omniture

HeckArt Studios Akan Membuat Tayangan Perdana Sedunia ALTERGEIST secara Eksklusif dengan DIRECTV

HeckArt Studios
2014-09-10 15:24 84

LOS ANGELES, 10 September 2014 /PRNewswire/ -- Setelah termeterainya persetujuan penghasilan karya selama lima tahun, DIRECTV dan HeckArt Studios telah memilih filem aksi seram ALTERGEIST karya penulis/sutradara Tedi Sarafian (Terminator 3, Tank Girl) sebagai filem pertama yang dikeluarkan di bawah perjanjian itu. Tayangan perdana filem itu akan dibuat pada 9 Oktober melalui DIRECTV. Ia akan ditayangkan secara eksklusif sehingga 5 November, sejurus sebelum tayangan pembukaan filem itu di pawagam terpilih.

Video - http://youtu.be/GlAqWdidt4U
Foto - http://photos.prnewswire.com/prnh/20140909/144545
Foto - http://photos.prnewswire.com/prnh/20140708/124945

Dirakam di lokasi di Korbel Champagne Cellars, ALTERGEIST mengikuti sekumpulan penyiasat paranormal sambil mereka menyiasat Kilang Wain King's Ransom yang terkenal kerana berhantu. Sambil kenangan yang lama tersimpan dan ketakutan yang terpendam mengancam untuk melemahkan pasukan itu, mereka gerun apabila mendapati hantu pun sangat takut dengan kehadiran makhluk halus kejam yang telah menghantui hartanah keluarga itu selama beberapa generasi yang lalu.

Keluaran filem di pawagam dan pada cakera secara serentak sudah menjadi amalan yang semakin biasa tetapi membuka filem pada VOD (video-atas-permintaan) beberapa minggu sebelum ia ditayangkan di pawagam sangat jarang dilakukan. "Kami teruja dengan tayangan perdana ALTERGEIST melalui DIRECTV," kata Ketua Pegawai Eksekutif HeckArt Aaron Heck. "Model yang baru muncul ini ada beberapa faedah, termasuk promosi seluruh negara yang dijalankan oleh DIRECTV."

HeckArt Studios akan bekerjasama dengan DIRECTV untuk membina kesedaran seluruh negara tentang filem itu semasa tetingkap eksklusif platform VOD itu. "DIRECTV mempunyai kira-kira 20 juta pelanggan, dan dengan lebih 115 juta kediaman di AS, kemungkinan besar ia akan ditonton oleh ramai orang dengan saluran pengedaran lain," jelas Heck. "Sambil pelanggan DIRECTV menonton filem itu di rumah, kesedaran itu akan merebak kepada penonton lain, yang akan mencari filem ALTERGEIST dari tempat lain, seperti di pawagam atau melalui beberapa saluran EST."

Perjanjian antara HeckArt Studios dan DIRECTV memberi faedah kepada kedua-dua pihak, menyediakan DIRECTV dengan kandungan eksklusif bagi pelanggan mereka, sambil meningkatkan kesedaran tentang filem itu sebelum ia dilancarkan kepada platform lain. Memandangkan lebih ramai pempamer dapat melihat nilai yang diberikan oleh model ini kepada tayangan filem bebas, mungkin ini bakal menjadi masa hadapan industri perfileman bebas.

Latar belakang ALTERGEIST
Filem aksi seram ALTERGEIST telah dirakam sepenuhnya di lokasi di Korbel Champagne Cellars yang bersejarah, dibina pada tahun 1882, dan mendapat inspirasi daripada kejadian sebenar yang berlaku di kawasan itu, termasuk fenomena paranormal dan kematian yang mencurigakan.

http://www.youtube.com/watch?v=GlAqWdidt4U
http://www.ALTERGEISTmovie.com
http://www.imdb.com/title/tt1985196/
https://www.facebook.com/ALTERGEISTmovie
https://twitter.com/ALTERGEISTmovie

Latar belakang HeckArt Studios
Syarikat penerbitan filem dan iklan yang terkemuka, HeckArt Studios baru-baru ini telah memperluas kehadirannya dalam pengendalian pengedaran, mengakui keperluan untuk jenis pengedar yang berbeza. Selain membeli filem yang sudah siap dibikin yang ingin diedarkan, HeckArt Studios turut mengusahakan projek filem mereka sendiri secara aktif.

http://www.heckartstudios.com

Hubungi:
John Negropontes
info@heckartstudios.com 
424.210.3320

Source: HeckArt Studios
Keywords: Entertainment Film & Motion Picture Television Broadcast feed announcements