omniture

Gerbang Dalam Talian Baharu Menguatkan "Budaya Sambutan" untuk Bakat Antarabangsa di Berlin

Berlin Partner for Business and Technology
2014-09-06 01:17 68

BERLIN, 6 September 2014 /PRNewswire/ --

Pada masa kini, para profesional muda berbakat mempunyai pelbagai peluang seluruh dunia yang terbuka kepada mereka daripada segi tempat untuk hidup dan bekerja. Bagi menonjolkan kedudukan pendahulu Berlin sebagai salah satu bandar global yang bersaing untuk merebut minda paling hebat, ibu negara Jerman itu telah mencipta gerbang dalam talian yang disasarkan terus kepada para profesional dan pengurus tempatan dan luar negara. Matlamat gerbang ini adalah untuk memudahkan lagi bakat muda untuk memulakan kehidupan yang hebat di Berlin. Ini merupakan inisiatif bersama Berlin Partner for Business and Technology serta Jabatan Senat untuk Ekonomi, Teknologi dan juga Penyelidikan.

Gerbang ini berfungsi sebagai rakan kongsi perkhidmatan berkenaan dengan kehidupan dan kerjaya di Berlin. Ia mengumpulkan pelbagai pilihan pekerjaan sambil turut menyediakan petua untuk mendapatkan permulaan yang berjaya dalam ibu negara itu. Ini termasuklah maklumat tentang pasaran buruh Berlin, menyewa pangsapuri, mendapatkan permit penduduk dan/atau kerja selain maklumat tentang cuaca serta senarai semak yang berguna untuk berpindah ke bandar. Bagi memberi gambaran keseluruhan yang sebaik mungkin kepada para profesional muda, gerbang itu dipaut secara strategik kepada tawaran semasa di bandar itu. Misalnya, ia memaparkan sekali jawatan kosong yang diambil daripada Agensi Pekerjaan Persekutuan. Ini memberi penduduk baharu Berlin akses kepada semua maklumat yang mereka perlukan melalui satu platform pusat.

Melanie Bähr, Pengarah Urusan Berlin Partner for Business and Technology: "Dengan gerbang ini, kami telah mencipta perkhidmatan yang memudahkan lagi bakat baharu untuk berpindah ke Berlin. Setakat ini, banyak syarikat telah mencipta program mereka sendiri yang rumit; kini, kami dapat menyediakan satu platform pusat. Matlamat tambahan kami adalah untuk menjawab semua persoalan yang masih belum berjawab sehingga sekarang."

Kami juga teruja dapat menggunakan hab media sosial sebagai alat untuk menggalakkan interaksi. Dalam erti kata lain, selain menyediakan maklumat, matlamat kami adalah untuk mewujudkan komuniti dalam talian dengan menggunakan penyepaduan media sosial intensif. Misalnya, platform itu boleh digunakan untuk bertanyakan soalan dan terus mendapat jawapan – sama ada daripada warga Berlin yang ingin berkongsi pengalaman mereka ataupun daripada syarikat yang berpusat di Berlin yang menggunakan platform itu bagi mencari kakitangan berpotensi. Tidak syak lagi, syarikat dan persatuan tentu akan menghargai platform baharu ini sebagai sokongan tambahan bagi usaha mereka sendiri.

Klik di sini untuk menerokai gerbang sambutan baharu Berlin untuk bakat antarabangsa:

http://www.talent-berlin.de/en/

Annabell Noll
Ketua Perhubungan Awam
Telefon Bimbit +49-1577-3998-123
annabell.noll@berlin-partner.de

Sumber: Berlin Partner for Business and Technology

Source: Berlin Partner for Business and Technology
Keywords: Internet Technology Publishing/Information Service Web Site Workforce Management/Human Resources New products/services