SHANGHAI, 6 September 2014 /PRNewswire/ -- Perjalanan sulung 'Epic McLaren' berakhir dengan sempurna di Dunhuang, China pada 5 September 2014. Pengalaman memandu eksklusif itu yang bermula pada 27 Ogos hingga 5 September 2014 memberikan peluang kepada 40 peminat bertuah McLaren untuk memandu beberapa kereta super sport terkenal pilihan sejauh lebih 2,500 kilometer di Jalan Sutera legenda, laluan yang masih kekal dengan tarikan semula jadi yang menakjubkan serta peninggalan bersejarah. Dengan tumpuan jelas terhadap pengalaman pelanggan, pengalaman memandu 'Epic McLaren' yang julung kali ini bukan sahaja acara ujian memandu jarak jauh pertama yang dimulakan oleh jenama kereta super sport sejak Jalan Sutera diiktiraf sebagai warisan budaya dunia oleh UNESCO pada Jun tahun ini – malah ia juga merupakan saat tersendiri apabila dua legenda bertemu: McLaren dan Jalan Sutera yang masyhur.
Sepanjang 10 hari perjalanan, para tetamu McLaren berpeluang untuk mengalami prestasi McLaren terbaik yang kini boleh didapati di serata dunia - 650S Coupe dan Spider serta 12C, pada masa yang sama turut meneroka kisah legenda di sepanjang Jalan Sutera. Tema kempen tersebut, 'Apabila Legenda Bertemu Legenda', jelas sekali memperlihatkan dialog antara sejarah 2,000 tahun Jalan Sutera dan warisan sukan permotoran McLaren yang menjadi legenda. Ini merupakan pertembungan budaya purba dan teknologi canggih – kedua-duanya disatukan dengan sempurna melalui latar belakang legenda yang serupa.
"Tarikan hebat 'Epic McLaren' di Jalan Sutera Barat China ialah hubungan lebih erat yang diwujudkan melalui acara luar biasa ini antara pelanggan kami, jenama McLaren, serta kereta super sport kami yang tiada tandingannya," kata Pengarah Serantau McLaren Asia Pasifik En. Mirko Bordiga. "Kami komited untuk memastikan agar Asia kekal sebagai pasaran utama untuk McLaren. Pada masa hadapan, kami merancang agar 'Epic McLaren' akan membawa legenda McLaren ke kawasan legenda lain di seluruh rantau itu, lalu memastikan lebih ramai peminat kami dapat menikmati peluang untuk mengalami kehebatan kereta super sport kami di beberapa jalan yang terkenal dunia."
Sila layari pautan http://we.tl/kXqJ4wjVcg untuk foto rasmi pemanduan 'Epic McLaren'.
Laman web media: www.media.mclarenautomotive.com
Weibo McLaren: http://weibo.com/mclarenchina