omniture

Membentuk Dialog Ekonomi dan Etika Antarabangsa Melalui Kepimpinan Cheah Chyuan Yong

International Strategic Institute (ISI)
2024-01-18 13:51 69

KUALA LUMPUR, Malaysia, 18 Januari 2024 /PRNewswire/ -- Di bawah kepimpinan berwawasan Cheah Chyuan Yong, International Strategy Institute (ISI) dengan bangganya mengisytiharkan kejayaannya dalam menamatkan dua persidangan global yang hebat: Forum Ekonomi China Sedunia (World Chinese Economic Forum, WCEF) ke-12 dan Persidangan Antirasuah Sedunia (Anti-Corruption Conference, WACC) 2023. Acara-acara ini, masing-masing yang diadakan di China dan Indonesia, menandakan peristiwa penting dalam memupuk kerjasama antarabangsa, mencipta peluang dan membina hubungan dengan tumpuan pada pemerkasaan dan penepatan minda pertumbuhan perniagaan. Untuk butiran lanjut: www.istrategyglobal.org.

Cheah Chyuan Yong, Founder and Chairman, International Strategy Institute (ISI)
Cheah Chyuan Yong, Founder and Chairman, International Strategy Institute (ISI)

Forum Ekonomi China Sedunia (WCEF) ke-12, yang diadakan di Daerah Qingtian, Wilayah Zhejiang, China pada tahun ini telah berjaya dimuktamadkan dengan hampir 300 peserta dari seluruh dunia, menandakan satu lagi peristiwa penting dalam mempromosikan kerjasama dan dialog ekonomi global. Cheah Chyuan Yong menyebut semasa ucapannya bahawa WCEF bukan sahaja memperingati kepentingan ulang tahun ke-50 hubungan diplomatik antara China dan Malaysia pada tahun depan, tetapi juga sebagai permulaan kepada sambutan selama setahun bagi kerjasama ini. Perbincangan panelnya membahaskan tentang Perkongsian Ekonomi Komprehensif Serantau (Regional Comprehensive Economic Partnership, RCEP) Inisiatif Jalur dan Jalan (Belt and Road Initiative, BRI) dan peluang pelaburan di Daerah Qingtian.

WCEF akan terus berusaha untuk mencapai misi dan legasinya pada tahun depan, menggalakkan semangat kerjasama untuk kemajuan ekonomi dan pakatan inovatif bagi pertumbuhan bersama.

Persidangan Antirasuah Dunia (WACC) 2023 di Jakarta, Indonesia, telah menghimpunkan para pemimpin, pakar dan pengamal global di Royal Kuningan Hotel. Temanya iaitu "Ke Arah Masa Depan Bebas Rasuah: Memperkukuh Tadbir Urus Global Bersama-sama (Towards a Corrupt-Free Future: Strengthening Global Governance Together)," telah mendorong perbincangan yang bernas. Penceramah utama Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia(Malaysian Anti-Corruption Commission, MACC), Azam Baki turut menyerikan majlis perasmiannya. Semasa persidangan tersebut, beberapa perbincangan telah menekankan kepentingan kelakuan beretika dan kerjasama antara agensi daripada penceramah yang datang dari Malaysia, Indonesia, Singapura, Brunei, Myanmar, Kemboja, Australia, Jepun, Korea, Thailand dan Filipina. Cheah Chyuan Yong mengakhiri persidangan tersebut semasa ucapan penutupnya dengan kehadiran 200 orang peserta, mengisytiharkan WACC sebagai inisiatif global tahunan, khusus untuk memerangi rasuah dan menekankan peranan pemerkasaan dalam mengukuhkan usaha pencegahan rasuah.

Acara Akan Datang: Forum Perniagaan Antara Serantau (Inter-Regional Business Forum, IRBF) dan Forum Perdagangan Islam Sedunia, (World Islamic Trade Forum, WITF) 

ISI, di bawah kepimpinan Cheah Chyuan Yong, sedang bersiap sedia untuk menganjurkan Forum Perniagaan Antara Serantau (IRBF) pada 7 dan 8 Mac 2024, di Kuala Lumpur, Malaysia. Dengan kerjasama negara GRULAC, acara ini bertujuan untuk mengukuhkan hubungan ekonomi antara negara-negara Amerika Latin-Caribean dan Asia Tenggara, mewujudkan koridor global untuk kerjasama perniagaan yang dipertingkatkan.

Selain itu, Forum Perdagangan Islam Sedunia (WITF) akan bertumpu pada tema "Disatukan oleh Inovasi: Membina Ekonomi Islam yang Berdaya Tahan (United by Innovation: Building Resilient Islamic Economies)", yang akan berlangsung pada 23 April tahun depan di Dubai. Acara ini mengiktiraf potensi yang luas dan aspek yang pelbagai bagi ekonomi Islam, memberi tumpuan kepada inovasi, industri Halal, pembangunan mampan, dan pemerkasaan belia. Forum ini menunjukkan komitmen ISI dalam memupuk kerjasama global, menangani isu kritikal dan memajukan pembangunan ekonomi pada skala global.

Untuk pertanyaan lanjut sila hubungi: info@istrategyglobal.org

Tentang ISI:

International Strategy Institute (ISI) ialah organisasi bukan untung yang diketuai oleh Cheah Chyuan Yong, khusus untuk memupuk kerjasama antarabangsa dan menangani cabaran global melalui forum dan inisiatif strategik.

Foto: https://mma.prnasia.com/media2/2319295/ISI_Founder_and_Chairman.jpg?p=medium600
Logo: https://mma.prnasia.com/media2/2261774/4372029/ISI_Logo.jpg?p=medium600

 

Source: International Strategic Institute (ISI)
Keywords: Banking/Financial Service Not for profit Trade show news