omniture

TCL Diiktiraf dengan Lebih 40 Anugerah dan Penghargaan untuk TV 115-inci dan Produk Inovatif Lain Merentas Kategori di CES 2024

TCL Electronics
2024-01-16 00:18 28

LAS VEGAS, 16 Januari 2024 /PRNewswire/ -- TCL Electronics, jenama elektronik pengguna yang terkemuka dan jenama TV dua terbaik di dunia, hari ini mengumumkan pelbagai produk dan penyelesaian teknikalnya, termasuk TV QD-Mini LED QM891G 115-inci, telefon pintar dan tablet dengan teknologi paparan NXTPAPER 3.0 baharu daripada TCL, Cermin Mata AR RayNeo X2 Lite dan bar bunyi Q Class TCL telah diberi penghormatan dengan pengiktirafan daripada media dan organisasi berwibawa.


Tahun ini, TCL meraih kejayaan di CES dengan portfolio teknologi inovatifnya yang terkemuka merentas pelbagai kategori. Menjadi tumpuan utama, TCL memenangi enam anugerah di Majlis Anugerah Global Top Brands (GTB) 2023-2024 yang dianjurkan oleh Asia Digital Group dan European Digital Group, dengan sokongan daripada International Data Corporation dan TWICE. Acara ini dicirikan oleh profesionalisme dan kredibiliti dalam industri elektronik pengguna global. Bill Jiang, Naib Presiden TCL Industries dan Pengurus Besar Global Marketing Center, menghadiri majlis tersebut dan menerima anugerah bagi pihak syarikat.

QM891G 115-inci TCL khususnya, TV QD-Mini LED terbesar di dunia, menerima "Anugerah Emas Teknologi Paparan Inovatif Terbaik Tahunan" daripada GTB atas pencapaian cemerlang dalam teknologi paparan yang ditonjolkannya. Tablet terkini TCL NXTPAPER 14 Pro dan Cermin Mata AR RayNeo X2 Lite, kedua-duanya merupakan sebahagian daripada penyelesaian hiburan peranti mudah alih terhubung pintar yang pertama dalam industri oleh TCL, masing-masing turut membawa pulang "Anugerah Inovasi Teknologi Paparan Perlindungan Mata" dan "Anugerah Inovasi Cermin Mata AR Terbaik Tahunan".

Di samping itu, TCL diiktiraf oleh GTB sebagai "10 Terbaik Jenama CE Global 2023-2024", "10 Terbaik Jenama TV Global 2023-2024" dan "50 Terbaik Jenama CE Global 2023-2024" atas komitmennya untuk "Menginspirasikan Kehebatan" melalui barisan produk inovatif yang luas.

Selain pengiktirafan daripada GTB, telefon pintar TCL 40 NXTPAPER turut diberi pengiktirafan dengan Anugerah Inovasi CES 2024 dalam kategori "Peranti Mudah Alih, Aksesori & Aplikasi". Sebagai yang pertama di dunia dan salah satu telefon pintar yang dioptimumkan untuk mata manusia, TCL 40 NXTPAPER diberi pengiktirafan kerana membawakan pengalaman visual berwarna penuh, dengan keselesaan seperti kertas yang revolusioner kepada telefon pintar.

Tambahan pula, banyak teknologi inovatif dan produk pintar daripada TCL merentas kategori-kategori yang diperkenalkan di CES 2024 menerima anugerah "Terbaik CES 2024" daripada media antarabangsa. Secara keseluruhan, TCL diiktiraf dengan lebih 34 pengiktirafan daripada media teknologi yang berwibawa termasuk Digital Trends, Android Authority dan banyak lagi.

Memiliki kualiti yang terbaik dalam kelas dan inovasi cemerlang dalam portfolio produknya yang komprehensif, syarikat ini turut diiktiraf oleh pelbagai organisasi berwibawa. Siri TV X955 dan C755 perintisnya merupakan yang pertama di dunia yang diperakui oleh TÜV Rheinland atas Pengalaman Visual Realistiknya. Siri Monitor Profesional 27R83U/34R83Q mendapat pengiktirafan Disahkan Panton di CES 2024 yang berasaskan kepada Sistem Pemadanan Panton (PMS), satu-satunya pengesahan dengan ujian warna dunia sebenar lebih 2,000 warna.

Selama bertahun-tahun, TCL Electronics telah melalui perjalanan pertumbuhan dan transformasi yang konsisten bagi menjadi sebuah syarikat teknologi pintar yang terkemuka di peringkat global. Menerusi beberapa pusat R&D di seluruh dunia dan sokongan padu daripada beribu-ribu rakan kongsi industri di seluruh dunia, TCL Electronics memanfaatkan sinergi global ini untuk meluaskan portfolio produknya secara berterusan, mencipta kejayaan yang selanjutnya dalam inovasi dan memperkasa pengguna untuk mengejar kehebatan.

Latar Belakang TCL Electronics

TCL Electronics (1070.HK) ialah jenama elektronik pengguna yang terkemuka dan peneraju dalam industri televisyen global. TCL kini beroperasi dalam lebih daripada 160 pasaran di seluruh dunia. Syarikat ini mengkhusus dalam penyelidikan, pembangunan dan pembuatan produk elektronik pengguna bermula daripada televisyen, audio, peralatan rumah, peranti mudah alih, cermin mata pintar, paparan komersial dan banyak lagi. Kunjungi laman web TCL di https://www.tcl.com.

 

Source: TCL Electronics
Keywords: Computer/Electronics Consumer Electronics Retail Awards Trade show news