omniture

Huawei dan 21Vianet Bekerjasama untuk Lancarkan Rangkaian SDN Komersil Terbesar di China

Huawei
2014-09-11 00:56 117

BEIJING, 11 September 2014  /PRNewswire/ -- Huawei, hari ini telah mengumumkan perkongsian bersama 21Vianet Group Inc. (21Vianet), penyedia perkhidmatan Pusat Data Internet (IDC) neutral pembawa terbesar di China, bagi melancarkan rangkaian komersil dibolehkan Perangkaian Tentuan Perisian (SDN) yang terbesar di China. Rangkaian ini akan menyediakan fleksibiliti kepada rangkaian pelanggan yang mengurus dan turut menyokong perkhidmatan awan. Ia akan membolehkan perusahaan untuk menyesuaikan strategi perniagaan mereka agar kekal berdaya saing dalam persekitaran pasaran yang dinamik.

Sebagai sebahagian daripada kolaborasi tersebut, syarikat tersebut berusaha dalam inisiatif inovasi bersama dalam SDN dan 21Vianet telah menggunakan Penyelesaian Rangkaian Pusat Data Fabrik Awan Huawei yang sebahagian besarnya menggunakan suis pusat data siri CE12800 dan Pengawal Tangkas. Hasilnya, kecekapan keseluruhan pusat data pengkomputeran awan 21Vianet akan dipertingkat secara signifikan. Fungsi penggunaan perkhidmatan satu-klik bagi penyelesaian Huawei meningkatkan kelajuan penyediaan perkhidmatan awan 21Vianet sebanyak sepuluh kali kelajuan asal. Sistem Boleh Atur Cara Terbuka Huawei memendekkan tempoh inovasi perkhidmatan baharu 21Vianet daripada enam bulan kepada hanya satu bulan. Di samping itu, fungsi pengoptimuman dan pelarasan laluan automatik penyelesaian tersebut dapat meningkatkan kecekapan penggunaan lebar jalur pautan daripada 50 peratus kepada 80 peratus.

"Matlamat 21Vianet adalah untuk menjadi salah satu syarikat paling dihormati di China dalam sektor infrastruktur Internet. Rangkaian dibolehkan SDN 21Vianet ialah contoh aplikasi komersil yang berjaya bagi rangkaian SDN di China," ujar Mike Ma, Naib Presiden 21Vianet. "Kami berbesar hati dapat bekerjasama dengan Huawei untuk mengetahui dengan lebih lanjut penggunaan teknologi SDN untuk pusat data dan pengkomersilan penyelesaian yang dibangunkan hasil daripada inisiatif inovasi bersama kami. Kami berharap agar inovasi ini akan menambah baik kecekapan operasi rangkaian, memudahkan penyampaian perkhidmatan yang pantas dan pelancaran perkhidmatan, meningkatkan pengalaman pengguna serta menghasilkan lebih nilai untuk para pelanggan kami."

"Huawei telah bekerjasama dengan erat bersama 21Vianet dalam beberapa pusat data pengkomputeran awan. Kejayaan penggunaan rangkaian SDN komersil terbesar di China yang menyokong dengan berkesan strategi pertumbuhan 21Vianet menandakan pencapaian industri yang signifikan," kata Yu Li, Pengurus Besar, Domain Rangkaian Pusat Data, Barisan Produk Komunikasi Perusahaan & Suis, Huawei. "Keterbukaan Penyelesaian Rangkaian Pusat Data Fabrik Awan Huawei memungkinkan perusahaan menerima SDN dengan mudah, mempercepat kepantasan untuk memasarkan perkhidmatan baharu, memudahkan pembangunan pesat, serta membolehkan kejayaan perniagaan dalam era ketangkasan."

21Vianet telah berusaha mengenal pasti beberapa cara untuk menambah baik kecekapan penggunaan pautan rangkaian bagi menyediakan perkhidmatan rangkaian yang andal, konsisten dan berkualiti tinggi. Penyediaan perkhidmatan yang pantas adalah penting untuk syarikat tersebut memandangkan kebanyakan pelanggannya ialah Penyedia Perkhidmatan Internet (ISP) yang perlu kekal di hadapan dalam industri yang sangat kompetitif. Oleh itu, 21Vianet mempunyai keperluan mendesak terhadap sistem rangkaian pusat data generasi baharu yang lebih fleksibel dan berupaya untuk penyediaan dan inovasi perkhidmatan yang lebih pantas. Sebagai usaha untuk menangani cabaran ini, 21Vianet telah mewujudkan perkongsian strategik bersama Huawei untuk membangunkan penyelesaian dibolehkan SDN yang inovatif – penyelesaian Kejuruteraan Trafik (TE) Tangkas. Penyelesaian TE Tangkas ini adalah berdasarkan Penyelesaian Rangkaian Pusat Data Fabrik Awan Huawei yang membolehkan Saling Hubung Pusat Data (DCI) yang fleksibel dan pengoptimuman trafik rangkaian untuk penyediaan perkhidmatan yang pantas. Syarikat ini telah menggunakan Penyelesaian Rangkaian Pusat Data Fabrik Awan Huawei (termasuk suis pusat data siri CE12800 dan Pengawal Tangkas) di lapan pusat data berskala besar yang terletak di beberapa bandar utama seperti Beijing, Guangzhou, Nanjing serta Wuhan. Pusat data ini menyokong perkhidmatan syarikat tersebut di seluruh China dan bergabung untuk menghasilkan rangkaian pusat data SDN komersil terbesar di negara ini. Pada fasa seterusnya, 21Vianet akan memperluas penggunaan penyelesaian dibolehkan SDN ke lebih 80 pusat data berskala besar di lebih 40 bandar.

Latar Belakang Huawei

Huawei merupakan penyedia penyelesaian teknologi maklumat dan komunikasi terkemuka pada peringkat global dengan wawasan untuk memperkaya kehidupan menerusi komunikasi. Didorong oleh perkongsian terbuka dan inovasi berpaksikan pelanggan, Huawei telah mewujudkan portfolio penyelesaian ICT hujung-ke-hujung yang memberikan kelebihan daya saing kepada pelanggan dalam rangkaian telekomunikasi dan perusahaan, peranti serta pengkomputeran awan. Penyelesaian, produk dan perkhidmatan ICT inovatif kami telah digunakan di lebih 170 negara dan rantau, menyediakan perkhidmatan kepada lebih satu pertiga daripada populasi dunia.

Bagi mendapatkan maklumat lanjut, sila layari Huawei secara dalam talian: www.huawei.com

Source: Huawei
Related Links:
Keywords: Computer Networks Computer/Electronics Internet Technology Multimedia/Online/Internet New products/services