WUZHEN, China, 5 September 2014 /PRNewswire/ -- Pesta Teater Wuzhen ke-2 2014 (www.wuzhenfestival.com) akan menghimpunkan peminat drama di seluruh dunia bersama-sama di bandar air Wuzhen yang terkemuka di China bermula pada 30 Oktober hingga 9 November ini. Acara teater 11 hari itu akan mempersembahkan 16 pementasan klasik dari tujuh negara buat para pengunjung Wuzhen.
Pengasas pesta tersebut termasuklah Chen Xianghong, Stan Lai, Huang Lei serta Meng Jinghui manakala Eugenio Barba, pengarah teater terkenal yang bertugas di Teater Odin Denmark, akan menjadi pengerusi kehormat acara bertemakan Metamorfosis pada tahun ini.
Drama terkenal, The Green Snake, yang dianjurkan oleh Teater Nasional China akan menandakan pembukaan acara tersebut manakala acara tersebut akan diakhiri pula dengan drama terkenal yang diterbitkan di AS The White Snake, yang ditulis dan diarahkan oleh pemenang Anugerah Tony, Mary Zimmerman. Anugerah Tony dianggap sebagai penghormatan tertinggi teater di A.S. The White Snake oleh Mary Zimmerman akan menghidupkan cerita dongeng Cina klasik daripada perspektif tersendiri dengan memasukkan unsur opera tradisional Cina. Di samping itu, pesta tersebut akan mempersembahkan La Voz Humana dan The Elfin in Wall, dua monodrama pelakon wanita, selain The Twelfth Night dan The Complete Works of William Shakespeare (Abridged), kedua-duanya telah dipersembahkan bersempena sambutan ulang tahun kelahiran William Shakespeare ke-450.
Dua belas drama yang dipilih dalam Pertandingan Artis Muda Teater dan lebih 1,500 persembahan teater jalanan yang diterajui oleh lebih 300 pasukan persembahan kesenian serta artis jalanan dari seluruh dunia akan turut memeriahkan Pesta Teater Wuzhen ini.
Wuzhen akan menjadi syurga bandar air untuk para peminat drama.
Bagi mendapatkan maklumat lanjut, sila hubungi:
Jessica He
Tel: +86-135-8642-9285
E-mel: wuzhen@wuzhen.com.cn