Sumber yang menyediakan kepakaran dan ilmu pengetahuan sains dalam satu tempat kini tersedia. Dapatkan lembaran tip untuk kisah penyelidikan dari Asia.
CAMBRIDGE, England dan PULAU PINANG, Malaysia, 22 Januari 2024 /PRNewswire/ -- Peneraju berita saintifik dan pakar yang tiada tandingan untuk Asia, Asia Research News, bersedia untuk meraikan ulang tahun mereka yang ke-20dengan sambutan yang menggabungkan pengalaman selama dua dekad, disarikan menjadi hab untuk memperkasakan pelaporan sains.
Pada bulan Februari, sebuah sistem yang dipertingkatkan kepada Experts for Media (Pakar untuk Media) akan memberikan wartawan akses mudah ke rangkaian universiti yang luas. Wartawan boleh menghantar permintaan dan kami akan mendapatkan cadangan kepakaran daripada universiti. Anggaplah Experts for Media sebagai sokongan belakang pentas anda kepada kepakaran terkemuka, dengan pakar sains yang dipilih sendiri oleh universiti untuk menguatkan penulisan anda.
Selain itu, kami telah menyusun pengalaman kami selama dua dekad ke dalam The Science Communication Resource (Sumber Komunikasi Sains), yang merangkumi panduan, kit alat dan fellowship. Ini ialah aset untuk anda sebagai seorang wartawan berpengalaman yang ingin mengukuhkan pengetahuan anda ataupun seorang pegawai akhbar yang mencari pandangan atau penyelidik yang ingin mengembangkan kemahiran komunikasi.
Dr Magdeline Pokar, Ketua Pegawai Eksekutif dan pengasas Asia Research News, menyampaikan visinya: "Dua dekad yang lalu, wartawan menghadapi banyak halangan mencari maklumat tentang penyelidikan saintifik. Dengan ini, kami melancarkan Asia Research News - portal berita penyelidikan pertama untuk Asia, ruang yang menghubungkan wartawan dan universiti. Kini, kami sedang berusaha untuk memperkasakan ekosistem yang bertenaga tempat untuk maklumat yang tepat boleh didapati dengan mudah".
Para wartawan dijemput untuk melihat Newsroom (Bilik Berita) kami, dengan siaran akhbar embargo sains, teknologi, perubatan dan kemanusiaan secara langsung dari pusat kuasa universiti Asia, mengetahui lebih lanjut tentang penyelidik dan institusi yang berminat untuk berhubung dengan wartawan dan menyelidiki segmen Giants in History kami tentang para pelopor sains Asia. Semua kandungan boleh digunakan, dengan memberikan kredit kepada Asia Research News. Bagi pengkomunikasi sains wanita, kami juga menyediakan sembang bulanan "SciCom Coffee."
Perkhidmatan Experts for Media akan hanya tersedia kepada wartawan yang berdaftar sahaja. Bukti kelayakan media akan diperlukan semasa pendaftaran. Sistem ini pada mulanya akan berada dalam fasa Beta, oleh itu ia tersedia untuk artikel sorotan dengan tarikh luput yang lebih lama.
Dapatkan maklumat inovasi anda daripada sumber sebenar. Daftar untuk akaun dan nikmati Dunia Komunikasi Sains dengan Asia Research News – setiap klik mencetuskan penemuan baharu, dan setiap halaman bertukar menjadi perjalanan keajaiban saintifik!
Selama dua dekad, Asia Research News telah membina rangkaian penyelidik dan institut yang pelbagai. Hubungi untuk menyertai komuniti kami atau layari asiaresearchnews.com.
Foto - https://mma.prnasia.com/media2/2321440/Dr_Magdeline_Pokar.jpg?p=medium600
Logo - https://mma.prnewswire.com/media/2321444/Asia_Research_News_Logo.jpg