omniture

Ramco Systems menandatangani perkongsian dengan BDO India bertujuan menambah nilai dan meningkatkan pengalaman daftar gaji untuk perniagaan

Ramco Systems
2024-01-23 08:00 93

Untuk bersama-sama menawarkan organisasi platform digital yang disatukan, serta dipertingkat dengan kepakaran yang diterajui khidmat nasihat, pengalaman pelanggan unggul, keselamatan dan privasi data yang tiada tandingannya

MUMBAI, India dan CHENNAI, India, 22 Januari 2024 /PRNewswire/ -- Penyedia penyelesaian daftar gaji global, Ramco Systems, mengumumkan bahawa syarikat itu telah menjalinkan perkongsian dengan BDO India LLP, satu daripada organisasi perkhidmatan profesional terkemuka India, sebahagian daripada BDO International, Rangkaian ke-5 terbesar dengan kehadiran di lebih daripada 162 negara pada peringkat global. Perkongsian tersebut memanfaatkan kekuatan tersendiri setiap entiti, meletakkan Ramco sebagai Penyedia Platform Teknologi dan BDO India sebagai Penyedia Daftar Gaji & Perkhidmatan Terurus.

(L-R) Sundar Subramanian, Chief Executive Officer, Ramco Systems and Milind Kothari, Managing Partner, BDO India, during the partnership signing ceremony in Mumbai
(L-R) Sundar Subramanian, Chief Executive Officer, Ramco Systems and Milind Kothari, Managing Partner, BDO India, during the partnership signing ceremony in Mumbai

Perkongsian ini menggabungkan teknologi terkini, pengiraan daftar gaji & khidmat nasihat, dengan komitmen yang tidak berbelah bahagi terhadap keselamatan dan privasi data. Matlamat perkongsian tersebut ialah untuk mentakrifkan semula pengalaman daftar gaji dengan menggunakan khidmat luaran untuk menguruskan daftar gaji global melalui penyelesaian pakar boleh skala yang melangkaui sempadan.

Melalui platform itu, organisasi akan mempunyai akses kepada paparan yang disatukan dan hab kawalan untuk semua daftar gaji negara, memastikan kecekapan dan ketekalan yang tiada tandingannya. Di samping itu, platform ini menawarkan penyambung siap dibina dan diperakui dengan penyelesaian HCM global, mengurangkan masa pelaksanaan dan memastikan ketersambungan tanpa kerumitan. Dengan jangkauan BDO di seluruh dunia dan keupayaan menyediakan pematuhan peringkat terakhir, kerjasama teknologi dan perkhidmatan terbaik seumpamanya, ini dijangka membawa saranan menarik untuk MNC sebagai rakan kongsi pilihan pada masa depan untuk keperluan daftar gaji dan HCM masing-masing.

Mengulas mengenai perkongsian itu, Milind Kothari, Rakan Pengurusan, BDO India, berkata, "Dengan pasaran global yang sedang mengalami transformasi dinamik, organisasi memerlukan rangka kerja yang direka bentuk oleh pakar untuk menavigasi keperluan pengawalseliaan dan pelaporan yang pelbagai merentasi sempadan. Kami berasa gembira dapat bekerjasama dengan Ramco untuk menempa laluan ke arah masa depan daftar gaji sehenti global. Perkongsian strategik ini menggabungkan keupayaan platform daftar gaji terkemuka Ramco dengan kepakaran kami yang kukuh dalam khidmat nasihat dan penyampaian global untuk menawarkan penyelesaian yang mengubah, memudahkan dan memperkemas proses daftar gaji dengan pandangan holistik operasi global. Kerjasama itu bukan sahaja akan membolehkan pematuhan yang jitu dan tepat pada masanya tetapi juga memberikan pelanggan kelebihan daya saing melalui penambahbaikan kecekapan dan produktiviti dalam landskap perniagaan yang pantas dan mendesak pada masa kini. Kami teruja dengan perkongsian ini dan peluang yang akan dicipta untuk kami dan perniagaan yang kami jalankan bersama. Usaha sedia ada kami dalam ruang daftar gaji global sudah menjadi bukti kepada manfaat sinergi kami dan berharap dapat dikembangkan ke perniagaan lain juga."

Sundar Subramanian, Ketua Pegawai Eksekutif, Ramco Systems, berkata, "Bergabung tenaga dengan BDO India mencerminkan dedikasi kami untuk menyampaikan teknologi canggih yang disatukan dengan perkhidmatan berkaitan, bagi membolehkan pengalaman daftar gaji bertaraf dunia. Kami amat teruja untuk berkongsi cara Ramco & BDO India akan menawarkan perkhidmatan daftar gaji berintegrasi untuk MNC yang beroperasi di seluruh dunia. Inovasi Ramco generasi seterusnya seperti rangka kerja kod rendah, daftar gaji dalam memori sepantas kilat, pelaporan layan diri dan ruang kerja daftar gaji, bersama-sama dengan khidmat nasihat mahir, keselamatan data dan privasi BDO akan menyediakan perkhidmatan daftar gaji berintegrasi untuk pelanggan global kami. Sesetengah pelanggan telah mendapat manfaat daripada perkongsian ini dan kami teruja untuk mengembangkan transformasi gabungan daftar gaji global kami ke seluruh pasaran."

Dipercayai oleh 500+ pelanggan di seluruh dunia dan dikuasakan oleh inovasi teknologi berterusan, Daftar Gaji Global Ramco telah berada di barisan hadapan dalam menyampaikan transformasi daftar gaji global selama lebih 25 tahun. Bersama liputan daftar gaji global merentasi 150+ negara, penyelesaian tersebut menawarkan integrasi yang lancar dengan penyedia HCM terkemuka menawarkan penyelesaian daftar gaji digital secara menyeluruh yang boleh digunakan di awan atau dimanfaatkan sebagai perkhidmatan terurus. Dengan ciri baharu di sekeliling alat konfigurasi prabina, pelaporan layan diri, alat kesejahteraan kewangan, ruang kerja daftar gaji, enjin daftar gaji dalam memori dan modul pelaksana, Daftar Gaji Global Ramco menyasarkan untuk menyampaikan pelaksanaan lebih pantas dan lancar. Ramco terus menawarkan pengalaman daftar gaji tanpa sentuh dengan memanfaatkan automasi proses robotik, kecerdasan buatan dan pembelajaran mesin.

Klik di sini untuk mengetahui lebih lanjut.

Maklumat Tentang BDO India LLP:

BDO India LLP ialah firma anggota BDO International dari India. BDO India pakar dalam perakaunan, cukai, khidmat nasihat, perkhidmatan perniagaan, transformasi digital dan penyelesaian teknologi diterajui domain, kepada pelanggan merentasi industri. Kumpulan daftar gaji dan perkhidmatan terurus kami menawarkan pengalaman daftar gaji global yang dipertingkat kepada organisasi di seluruh dunia. BDO di India diterajui oleh lebih daripada 300 Rakan Kongsi & Pengarah dan pasukan lebih 9000 ahli profesional* yang menjalankan tugas merentasi 12 bandar. Disokong oleh gabungan pengalaman dan kepakaran yang cukup kaya, BDO India mengetengahkan budaya kerja berinovatif dan dipacu penyelesaian. *Termasuk Pusat Perkhidmatan Bersama BDO di India

Maklumat Tentang Ramco Systems:

Ramco Systems ialah penyedia produk/platform perisian perusahaan bertaraf dunia yang mengganggu pasaran dengan awan berbilang penyewa dan perisian perusahaan berasaskan mudah alih, berjaya memacu inovasi selama lebih 25 tahun. Selama bertahun-tahun, Ramco telah mengekalkan rekod prestasi yang tekal dalam memberikan perkhidmatan kepada 1000+ pelanggan di seluruh dunia dengan 2 juta+ pengguna dan menyampaikan nilai perniagaan ketara dalam Daftar Gaji Global, Aeroangkasa & Pertahanan Penerbangan dan ERP.

Foto: https://mma.prnasia.com/media2/2322425/Ramco_BDO_Partnership.jpg?p=medium600 
Logo: https://mma.prnasia.com/media2/1923662/4429572/Ramco_Logo.jpg?p=medium600

Source: Ramco Systems
Related Stocks:
Bombay:532370 India:EQRAMCOSYS India:RAMCOSYS
Keywords: Banking/Financial Service Computer Software Computer/Electronics Workforce Management/Human Resources Joint ventures New products/services Financial Technology