omniture

RAMALAN PERNIAGAAN 2024: OPTIMISME YANG DIGERAKKAN OLEH TEKNOLOGI DENGAN CABARAN GEOPOLITIK YANG SEMAKIN MENINGKAT

DP World
2024-01-16 14:00 83

•  Transformasi Teknologi:  Para eksekutif menyatakan keyakinan mereka terhadap peranan teknologi sebagai pendorong utama masa depan perdagangan global, dengan 98% sudah memanfaatkan kecerdasan buatan (AI) untuk meningkatkan operasi rantai bekalan - daripada pengurusan inventori hingga mengoptimumkan laluan pengangkutan.

•  Penggunaan yang Proaktif:  Dalam menjangkakan cabaran yang berkembang, perniagaan merancang untuk meningkatkan penggunaan teknologi. Sebanyak sepertiga daripada syarikat akan memberi tumpuan kepada automasi canggih, 28% kepada rangkaian blok, dan 21%  kepada AI, analisis data besar dan analisis meramal.

•  Penyesuaian Rangkaian Bekalan: Apabila keadaan dibayangi ketegangan geopolitik, lebih banyak syarikat akan beralih kepada strategi persahabatan dan rantaian bekalan berkembar. Lebih seperempat daripada syarikat memilih untuk mempunyai lebih sedikit pembekal.

•  Economist Impact meramalkan penurunan 0.9% dalam KDNK global jika tarif perdagangan bagi barangan berteknologi tinggi meningkat secara ketara.

DAVOS, Switzerland, 16 Jan. 2024 /PRNewswire/ -- Walaupun menghadapi cabaran pada tahun 2023 dan ketegangan geopolitik yang meningkat, pemimpin perniagaan masih menunjukkan keyakinan yang mengejutkan untuk tahun 2024, menurut penyelidikan baharu daripada Economist Impact dan DP World yang diumumkan hari ini di Forum Ekonomi Sedunia.

The influence of geopolitical events on trade and supply-chain operations
The influence of geopolitical events on trade and supply-chain operations

Pendorong utama adalah keyakinan yang semakin meningkat bahawa teknologi akan mengubah kecekapan dan ketahanan rantaian bekalan. Di tengah-tengah kebimbangan yang meningkat tentang faham perlindungan, perpecahan global dan ketidakstabilan politik, perniagaan sedang menilai semula risiko dalam rantaian bekalan mereka dan beralih kepada strategi persahabatan dan rantaian bekalan berkembar.

Kajian tahunan Trade in Transition yang keempat, yang ditugaskan oleh DP World dan diketuai oleh Economist Impact, merakamkan pandangan pakar perdagangan dan eksekutif kanan dari pelbagai rantau dan sektor. Dalam tempoh transformasi yang luar biasa ini, risiko geopolitik yang meningkat, realiti mendesak perubahan iklim dan kemajuan besar dalam teknologi menyebabkan perniagaan menghadapi cabaran yang rumit. Walaupun begitu, peluang itu masih ada.

Tahun 2023 merupakan tahun penting dalam inovasi rantaian bekalan kerana teknologi menjadi pendorong sikap optimistik terhadap 2024

Kajian global terhadap 3,500 eksekutif syarikat menemui bahawa sumber utama pemimpin perniagaan bersikap optismistik apabila ditanya untuk menilai masa depan perdagangan global adalah kerana teknologi yang meningkatkan keberkesanan dan ketahanan rantaian bekalan. Teras kepada sentimen ini ialah penggunaan AI yang meluas, dengan 98% eksekutif sudah menggunakan AI untuk merevolusikan sekurang-kurangnya satu aspek operasi rantaian bekalan mereka.

Para eksekutif sedang mengambil kesempatan daripada penyepaduan AI dengan penyelesaian isu pengurusan inventori dan pengurangan kos perdagangan hingga pengoptimuman laluan pengangkutan. Satu pertiga daripada perniagaan menggunakan AI untuk pengurangan kos operasi perdagangan keseluruhan dan  meningkatkan perancangan sumber dan rantaian bekalan dengan jumlah kos tersebut. Lebih satu pertiga daripada syarikat melihat peningkatan penggunaan alat digital untuk pengurusan inventori yang lebih baik sebagai strategi paling berkesan dalam pengurangan kos perdagangan dan rantaian bekalan keseluruhan.

Perniagaan menjangka untuk meningkatkan penggunaan teknologi mereka pada tahun ini, pendekatan proaktif yang menunjukkan komitmen untuk menggunakan inovasi bagi menavigasi landskap perniagaan yang sedang berubah dengan lebih efisien dan tahan lasak. Hasil daripada kaji selidik tersebut, satu pertiga akan memberi tumpuan kepada automasi lanjutan dan robotik untuk kecekapan logistik; 28% akan beralih kepada rantaian blok untuk penjejakan dan keselamatan data yang lebih baik; dan 21% akan menggunakan kecerdasan buatan, analitik data besar, dan analitik prediktif untuk cerapan masa nyata dan ramalan gangguan.

Rantaian bekalan menyesuaikan diri ketika ketegangan geopolitik semakin meningkat 

Dalam era baharu globalisasi, landskap risiko geopolitik yang meningkat membentuk garis panduan perdagangan global tatkala perniagaan cuba mengurangkan risiko di seluruh rantaian bekalan mereka. Lebih daripada ssatu pertiga syarikat menggunakan pendekatan persahabatan untuk membentuk operasi perdagangan dan rantaian bekalan, sementara 32% membuat rantaian bekalan selari atau penyumberan berkembar.

Selain itu, lebih daripada satu perempat memilih untuk mempunyai lebih sedikit pembekal - peningkatan 16 mata peratusan dari tahun sebelumnya - kerana perniagaan menimbang kelebihan pengkonsolidasian berbanding kepelbagaian dan kawalan berbanding ketahanan.

Kebimbangan terhadap ketidakstabilan politik, peningkatan perselisihan perdagangan dan perpecahan global boleh menghalang pertumbuhan yNG semakin meningkat. Sebanyak satu perlima syarikat bimbang dengan tarif yang lebih tinggi, atau ketidakpastian sekitar tarif, di pasaran utama yang mereka eksport atau impot. Malah, 22% eksekutif menekankan cabaran ketidakstabilan politik di pasaran sumber mereka, manakala hampir satu perempat (23%) bimbang tentang ketidakpastian geopolitik yang meningkat.

Economist Impact menjalankan analisis perdagangan kuantitatif melalui platform Global Trade Analysis Project (GTAP) untuk menilai potensi kehilangan output global daripada senario hipotetikal "geoekonomi yang berpecah." Dalam senario yang berfokus pada penghalangan perdagangan yang  signifikan terhadap barangan teknologi tinggi - titik fokus dalam iklim geopolitik semasa - Economist Impact meramalkan penurunan 0.9% dalam  KDNK seluruh dunia.

Berucap semasa pelancaran laporan di Forum Ekonomi Sedunia di Davos hari  ini, Pengerusi dan Ketua Pegawai Eksekutif DP World Group, Sultan  Ahmed bin Sulayem berkata:

"Penemuan dalam laporan ini menunjukkan satu optimisme yang luar biasa,  walaupun perniagaan terpaksa beroperasi dalam persekitaran yang semakin tidak pasti. Kerajaan boleh memaksimumkan faedah ekonomi yang besar daripada perdagangan dengan menyediakan kepastian yang diperlukan oleh perniagaan, sambil mengurangkan perselisihan perdagangan. Perkara ini bukan sahaja pengurangan tarif, tetapi juga bekerjasama dengan sektor swasta untuk melancarkan kemajuan teknologi - terutamanya dalam bidang digitalisasi, automasi dan AI - yang mendayakan kecekapan, keterlihatan dan kebolehsuaian yang lebih tinggi."

John Ferguson, Pemimpin Global, New Globalisation, Economist Impact,  menambah:

"Pada tahun 2024, ketika risiko geopolitik semakin meningkat dan kesan peningkatan perubahan iklim, terdapat pertambahan yang ketara dalam variasi pendekatan perniagaan terhadap rantaian bekalan mereka. Ini  mencerminkan pemahaman yang semakin meningkat bahawa tiada strategi tunggal akan memenuhi keperluan pelbagai perniagaan. Perkara yang jelas adalah bahawa teknologi sedang dilaksanakan di seluruh rantaian bekalan untuk memastikan perniagaan dapat menyesuaikan diri dengan lebih cepat dan bijak."

Untuk melihat laporan penuh, sila klik di sini.

Tentang Economist Impact 

Economist Impact menggabungkan keteguhan kumpulan pemikir dengan kreativiti jenama media untuk melibatkan khalayak global yang berpengaruh.

Kami bekerjasama dengan korporat, yayasan, NGO, dan kerajaan di sepanjang tema besar termasuk kelestarian, kesihatan, dan bentuk globalisasi yang berubah untuk memacu perubahan dan membolehkan kemajuan.

impact.economist.com  

Tentang Trade in Transition 

Ini ialah edisi keempat laporan Trade in Transition yang ditugaskan oleh DP World dan diketuai oleh Economist Impact. Laporan ini merupakan kaji selidik global yang mendapatkan semula data daripada lebih 3,500 eksekutif, meneliti sentimen sektor swasta tentang perdagangan antarabangsa dan rantaian bekalan. Secara lebih khusus laporan ini melihat cara faktor seperti geopolitik, perubahan iklim dan teknologi memberi kesan kepada perdagangan dan rantaian bekalan. Trade in Transition juga melihat kepada data serantau (Amerika Utara, Amerika Selatan, Eropah, Timur Tengah, Afrika dan Asia-Pasifik) dan sektoral (FMCG, perindustrian, barangan pengguna, makanan dan minuman, tenaga dan sumber semula jadi, kesihatan dan farmasi, serta logistik dan pengedaran) untuk membandingkan dan membezakan keutamaan dalam perdagangan antarabangsa.

economistimpact.com/trade-in-transition/  

Untuk pertanyaan berkenaan media DP World, sila hubungi: 

Adal Mirza 

Ketua Perhubungan Media  

Adal.mirza@dpworld.com  

+971 56 355 0899  

H akam Kherallah 

Perunding, Perhubungan Media & Komunikasi CEO  

Hakam.Kherallah@dpworld.com  

+971 50 552 2610  

Ikuti DP World dalam

Twitter: https://twitter.com/DP_World LinkedIn: https://www.linkedin.com/company/dp-world

Tentang DP World

Perdagangan ialag nadi kepada ekonomi global, mewujudkan peluang dan meningkatkan kualiti hidup bagi semua orang di seluruh dunia. DP World wujud untuk membolehkan aliran perdagangan dunia menjadi lebih baik, mengubah perkara yang mungkin untuk pelanggan dan komuniti global yang kami berikan perkhidmatan. 

Dengan pasukan yang berdedikasi, berbilang budaya dan profesional seramai lebih daripada 103,000 pekerja yang merangkumi 75 buah negara di enam benua, DP World sedang memacu perdagangan ke tahap yang lebih tinggi dan lebih cepat menuju rangkaian bekalan yang lancar untuk masa depan. 

Kami sedang mengubah dan menyepadukan perniagaan kami dengan pantas - Pelabuhan dan Terminal, Perkhidmatan Marin, Logistik dan Teknologi - dan menyatukan infrastruktur global kami dengan kepakaran tempatan untuk mewujudkan penyelesaian rangkaian bekalan yang lebih kuat dan lebih efisien dari hujung ke hujung, yang dapat mengubah cara dunia berdagang.

Selanjutnya, kami akan membentuk masa depan dengan melabur dalam inovasi. Daripada sistem penghantaran pintar hingga penyusunan stor gudang automatik, kami berada di tahap canggih teknologi yang mengganggu, mendorong sektor ini ke arah cara yang lebih baik untuk berdagang, meminimumkan gangguan dari kilang hingga ke pintu pelanggan.

KAMI MEMASTIKAN ALIRAN PERDAGANGAN MENGUBAH APA-APA YANG MUNGKIN BAGI SEMUA ORANG.

Foto - https://mma.prnasia.com/media2/2317522/Fig9.jpg?p=medium600
Foto - https://mma.prnasia.com/media2/2317523/Fig10.jpg?p=medium600

 

The extent of technology adoption in trade operations
The extent of technology adoption in trade operations

 

Source: DP World
Keywords: Banking/Financial Service Computer Software Computer/Electronics Publishing/Information Service Transportation Economic news, trends, analysis New products/services Survey, Polls & Research Data Analytics Artificial Intelligence Supply Chain/Logistics