omniture

LYB Memeterai Perjanjian untuk Memperoleh 35% daripada NATPET yang berpangkalan di Arab Saudi; Memperluaskan Teras Perniagaan PP

LyondellBasell
2024-01-17 03:56 27
  • JV yang didayakan oleh teknologi meningkatkan lagi akses LYB kepada bahan mentah yang berfaedah dan pasaran yang menarik
  • Urus niaga ini merangkumi aset sedia ada dan projek pertumbuhan yang dirancang

HOUSTON dan RIYADH, Arab Saudi, 17 Januari. 2024 /PRNewswire/ -- LyondellBasell (LYB) hari ini mengumumkan mereka telah memeterai perjanjian untuk memperoleh 35% kepentingan dalam National Petrochemical Industrial Company (NATPET) yang berpangkalan di Arab Saudi daripada Alujain Corporation ( Alujain) dengan nilai kira-kira $500 juta. Didayakan oleh teknologi polipropilena (PP) Spheripol , usaha sama itu meletakkan LYB untuk mengembangkan dan menaik taraf perniagaan teras PP melalui akses kepada bahan mentah berfaedah, serta kapasiti pemasaran produk tambahan, di rantau yang strategik.

Penutupan urus niaga ini adalah tertakluk kepada peraturan dan syarat penutupan biasa yang lain. Alujain dan LYB juga sedang bersama-sama menilai potensi pembinaan propilena yang baharu melalui penyahhidrogenan propana (PDH) dan kemudahan PP di tapak NATPET, perkara ini tertakluk kepada keputusan pelaburan muktamad. Projek ini sedang dikaji dengan matlamat bersama untuk melaksanakan penyelesaian yang sejajar dengan strategi pengurangan karbon 2060 Kerajaan Arab Saudi. 

Alujain ialah sebuah syarikat petrokimia, tenaga, perlombongan dan logam di Kerajaan Arab Saudi. Sebagai pemilik majoriti NATPET, syarikat tersebut merupakan pemegang lesen lama teknologi LYB Spheripol PP, salah satu penyelesaian yang digunakannya untuk mengendalikan kompleks propilena dan PP di Bandar Perindustrian Yanbu. Kapasiti pengeluaran PP tahunan NATPET kini mencecah kira-kira 400,000 tan.

"Pelaburan dalam NATPET ini mencerminkan strategi kami untuk mengembangkan dan menaik taraf teras kami di sekitar aset dan perniagaan dengan kelebihan yang berkekalan," kata Ketua Pegawai Eksekutif LYB Peter Vanacker. "Kami berbesar hati kerana untuk melabur dalam usaha sama ini, yang memanfaatkan teknologi LYB, menerajui kedudukan pasaran global dan kecemerlangan operasi Alujain yang terbukti. Kami menjangkakan usaha samaini juga akan menambah nilai melalui kepentingan pemilikan kami, serta pemasaran produk di kawasan utama."

"Kami mengalu-alukan peluang untuk mengeratkan hubungan kami dengan LYB, pertama sebagai pemegang lesen dan kini sebagai rakan usaha sama," kata Pengerusi Alujain Mohammed Bin Saleh AlKhalil. "Kami berharap dapat memajukan usaha kolektif kami untuk menghasilkan dan memasarkan bahan penting yang memenuhi keperluan pelanggan kami di seluruh dunia. Pelaburan baharu ini merupakan langkah maju yang hebat untuk membangunkan sektor hiliran di Kerajaan Arab Saudi, dan Alujain mempunyai rancangan untukmendorong perkembangan ini untuk melangkah lebih jauh."

Tentang LyondellBasell
Kami ialah LyondellBasell (NYSE: LYB) ― peneraju dalam industri kimia global menghasilkan penyelesaian untuk kehidupan lestari setiap hari. Melalui teknologi canggih dan pelaburan tertumpu, kami mendayakan ekonomi pekeliling dan rendah karbon. Dalam semua yang kami lakukan, kami menyasarkan untuk membuka kunci nilai untuk pelanggan, pelabur dan masyarakat kami. Sebagai salah satu pengeluar polimer terbesar di dunia dan peneraju dalam teknologi poliolefin, kami membangun, mengeluarkan dan memasarkan produk berkualiti tinggi dan inovatif untuk aplikasi daripada pengangkutan mampan dan keselamatan makanan kepada air bersih dan penjagaan kesihatan yang berkualiti. Untuk maklumat lanjut, sila layari www.lyondellbasell.com atau ikuti @LyondellBasell dalam LinkedIn.

Tentang Alujain Corporation
Alujain Corporation telah ditubuhkan pada tahun 1991 dengan tujuan untuk menambah nilai kepada hidrokarbon semula jadi dan sumber mineral Arab Saudi. Sebuah syarikat saham bersama Saudi tersenarai dan ibu pejabat terletak di Riyadh, Kerajaan Arab Saudi. Objektif strategik utama Alujain adalah untuk mengenal pasti, menilai, mempromosi, membangun dan melabur/mengendalikan projek perindustrian utama dalam petrokimia, perlombongan, logam, sektor tenaga dan projek lain, dengan komitmen untuk menghasilkan nilai bagi pemegang sahamnya dengan menggunakan kekuatan dan bakat tempatan, kapasiti, kekayaan dan sumber asli, juga menetapkan standard tertinggi tanggungjawab negara, sosial dan alam sekitar.

Nota Awas Berkenaan Kenyataan Berpandangan Ke Hadapan 
Kenyataan dalam keluaran ini berkaitan dengan perkara yang bukan fakta sejarah adalah kenyataan berpandangan ke hadapan. Kenyataan yang berpandangan ke hadapan ini adalah berdasarkan andaian pihak pengurusan yang dipercayai munasabah pada masa dibuat dan tertakluk kepada risiko dan ketidakpastian yang ketara. Keputusan sebenar mungkin berbeza secara material daripada unjuran, keputusan yang dijangkakan atau jangkaan lain yang dinyatakan dalam keluaran ini, termasuk, tetapi tidak terhad kepada, penerimaan kelulusan kawal selia yang diperlukan atau tamat tempoh menunggu yang berkenaan; kepuasan syarat penutupan; keupayaan kami untuk menyelesaikan transaksi yang diterangkan dalam keluaran ini dalam tempoh masa yang dicadangkan; keputusan pelaburan terakhir dan kejayaan pembinaan dan operasi kemudahan yang dicadangkan yang diterangkan dalam keluaran ini; dan keupayaan kami untuk melaksanakan strategi kami dan berjaya menyelaraskan asas aset kami dengan strategi itu. Walaupun kenyataan dan unjuran ini dibuat dengan niat baik, LyondellBasell dan pengurusannya tidak dapat menjamin bahawa keputusan masa depan yang dijangkakan akan dicapai. Faktor tambahan yang boleh menyebabkan keputusan berbeza secara material daripada yang diterangkan dalam kenyataan yang berpandangan ke hadapan boleh didapati di bahagian "Faktor Risiko" Borang 10-K kami untuk tahun berakhir 31 Disember 2022, yang boleh didapati di www.LyondellBasell.com di halaman Perhubungan Pelabur dan di laman web Suruhanjaya Sekuriti dan Bursa di www.sec.gov.

Logo - https://mma.prnasia.com/media2/558633/LyondellBasell_Logo.jpg?p=medium600

 

Source: LyondellBasell
Related Stocks:
NYSE:LYB
Keywords: Chemical Environmental Products & Services Oil/Energy Utilities Acquisitions, mergers, takeovers Contracts Corporate Expansion Joint ventures