omniture

PureSoftware Diperakui sebagai Tempat Terbaik untuk Bekerja (Great Place to Work®) buat Kali Ketiga Berturut-turut

PureSoftware
2024-01-16 18:46 27

NOIDA, India, 16 Januari 2024 /PRNewswire/ -- PureSoftware telah menjadi Tempat Terbaik untuk Bekerja (Great Place to Work®) Diperakui di India (dari bulan Januari 2024 hingga Januari 2025) bagi tahun ketiga berturut-turut. Perakuan ini mengukuhkan komitmen syarikat untuk mengutamakan tenaga kerja dan menyampaikan kecemerlangan kepada pelanggan. PureSoftware telah berusaha dengan gigih dalam meningkatkan pengalaman pekerja melalui dasar dan amalan yang berteraskan individu, bertujuan untuk penambahbaikan berterusan.

PureSoftware has been accredited Great Place to Work® Certified in India for the third consecutive year.
PureSoftware has been accredited Great Place to Work® Certified in India for the third consecutive year.

"Nilai teras kami telah membina asas untuk memupuk tempat kerja luar biasa yang memupuk prestasi tinggi, kepercayaan, kesaksamaan, integriti dan keakraban. Menerima perakuan sebagai Tempat Terbaik untuk Bekerja buat tahun ketiga berturut-turut merupakan bukti pengalaman positif ahli pasukan kami dan peluang yang temui oleh mereka di sini," kata Manish Sharma, Ketua Pegawai Eksekutif PureSoftware. "Kami komited untuk memperkukuh asas syarikat melalui inisiatif berpusatkan pekerja kami seperti OWL, MIND, PureFit, PS Cares, InTouch dengan CEO, Decode dan banyak lagi."

Great Place to Work® ialah pihak berkuasa global mengenai budaya tempat kerja. Sejak tahun 1992, institut ini telah meninjau lebih daripada 100 juta pekerja di seluruh dunia dan menggunakan cerapan mendalam tersebut untuk mentakrifkan perkara yang menjadikan tempat kerja yang terbaik: kepercayaan. Platform tinjauan pekerja pihak ini memperkasa pemimpin dengan maklum balas, pelaporan masa nyata dan cerapan yang diperlukan untuk membuat keputusan warga kerja yang strategik. Institut itu berkhidmat kepada perniagaan, badan bukan untung dan agensi kerajaan di lebih daripada 60 negara dan telah menjalankan penyelidikan rintisan mengenai ciri tempat kerja yang terbaik selama lebih tiga dekad.

Ketahui lebih lanjut di https://www.greatplacetowork.in/

Maklumat Tentang PureSoftware  

PureSoftware ialah syarikat produk perisian dan perkhidmatan digital global yang memacu transformasi untuk organisasi terkemuka dunia merentasi pelbagai garis tegak industri, termasuk perbankan, perkhidmatan kewangan dan insurans, sains hayat dan penjagaan kesihatan, teknologi tinggi dan komunikasi, peruncitan dan logistik serta permainan dan hiburan.

Arttha, dari PureSoftware, ialah platform teknologi kewangan yang dipercayai pada peringkat global. Platform ini membantu perniagaan menerima penyelesaian digital dalam bidang perbankan pengguna dan MSME, perbankan agensi/tanpa cawangan, pinjaman digital, pembayaran, BNPL dan pengurusan saudagar. Manakala Arttha5G ialah platform 5G patuh O RAN yang memberikan kependaman ultra rendah, kelajuan data puncak berbilang Gbps berkelajuan lebih tinggi, keandalan, kapasiti rangkaian yang besar dan pengalaman pengguna yang lebih konsisten.

Untuk maklumat lanjut, sila kunjungi www.puresoftware.com

Foto: https://mma.prnasia.com/media2/2318394/PureSoftware_GPTW.jpg?p=medium600 
Logo: https://mma.prnasia.com/media2/1450649/4265417/PureSoftware_Logo.jpg?p=medium600

 

Source: PureSoftware
Keywords: Banking/Financial Service Computer Software Computer/Electronics Awards New products/services