PRINCETON, N.J., 18 Januari 2024 /PRNewswire/ -- ETS pada hari ini mengumumkan bahawa syarikat tersebut telah melantik Ratnesh Kumar Jha sebagai Pengurus Besar baharunya untuk Produk Bahasa Institusi. Jha akan bekerjasama dengan Rohit Sharma, Naib Presiden Kanan ETS untuk bahagian Pendidikan Tinggi Global & Kemahiran Kerja dalam pengembangan global portfolio produk bahasa institusi ETS, terutamanya dalam peperiksaan TOEIC®, peperiksaan TOEFL ITP® dan TOEFL® Young Student Series. Ini termasuk pengawasan semua bidang perniagaan, merangkumi produk dan operasi, jualan, pengedaran dan pemasaran. Selain itu, beliau akan turut bekerjasama rapat dengan Edusoft Ltd., anak syarikat ETS, untuk memajukan pertumbuhan perniagaan penyelesaian pembelajaran bahasa.
"Peranan ini akan memberi manfaat besar kepada pelanggan dan rakan kongsi kami di seluruh dunia kerana peranan ini akan memastikan rakan kongsi institusi kami mendapat penyelesaian yang betul dan tepat pada masanya daripada ETS sambil kami menggabungkan keupayaan pembelajaran dan penilaian kami secara operasi," kata Sharma. "Pengalaman yang ada pada Ratnesh akan menjadi aset yang luar biasa kepada ETS dan meletakkan produk ini dalam ruang yang kami lihat mempunyai potensi besar untuk bertumbuh."
Produk institusi ETS ialah komponen penting dalam perniagaan dan menggariskan misi organisasi ini. Peperiksaan TOEIC digunakan oleh lebih 14,000 buah organisasi di 160 lebih buah negara untuk membuat keputusan tentang kecekapan berbahasa Inggeris pekerja di tempat kerja, manakala TOEFL ITP digunakan oleh lebih 2,500 institusi di 50 lebih buah negara untuk penempatan, pemantauan, penilaian dan keperluan ujian keluar. Siri Pelajar Muda TOEFL, terdiri daripada peperiksaan TOEFL Primary dan TOEFL Junior, masing-masing untuk pelajar berumur 8 ke atas dan 11 ke atas, dan dipercayai oleh guru untuk pemantauan, penempatan, perkembangan dan maklum balas.
"Saya benar-benar berharap untuk terlibat sepenuhnya dan meningkatkan impak kami terhadap institusi dan pelajar di seluruh dunia," kata Jha. "Menggabungkan minat dan pengalaman saya dalam bidang pendidikan dengan misi penting ETS merupakan langkah yang menarik, dan saya bersedia untuk berdepan dengan perkara yang bakal tiba pada masa akan datang."
Selama lebih sedekad sebelum menyertai ETS, Jha pernah berkhidmat sebagai Ketua Pegawai Eksekutif syarikat pendidikan terkemuka di rantau Asia Pasifik, termasuk Kumpulan Syarikat Burlington dan Cambridge University Press. Beliau juga pernah menjawat jawatan kepimpinan utama di institusi seperti GE Capital dan Citibank. Beliau merupakan salah seorang alumni Jawaharlal Nehru University (India) dan memiliki Ijazah Sarjana Muda dari University of Cambridge (U.K.) dan MBA dari Sekolah Perniagaan Kellogg dari Northwestern University (Amerika Syarikat).
Tentang ETS
Kami percaya pada kekuatan pembelajaran yang dapat mengubah hidup. Selama 75 tahun yang lalu, kami telah didorong oleh visi tentang perkara yang mungkin apabila semua orang boleh meningkatkan kehidupan mereka melalui pendidikan. Komitmen tanpa kompromi kami terhadap kesetaraan dan keadilan adalah asas kepada setiap tindakan yang kami lakukan. ETS memberi perkhidmatan kepada pelajar, pendidik dan agensi kerajaan dengan menyediakan penyelesaian pengukuran dan menjalankan penyelidikan, analisis dan kajian dasar. ETS membangunkan, mentadbir dan memberi penilaian kepada berpuluh juta peperiksaan setiap tahun — termasuk penilaian peperiksaan TOEFL® dan TOEIC®, peperiksaan GRE® dan penilaian The Praxis Series® — di lebih 200 buah negara, di lebih 9,000 buah lokasi di seluruh dunia. www.ets.org
Logo - https://mma.prnasia.com/media2/562926/Educational_Testing_Service_Logo.jpg?p=medium600