THE HAGUE, Belanda, 9 September 2014 /PRNewswire/ --
Pemain utama dan pemikir terkemuka tentang Hidrokarbon Afrika; peluang utama diketengahkan dalam arena huluan.
Minggu Minyak Afrika ke-21 bermula pada 3 November hingga 7 November di Cape Town akan bertumpu pada Pemain Korporat Utama di Afrika, Aktiviti & Peluang Besar Afrika, Pembukaan Sempadan Baharu, Syarikat Minyak Negara Asing, Potensi Cari Gali Afrika berserta Pembentangan Kerajaan dan juga Jerayawara.
(Foto: http://photos.prnewswire.com/prnh/20140909/703725-INFO )
Pemimpin perniagaan
Minggu Minyak Afrika ke-21 menjangkakan kehadiran 1,600 wakil peringkat kanan, dengan 100 pembentangan kanan bertaraf tinggi. Perwakilan kerajaan akan hadir bersama lebih 140 pembentang korporat/negeri pada program ini dan lebih 160 gerai pameran akan mempamerkan pelbagai pengendali industri bekalan dan perkhidmatan yang semakin meningkat yang didapati di seluruh rantaian nilai minyak dan gas-LNG Afrika.
Taklimat strategi
Perebutan untuk Afrika Tahunan ke-16: Taklimat Strategi 2014, diadakan pada Minggu Minyak Afrika ke-21 2014 akan menjejaki perubahan peta pesaing di Afrika bagi syarikat minyak dan gas-LNG, menyediakan pandangan yang berpengalaman luas dan interpretasi melibatkan kira-kira 500 peserta. Tumpuan utama berkisar pada Syarikat Minyak Nasional Pasukan Kerdil "Lahir di Afrika", Syarikat Bebas Sedunia, Syarikat Super Bebas & Syarikat Super-Utama serta Syarikat Minyak Nasional Luar-Afrika.
Minggu Minyak Afrika ke-21 melibatkan yang berikut:
Sila ikuti profil LinkedIn syarikat kami bagi mendapatkan maklumat terkini setiap hari tentang Industri Huluan http://tinyurl.com/mq6nekh
Sumber: Global Pacific & Partners