omniture

Vantage Dedahkan Laman Web Mengagumkan Direka Bentuk Semula demi Wajah Baharu 2024

Vantage
2024-01-16 06:21 31

PORT VILA, Vanuatu, 16 Januari 2024 /PRNewswire/ -- Menyambut tahun baharu dengan langkah berani, broker berbilang saham, Vantage (atau Vantage Markets), dengan bangganya mendedahkan laman webnya yang direka bentuk semula. Pelancaran ini menandakan permulaan tahun baharu sekali gus melambangkan bab dinamik yang baharu untuk Vantage. Mencerminkan tema 'Tahun Baharu, Wajah Baharu', ia memperlihatkan langkah penting dalam perjalanan syarikat ini menuju inovasi dan kecemerlangan.

Vantage Reveals Stunning Website Redesign for a Fresh 2024 Look
Vantage Reveals Stunning Website Redesign for a Fresh 2024 Look

Pengubahsuaian laman web Vantage baru-baru ini merupakan langkah yang strategik ke arah mengukuhkan lagi kedudukan syarikat dalam landskap kewangan global. Dengan mengutamakan pengalaman pengguna yang intuitif dan menggabungkan fungsi-fungsi terkini, Vantage bukan sahaja memodenkan antara mukanya, ia turut memantapkan komitmennya untuk menerajui jalan dalam perdagangan kewangan.

Marc Despallieres, Chief Ketua Pegawai Strategi dan Perdagangan di Vantage berkata, "Inisiatif ini merupakan cerminan daripada slogan kami, 'berdagang lebih bijak @vantage' dan menekankan fokus kami untuk menyediakan penyelesaian perdagangan yang inovatif dan mesra pengguna. Tatkala kami melangkah ke tahun 2024, pelancaran semula ini penting untuk Vantage, menandakan era baharu penyelesaian perdagangan yang progresif, pintar yang dapat menampung keperluan kumpulan pelanggan global kami yang semakin berkembang."

Mengharmonikan Reka Bentuk dengan Fungsian Termaju

Reka bentuk baharu laman web menonjolkan keanggunan yang mencerminkan penjenamaan korporat Vantage. Pengubahsuaian ini adalah lebih daripada tarikan visual, mengintegrasikan struktur web yang disokong oleh data yang memanfaatkan pandangan pelanggan demi pengalaman pengguna yang dioptimumkan. Antara muka pengguna yang dipertingkat memenuhi keperluan pengguna kami dengan cekap, hasil daripada reka bentuk semula yang difikirkan dengan teliti dan strategik ini.

Antara Muka Intuitif dan Mesra Mudah Alih

Antara muka yang dipertingkat menyampaikan reka bentuk yang menarik, mesra pengguna dan responsif-mudah alih dengan navigasi intuitif, merangkumi komitmen Vantage kepada inovasi dan akses berpusatkan pelanggan merentas semua peranti.

Seni Bina Maklumat Pintar

Terokai Vantage Academy pada laman web yang telah diubah suai dengan mudah. Hab untuk pedagang dengan semua literasi kewangan, bertujuan untuk mentransformasikan pedagang daripada pemula menjadi pakar. Akses rangkaian sumber percuma yang luas, seperti artikel, strim langsung, e-Buku dan kursus, kesemuanya direka bentuk untuk meningkatkan perjalanan perdagangan anda.

"Menerusi pengubahsuaian ini, kami bersedia untuk merevolusikan platform digital kami, memastikan agar pengguna kami mendapat pengalaman perdagangan sebaik mungkin. Tatkala kami melangkah ke tahun baharu, kami menantikan kejayaan dan pertumbuhan yang berterusan dengan penuh harapan yang terbentang di hadapan. Dengan laman web yang mencerminkan cita-cita dan kerja keras kami, kami bersedia untuk memimpin dalam dunia perdagangan," ujar Despallieres.

Latar Belakang Vantage

Vantage  (atau Vantage Markets) ialah broker berbilang aset yang menawarkan kepada pelanggan akses kepada perkhidmatan yang pantas dan hebat bagi memperdagangkan Kontrak untuk Perbezaan (CFD) pada tukaran mata wang asing (Forex), Komoditi, Indeks, Saham, ETF dan Bon.

Dengan pengalaman pasaran selama lebih 13 tahun, Vantage melangkaui peranan broker, menyediakan ekosistem dagangan yang dipercayai, aplikasi dagangan mudah alih yang memenangi anugerah dan platform dagangan mesra pengguna yang memperkasa pelanggan untuk merebut peluang perdagangan. Muat turun Vantage App pada App Store atau Google Play.

berdagang lebih bijak @vantage

http://www.vantagemarkets.com/

 

Source: Vantage
Keywords: Banking/Financial Service Computer/Electronics Internet Technology Mobile Entertainment Multimedia/Online/Internet New products/services Financial Technology