan dan Meningkatkan Pengalaman Pengguna

Sebagai sebahagian daripada perikatan strategik ini, dhost akan bekerjasama erat dengan Mapxus untuk membangunkan aplikasi yang menggabungkan teknologi pemetaan dalam bangunan unik mereka serta memberi peluang kepada pengendali bangunan dan pemilik tempatnya untuk memanfaatkan penyelesaian pintar mereka dan peta pencarian jalan digital untuk meningkatkan pengalaman pengguna mereka melalui keterhubungan yang lebih baik, perkongsian maklumat serta penglibatan yang interaktif.

"Bekerjasama secara eksklusif dengan dhost merupakan bab yang penting untuk Mapxus," kata Dr John Chan, Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif Mapxus. "Perkongsian ini strategik yang bukan sekadar penjajaran perniagaan; ia merupakan langkah ke arah mentakrifkan semula penyelesaian bangunan pintar di seluruh Asia."

Chong Min, Ketua Pegawai Operasi dhost Global Inc, menambah, "Perkongsian kami bersama Mapxus merupakan langkah yang penting dalam perjalanan kami. Kami bersama-sama bersedia untuk meningkatkan landskap pengurusan bangunan dan menyumbang secara signifikan kepada evolusi bandar pintar di wilayah-wilayah ini.

Mentransformasikan Landskap Masa Depan Secara Digital

Perkongsian baharu ini bukan sahaja akan meningkatkan cara bangunan dan tempat dapat berinteraksi secara digital dengan pengguna mereka, bahkan berpotensi meningkatkan cara orang ramai menjalani kehidupan, bekerja dan berinteraksi dengan menyediakan akses maklumat kepada pengguna dengan cepat dan lancar merentas lokaliti yang berbeza di setiap negara dan pada masa depan, di seluruh rantau ini.

Latar Belakang dhost 

dhost ialah Penyedia Perkhidmatan Hos Neutral infrastruktur dalam-bangunan yang terkemuka di Asia, menyediakan infrastruktur sambungan untuk jejak tempat yang besar, memacu pelaksanaan teknologi yang inovatif untuk pelbagai pasaran vertikal dan industri di seluruh Asia Pasifik dan Jepun.

Sebagai rakan kongsi yang dipercayai kepada perniagaan, kami membantu menilai keperluan infrastruktur dan teknologi pelanggan kami, menggunakan kepakaran dan pengetahuan kami untuk mencadangkan penyelesaian yang memenuhi keperluan mereka dan kami menumpukan perhatian untuk menyampaikan alatan pengurusan yang cekap dan boleh disesuaikan untuk persekitaran bangunan moden.

Untuk maklumat lanjut, sila kunjungi www.dhost.net

Latar Belakang Mapxus 

Mapxus ialah peneraju bagi teknologi kembar digital dalam bangunan berasaskan AI, meningkatkan navigasi dan kebolehcapaian dalam bangunan. Syarikat ini memfokuskan untuk menjadikan bangunan lebih pintar dan lebih mesra pengguna melalui penyelesaian teknologi canggih.

Untuk maklumat lanjut, sila kunjungi www.mapxus.com

Source: dhost Global
Keywords: Banking/Financial Service Internet Technology Telecommunications Contracts Artificial Intelligence