SINGAPURA, 10 September 2014 /PRNewswire/ -- Pada 29 dan 30 Oktober 2014, Henley & Partners akan menganjurkan Persidangan Kediaman dan Kewarganegaraan Global ke-8 di Fullerton Bay Hotel, Singapura.
Acara tahunan paling penting dalam bidang imigrasi pelabur global, persidangan tersebut akan merangkumkan kemajuan utama dalam bidang perancangan kediaman dan kewarganegaraan serta menyediakan maklumat secara langsung daripada ahli profesional paling dikagumi di dunia dalam bidang tersebut, penyedia perkhidmatan antarabangsa terkemuka serta kerajaan.
Para hadirin akan menjalinkan hubungan dengan ahli profesional industri, para pelanggan serta penasihat mereka dalam suasana elegan di salah satu hotel paling ikonik di Singapura, dan akan menerima salinan percuma Buku Panduan Kediaman dan Kewarganegaraan Global edisi ke-4 terkini, penerbitan terkemuka dunia bagi subjek ini.
Penceramah utama termasuk:
Yang Berhormat Dr. Joseph Muscat, Perdana Menteri Malta
Yang Berhormat Vance Amory, Perdana Menteri Nevis
Yang Berhormat Gaston Browne, Perdana Menteri Antigua dan Barbuda
T.Y.T Afonso Henriques de Azeredo Malheiro, Duta Besar Portugal
T.Y.T Thomas Kupfer, Duta Besar Switzerland
Renato T. de Guzman, Ketua Pegawai Eksekutif, Bank of Singapore
Tim Dillon, Pesuruhjaya Asia Tenggara, Kerajaan Negeri Victoria Australia
Tumpuan Program
Layari https://www.henleyglobal.com/grcc-2014-overview/ untuk maklumat sepenuhnya.
Latar Belakang Henley & Partners
Henley & Partners ialah peneraju global dalam perancangan kediaman dan kewarganegaraan. Setiap tahun, ratusan individu kaya, keluarga dan juga penasihat mereka bergantung pada kepakaran serta pengalaman mereka dalam bidang ini.
Konsep perancangan kediaman dan kewarganegaraan ini telah diwujudkan oleh Henley & Partners pada era 1990-an. Memandangkan globalisasi semakin berkembang, kediaman dan kewarganegaraan telah menjadi topik menarik yang signifikan dalam kalangan usahawan mudah alih dan pelabur yang semakin meningkat pada peringkat antarabangsa yang bekerja dengan Henley & Partners.
Firma tersebut turut mengurus amalan nasihat kerajaan terkemuka dan telah terlibat dalam perundingan strategik serta reka bentuk, persediaan dan juga operasi beberapa program kediaman dan kewarganegaraan yang paling berjaya di dunia, yang telah menarik lebih US$ 3.5 bilion melalui pelaburan langsung asing sehingga kini.
Maklumat Perhubungan Akhbar:
Amanda Philp
Ketua Perhubungan Awam
amanda.philp@henleyglobal.com
+44(0)207-823-1010