omniture

Diesel Black Gold Memperkenalkan Samsung Gear S Tersuai Khusus di Pertunjukan Pentas

Samsung Electronics Co., Ltd.; Diesel Black Gold
2014-09-10 15:50 159

-- Samsung bekerjasama dengan Diesel Black Gold untuk mereka bentuk bahagian pertunjukan eksklusif bagi memaparkan Samsung Gear S

NEW YORK, 10 September 2014 /PRNewswire/ -- Samsung Electronics Co., Ltd. hari ini telah mengumumkan perkongsian bersama Diesel Black Gold bagi kolaborasi pertunjukan tersendiri yang memaparkan Samsung Gear S baharu. Perkongsian antara Samsung dan Diesel Black Gold merangkumi penyatuan teknologi yang inovatif dan mementingkan reka bentuk berserta bidang fesyen yang kontemporari dan tersendiri.

Foto - http://photos.prnewswire.com/prnh/20140909/144532
Foto - http://photos.prnewswire.com/prnh/20140909/144533
Foto - http://photos.prnewswire.com/prnh/20140909/144534

Andreas Melbostad, pengarah kreatif Diesel Black Gold, telah menginterpretasikan Samsung Gear S yang revolusioner itu dengan siri aksesori disesuaikan, yang akan diperkenalkan buat julung kalinya di pertunjukan pentas Musim Bunga/Musim Panas 2015 bagi jenama tersebut. Dengan menggunakan teknologi inovatif Samsung Gear S sebagai asasnya, pasukan kreatif di Diesel Black Gold telah menghasilkan koleksi bahagian tersendiri, dalam bentuk, warna dan perincian berbeza, kesemuanya bercirikan gaya ikonik label kontemporari yang canggih itu. Unsur koleksi SS 15, diinspirasikan daripada bintang rock New Wave yang amat bergaya dan wirawati 'rockabilly' yang ranggi, telah digunakan bagi memberikan gaya ketara kepada peranti tersebut, dicirikan oleh perincian logam dan kulit pengenalan.

"Kami komited untuk mewujudkan kolaborasi dengan jenama yang memberi inspirasi kepada fesyen dan menggalakkan orang ramai untuk menonjolkan gaya peribadi mereka," kata Younghee Lee, Naib Presiden Eksekutif Pemasaran Global, Bahagian IT dan Mudah Alih di Samsung. "Perkongsian kami bersama Diesel Black Gold adalah amat penting kerana ia dapat terus memperlihatkan penyatuan fesyen dan teknologi, serta cara peranti boleh pakai terus menjadi saling berkaitan dalam kehidupan harian."

Andreas Melbostad telah mengulas, "Saya mahukan Gear S dan menanamkan ciri penting Diesel Black Gold. Usaha mencipta versi peribadi peranti ini dan menjadikannya lanjutan kepada individu dan ekspresi individu itu merupakan cabaran yang memberikan inspirasi."

Samsung dan Diesel juga akan bekerjasama untuk menghasilkan video 360 bagi pertunjukan pentas Diesel Black Gold untuk dimainkan pada Samsung Gear VR. Apabila dimainkan pada Gear VR, kandungannya akan menyediakan pengalaman menonton yang mengasyikkan dan tersendiri bagi pertunjukan tersebut.

Latar Belakang Samsung Gear S dan Gear VR
Direka dengan paparan AMOLED Super yang elegan dan melengkung serta jalur fleksibel, Samsung Gear S sangat selesa dipakai pada pergelangan tangan pengguna. Melalui ketersambungan 3G, Samsung Gear S menawarkan pengalaman boleh pakai baharu dan unggul serta memberi pengguna kebebasan untuk menjalani kehidupan mereka di mana-mana sahaja. Samsung Gear VR pula menyampaikan pengalaman menonton yang tiada tandingan melalui paparan AMOLED Super Quad HD 5.7 inci Galaxy Note 4 yang menyediakan visual menakjubkan serta menarik pada resolusi yang menerajui mudah alih. Maklumat lanjut boleh didapati di www.samsungmobilepress.com.

Latar Belakang Samsung Electronics Co., Ltd.
Samsung Electronics Co., Ltd. merupakan peneraju global daripada segi teknologi, membuka kemungkinan baharu untuk orang ramai di mana-mana sahaja. Melalui inovasi dan penemuan yang berterusan, kami mengubah dunia TV, telefon pintar, tablet, komputer peribadi, kamera, peralatan rumah, pencetak, sistem LTE, peranti perubatan, semikonduktor serta penyelesaian LED. Kami mempunyai 286,000 pekerja di 80 negara dengan jualan tahunan sebanyak US$216.7 bilion. Bagi mengetahui lebih lanjut, sila layari www.samsung.com.

Latar Belakang Diesel Black Gold
Diesel Black Gold ialah ekspresi terbaik warisan Diesel. Rangkaian tersebut, yang direka oleh Andreas Melbostad, membawakan gaya tersendiri dan teknik inovatif jenama induknya kepada tahap baharu bagi kualiti dan penambahbaikan; ia menonjolkan ciri istimewa jenama tersebut dan memperlihatkannya menerusi bidang fesyen kontemporari yang lebih maju.

Source: Samsung Electronics Co., Ltd.; Diesel Black Gold
Related Links:
Keywords: Consumer Electronics Fashion Retail Licensing/marketing agreements New products/services