- Telefon pintar 4G LTE 5.5 inci baharu Huawei menzahirkan keindividuan
BERLIN, 6 September 2014 /PRNewswire/ -- Huawei telah memperkenalkan telefon pintar Ascend G7 baharu semasa Internationale Funkausstellung Berlin (IFA) 2014 hari ini. Dibina dengan seni tangan yang mengagumkan, skrin HD 5.5 inci, keterhubungan 4G LTE Cat4 dipertingkat serta kamera menghadap belakang 13 MP yang teroptimum, Ascend G7 mempunyai rupa yang menawan dan membolehkan orang ramai bekerja dengan pintar dan bersantai dengan riang. Ascend G7 ialah penambahan terkini kepada siri mengagumkan peranti Ascend G Huawei yang mengotakan janjinya untuk memastikan teknologi hebat mampu dicapai.
Foto - http://photos.prnewswire.com/prnh/20140902/142128
"Dalam pasaran yang dibanjiri telefon pintar tahap pertengahan yang mempunyai rupa dan rasa plastik, Ascend G7 menonjol dengan rekaan metaliknya yang anggun dan diolah indah," kata Richard Yu, Ketua Pegawai Eksekutif Huawei Consumer Business Group. "Ascend G7 4G dibolehkan LTE yang ceria ini telah dicipta untuk pengguna seluruh dunia menghidupkan cogan kata 'Make it Possible' untuk meraikan keindividuan mereka dan menikmati hidup dengan gaya mereka sendiri."
Rupa Memukau
Ascend G7 ialah telefon bimbit yang boleh meningkatkan gaya sesiapa sahaja. Dengan ketipisan 7.6mm dan berat sebanyak 165 gram sahaja, Ascend G7 dibuat dengan menggunakan Teknologi Acuan Nano (NMT) yang menerajui dunia bagi mencipta reka bentuk badan tunggal metalik unggul serta kerangka yang anggun untuk tekstur lebih mewah dan sentuhan lebih licin. Paparan HD 1280 x 720 5.5 inci muat dengan mudah dan selesa dalam genggaman tangan manakala garis tipis 0.8mm pada casis antara bahagian hadapan dan belakang telefon bimbit itu mencerminkan keseimbangan dan keanggunan. Ascend G7 boleh didapati dalam warna metalik klasik termasuk perak rembulan, kelabu angkasa, serta emas ufuk.
Kerja dengan Pintar
Ascend G7 berfungsi dengan pemproses teras empat 1.2 GHz Qualcomm yang berkuasa dan bateri litium polimer 3000 mAh yang kuat. Dengan teknologi penjimatan kuasa milik Huawei yang menyediakan tiga mod penjimatan kuasa – normal, pintar, serta penjimatan kuasa ultra – Ascend G7 membolehkan penggunaan berat selama 1.2 hari dan juga kemampuan untuk dikendalikan selama tambahan 24 jam lagi dengan hanya 10 peratus daripada kuasa bateri penuh. Ascend G7 Huawei 4G dibolehkan LTE agar keterhubungan adalah lebih pantas dan lebih andal berbanding sebelum ini. Filem boleh dimuat turun dalam beberapa minit sahaja manakala fail kerja pula boleh dimuat naik dalam beberapa saat sahaja pada kepantasan sehingga 150 Mbps.
Kuasa dan kepantasan Ascend G7 adalah ideal untuk pengguna yang mencari telefon bimbit yang boleh digandingkan dengan gaya hidup pantas mereka. Teknologi penukaran antena pintar memastikan isyarat rangkaian yang tekal dan pengalaman pengguna dipertingkat dengan keterhubungan wayarles bagi mengurangkan panggilan yang gagal disambungkan. Serasi dengan rangkaian seluruh dunia, Ascend G7 ialah telefon yang benar-benar global yang memaksimumkan keterhubungan dan kecekapan telefon pintar.
Berseronok dengan Riang
Nikmati foto berkualiti tinggi yang ditangkap dengan Ascend G7 Huawei. Dengan kamera menghadap belakang 13 MP yang dilengkapi kanta BSI sudut luas 28mm, dan kamera menghadap hadapan 5MP dengan kanta sudut luas 88 darjah, ufuk foto panoramik boleh diperluas lagi secara melintang dan menegak. Dengan menekan butang merendahkan kekuatan bunyi sebanyak dua kali, foto boleh ditangkap dalam hanya satu saat sahaja. Ascend G7 menyediakan kemampuan penyuntingan foto yang dipertingkat termasuk fokus manual untuk menyesuaikan foto yang di luar fokus, dan ciri pengukuran cahaya bebas untuk foto yang diambil dalam pencahayaan suram. Kamera yang mengagumkan ini turut menawarkan kemampuan peningkatan wajah sambil merakam dalam mod video.
Ascend G7 akan dilancarkan dengan EMUI 3.0, versi baharu antara muka pengguna intuitif Huawei yang memudahkan pengendalian dengan satu tangan dan mempunyai rupa yang serba baharu merentasi seluruh antara muka perisian. Rekaan garis masa baharu digunakan secara menyeluruh pada EMUI 3.0 untuk ketekalan dipertingkat merentasi pelbagai app. Tambahan lagi, EMUI 3.0 memenuhi keperluan harian secara intuitif dan aktif melalui butiran rekaan yang praktikal dan indah, seperti penyatuan fungsi utama telefon pintar – panggilan, maklumat perhubungan, serta penghantaran pesanan – yang kini boleh ditukar ganti dengan hanya satu sapuan melintang.
Ketersediaan
Harga runcit yang disarankan untuk Huawei Ascend G7 adalah 299 Euro. Ia boleh didapati di Jerman, Itali, Sepanyol, Denmark, Hungary, Belanda, Turki, Poland, Norway, Afrika Selatan serta Mexico mulai bulan September 2014, dan akan diikuti oleh pasaran lain.
Latar belakang Huawei Consumer Business Group
Bagi mendapatkan maklumat lanjut, sila layari:
Huawei Consumer BG dalam talian: consumer.huawei.com/en/
Facebook: facebook.com/huaweidevice
Twitter: twitter.com/HuaweiDevice
Google+: plus.google.com/+HuaweiDevice
YouTube: youtube.com/user/HuaweiDevice
Flickr: flickr.com/photos/huaweidevice