omniture

S Hotel Jamaica Dinamakan #1 Resort Carribbean Terangkum Semua Terbaik dalam Anugerah Perjalanan Pilihan Pembaca 10Best USA TODAY 2024

S Hotel Jamaica
2024-01-14 06:16 22

MONTEGO BAY, Jamaica, 14 Jan. 2024 /PRNewswire/ -- Jamaica mendapat sanjungan besar antarabangsa hari ini apabila S Hotel di Montego Bay mendapat gelaran Resort Caribbean Terangkum Semua Terbaik yang menjadi rebutan dalam Anugerah PIlihan Pembaca 10Best USA Today 2024.

S Hotel Jamaica Named #1 Best All-Inclusive Caribbean Resort in 2024 USA TODAY 10Best Readers' Choice Travel Awards
S Hotel Jamaica Named #1 Best All-Inclusive Caribbean Resort in 2024 USA TODAY 10Best Readers' Choice Travel Awards

USA Today, surat khabar yang diiktiraf seluruh dunia di Amerika Syarikat, terkenal dengan Anugerah Pilihan Pembacanya yang berprestij, yang memperakui kecemerlangan dalam pelbagai kategori. Pencapaian ini menambah kepada rekod prestasi S Hotel yang mengagumkan, telah memperoleh tempat pertama sebelum ini sebagai Hotel Terbaik di Caribbean dan menduduki tempat ke 16 dalam Anugerah Pilihan Pembaca Condé Nast 2023,

"Pengiktirafan ini membuktikan dedikasi dan semangat seluruh pasukan S Hotel Jamaica dalam menyampaikan pengalaman terangkum semua yang mempamerkan keindahan dan budaya Jamaica," kata Andres Cope, Pengurus Hotel di S Hotel, "Kami amat berterima kasih kepada tetamu setia kami, ahli pasukan yang berdedikasi, dan penyokong tegar kerana membolehkan pencapaian pengiktirafan yang menakjubkan ini."

Terletak di Jimmy Cliff Boulevard di Montego Bay, S Hotel menjiwai budaya dan warisan Jamaica. Resort yang memenangi anugerah ini memberi tetamu pengalaman mendalam dalam warna-warni sejarah dan kesenian Jamaica, but berinspirasi Jamaica yang panjangnya 10 kaki yang dihiaskan dengan warna tradisi, dan reggae bertemakan passa passa yang meriah dan kelab malam dewan tarian bernama Club S, memberikan pengalaman hiburan malam Jamaica asli.

Sebagai satu-satunya hotel mewah yang menghadap ke Pantai Doctor's Cave, S Hotel Jamaica mengalu-alukan tetamu berumur 16 tahun atau lebih, dan menawarkan pelbagai pilihan hidangan kulinari lazat, kemudahan kesejahteraan, pengalaman tetamu interaktif dan lawatan di kawasan sekitar. Sebagai ahli Small Luxury Hotels koleksi Dunia, S Hotel menampilkan tiga bar, kafe bergaya 24-jam, dua kolam renang, suite yang luas, lima restoran yang menawarkan kuisin Jamaica dan antarabangsa asli. Resort ini juga menempatkan spa subterranean dengan tiga kolam terjun dan sauna, gim berkelengkapan penuh, dan bilik yang direka bentuk dengan teliti yang menggabungkan tarikan moden dengan intipati Jamaica.

Calon dalam setiap kategori anugerah dipilih dengan teliti oleh panel pakar, yang terdiri daripada editor daripada USA TODAY, editor daripada 10Best.com, penyumbang pakar relevan, dan sumber daripada Gannett properties dan saluran media lain. Undian dijalankan secara digital di laman web 10Best.com.

Untuk maklumat lanjut tentang S Hotel Jamaica dan tempahan, sila lawati shoteljamaica.com.

Butiran Hubungan Media:
Nadeige Martelly
nadeige@andriamitsakospr.com 

Foto - https://mma.prnasia.com/media2/2317832/S_Hotel_Jamaica_2019_S_Hotel_Main_Pool.jpg?p=medium600

Source: S Hotel Jamaica
Keywords: Hotels and Resorts Travel Awards